TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

Similar documents
PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

National Green Technology Policy i

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

PhD thesis before UPM senate

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

BRIKUETING PANAS HABUK KAYU AHMAD SUFI BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APPROVAL. Signature : Supervisor name : Date : Signature : Panel name : Date :

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EVALUATING THE USE OF BUILDING INFORMATION MODELLING IN RESORT DEVELOPMENT IN REBUPLIC OF THE MALDIVES

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PUBLIC PARTICIPATION ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT Investigation of the Level of Sustainable Environmental Development Understanding and Awareness

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

DESIGN AND DEVELOPMENT OF FOOD WASTE COMPACTOR ROZAIDI BIN ROZMAN

Impak ekopelancongan terhadap komuniti tempatan di Malaysia: Kajian kes komuniti nelayan Bagan Lalang, Sepang, Selangor

TAIIAP PENGGUNAAN ICT DAN TEKNOLOGI DALAM

Potensi Perdagangan Luar Produk Berteknologi Tinggi Malaysia

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

Transcription:

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Pembinaana) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

ii PENGAKUAN Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Pelajar :.. MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN Tarikh : DISEMBER 2017 Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian. Penyelia :. PROF. MADYA DR. CHRISTY PATHROSE GOMEZ Tarikh : DISEMBER 2017

iii DEDIKASI Teristimewa buat ibu dan isteri tersayang, MIDAH BINTI MANAF, NURUL NIRWANA BINTI ZAENAL, Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, semangat dan nasihat yang diberikan. Pencapaian hingga ke tahap ini adalah hasil daripada berkat doa dan restumu. Buat pensyarah yang memberi bimbingan; PROF. MADYA DR. CHRISTY PATHROSE GOMEZ Yang tidak pernah jemu memberi nasihat, pendapat dan tunjuk ajar. Semoga menjadi panduan untuk diriku pada masa hadapan. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan di dalam memberi bantuan dan sokongan ketika diperlukan bagi menyiapkan projek tahun akhir ini. Terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan dan curahan idea yang menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini Semoga jasa kalian semua diberkati oleh Tuhan.

iv PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Sesungguhnya, tanpa kurniaan kesihatan dan ilham daripadanya, sudah pasti saya tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya Dr. Christy Pathrose Gomez kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan panduan sepanjang penulisan ini berlaku sehingga kajian ini Berjaya dilaksanakan. Kesabaran daripada penyelia amat saya hargai dan ilmu serta nasihat yang dikongsikan akan saya ingati dan dijadikan panduan untuk masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Dr. Sulzakimin Bin Mohamed dan Dr. Rozlin Binti Zainal iaitu panel-panel yang telah sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Selain itu juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang telah meluangkan banyak masa dan memberi kerjasama dalam membantu saya mencapai objektif kajian serta menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya bagi meneruskan kajian ini. Dengan penglibatan semua pihak diatas, maka kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Hanya doa dan terima kasih sahaja yang dapat saya sampaikan atas segala sumbangan tuan/puan, semoga semuanya sentiasa diberkati Allah SWT. Budi baik kalian akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

v ABSTRAK Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari rekabentuk pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. Industri pembinaan memberi tumpuan yang lebih mendalam bagi melancarkan lagi pembangunan hijau di Malaysia, terutama sekali melalui Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan. Walaubagaimanapun bagi rumah mampu milik tidak ada penekanan mengenai aspek penghijauan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecendurungan penduduk rumah mampu milik terhadap penggunaan teknologi hijau. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/menggunakan pada masa kini dan masa depan. Okjektif ketiga kajian ini bertujuan mengkaji keutamaan penduduk rumah mampu milik terhadap jenis teknologi bangunan. Metodologi kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Populasi responden adalah 800 orang dan sampel untuk kajian ini 236 orang. Kaedah kuantitatif adalah dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan penduduk rumah mampu milik berada di tahap sederhana dalam penggunaan aspek bangunan hijau. Dari segi keinginan pula adalah majoriti penduduk rumah mampu milik berhasrat bahawa pihak pemaju membina bangunan perumahan yang berkonsepkan bangunan hijau. Halangan yang di hadapi oleh penduduk rumah mampu milik seperti kos penyelenggaraan yang tinggi, sumber dan harga, dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju. Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan penduduk rumah mampu milik terhadap Teknologi Hijau berada di tahap yang rendah.

vi ABSTRACT The green building is a building that features environmentally friendly building technologies ranging from construction design, operation, maintenance to renovation. The construction industry is focusing more on launching green development in Malaysia, especially through the National Green Technology Policy. However, for affordable homes there is no emphasis on greening aspects. This study was conducted to identify the level of preferability of affordable housing residents on the use of green technology. In addition, this study also identifies aspects of green building where residents of affordable homes are implementing / using today and in the future. The third objective of this study is to examine the priority of affordable housing residents on the type of green building technology. The methodology of the study used was quantitative. Respondent population is 800 and sample for this study 236 affordable house owners. The quantitative method is based on using a questionnaire to collect data. The findings show that residents of affordable homes are at a moderate level in the use of green building aspects. In terms of preference, the majority of the residents of affordable housing wish that the developer develop affordable homes based on the green building concept. Obstacles faced by residents in implementing green technology for affordable homes include high maintenance costs, resources and prices, and the facilities provided by the developer. The findings also show that the level of knowledge of affordable home residents of Green Technology is low.

vii KANDUNGAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN ii iii iv v vi vii SENARAI JADUAL... xi SENARAI RAJAH... xii SENARAI SINGKATAN... xiii BAB 1 PENDAHULUAN... 1 1.2 Penyataan Masalah... 1 1.1 Pengenalan... 2 1.3 Skop Kajian... 4 1.4 Latarbelakang Kajian... 5 1.5 Persoalan Kajian... 6 1.6 Objektif Kajian... 6 1.7 Metodologi... 6 1.8 Kepentingan Kajian... 7 1.9 Kesimpulan... 7 BAB 2 KAJIAN LITERATUR... 8 2.1 Pengenalan... 8

viii 2.2 Teknologi Hijau... 8 2.3 Bangunan Hijau... 10 2.4 Green Building Index-Residential New Construction (GBI-RNC)... 11 2.5 Usaha Hijau Antarabangsa... 12 2.6 Senario Malaysia... 14 2.7 Cabaran Teknologi Hijau... 18 2.8 Sasaran Teknologi Hijau... 20 2.9 Rumah Mampu Milik... 20 2.10 Definisi Keupayaan Pemilikan Rumah... 21 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN... 23 3.1 Pengenalan... 23 3.2 Reka Bentuk Kajian... 23 3.3 Persampelan dan Responden Kajian... 24 3.4 Kajian Rintis... 24 3.5 Instrumen Kajian... 25 3.6 Soal Selidik... 25 BAB 4 DAPATAN KAJIAN... 26 4.1 Pengenalan... 26 4.2 Analisis Latar Belakang Responden... 26 4.2.1 Analisis Jantina Responden... 27 4.2.2 Analisis Bangsa Responden... 28 4.2.3 Analisis Umur Responden... 28 4.2.4 Analisis Pekerjaan Responden... 29 4.3 Analisis Peratusan Aspek Bangunan Hijau Yang Penduduk Rumah Mampu Milik Mengamalkan/Menggunakan Pada Masa Kini... 29 4.3.1 Analisis Pencahayaan Luaran... 30

ix 4.3.2 Analisis Prestasi Pengudaraan Dalaman... 33 4.3.3 Analisis Kecekapan Air... 36 4.3.4 Analisis tenaga solar... 39 4.4 Analisis Aspek Bangunan Hijau Yang Penduduk Rumah Mampu Milik Ingin Mengamalkan/Menggunakan Pada Masa Depan... 41 4.4.1 Pencahayaan Luaran... 42 4.4.2 Prestasi Pengudaraan Dalaman... 43 4.4.3 Kecekapan Air... 45 4.4.4 Tenaga Solar... 48 4.5 Analisi Mengkaji Halangan Penduduk Rumah Mampu Milik Terhadap Penggunaan Jenis Teknologi Bangunan Hijau... 49 4.6 Penutup... 53 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN... 55 5.1 Pengenalan... 55 5.2 Rumusan Kajian... 55 5.3 Dapatan Kajian... 56 5.3.1 Mengenalpasti peratusan aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/ menggunakan pada masa kini.... 56 5.3.2 Aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik ingin mengamalkan atau menggunakan pada masa depan... 57 5.3.3 Mengenalpasti halangan yang di hadapi penduduk rumah mampu milikterhadap penggunaan jenis teknologi hijau... 58 5.4 Cadangan Kajian... 60 5.5 Kejayaan Kajian... 61 5.6 Kesimpulan... 62

x RUJUKAN 63 VITA LAMPIRAN

xi SENARAI JADUAL 3.1 Reka bentuk penyelidikan 23 4.1 Analisis latarbelakang responden 27 4.2 Analisis peratusan aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/menggunakan pada masa kini 29 4.3 Analisis Pencahayaan Luaran 30 4.4 Analisis prestasi pengudaraan dalaman 33 4.5 Analisis Kecekapan Air 36 4.6 Analisis tenaga solar 39 4.7 Analisis aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik ingin mengamalkan/menggunakan pada masa depan 41 4.8 Analisi mengkaji halangan penduduk rumah mampu milik terhadap penggunaan jenis teknologi bangunan hijau 49

xii SENARAI RAJAH 2.1 Pelan rumah mampu milik 2 2.2 Spesifikasi rumah mampu milik 2 2.3 GTMP pelan tindakan 20 4. 1 Analisis jantina responden 27 4. 2 Analisis bangsa responden 28 4. 3 Analisis umur responden 28 4. 4 Analisis Pekerjaan Responden 29 4. 5 Analisis Pencahayaan Luaran 31 4. 6 Analisis prestasi pengudaraan dalaman 33 4. 7 Analisis Kecekapan Air 36 4. 8 Analisis tenaga solar 39

xiii SENARAI SINGKATAN & - Dan % - Peratus ACEM - The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia CIDB - Construction Industry Development Board EE - Energy Efficiency EQ - Indoor Environmental Quality F - Frekuensi GBI - Green Building Index GBI-RNC - Green Building Index - Residential New Construction GTMP - Green Technology Master Plan IN - Innovation KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar KeTTHA - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air LRT - Light Rail Transit MR - Materials & Resources PAM - Pertubuhan Arkitek Malaysia RMK - Rancangan Malaysia Kesembilan SM - Sustainable Site Planning & Management SPSS - Statistical Package for Social Science UTHM - Universiti Tun Hussein Onn WE - Water Efficiency WWF - World Wide Foundation

BAB 1 PENDAHULUAN 1.2 Penyataan Masalah Pada masa kini, peningkatan pembinaan rumah mampu milik begitu pesat di Malaysia. Antara ciri-ciri yang diambil kira untuk membina rumah mampu milik ini adalah kualiti, bahan binaan, dan kos. Namun begitu, pendekatan konsep bangunan hijau jarang ditekankan untuk pembinaaan rumah mampu milik. Ini mungkin kerana kos untuk membina bangunan hijau dikatakan 30 peratus lebih mahal berbanding kos membina bangunan konvensional (Datuk Seri Michael Manyin Jawong, 2014). Ramai penduduk yang menganggap rumah berkonsepkan bangunan hijau yang menggunakan teknologi hijau adalah mahal. Menurut UNESCAP (2012) Teknologi hijau adalah lebih mahal berbanding teknologi sedia ada memandangkan teknologi ini agak baru, kos pembangunan dan latihan yang diperlukan adalah lebih mahal. Persepsi pihak berkuasa tentang pentingnya menggunakan konsep bangunan hijau pada rumah mampu milik adalah tidak begitu ternyata. Berdasarkan pelan-pelan (Rajah 2.1) dan spesifikasi (Rajah 2.2) rumah mampu milik jelas membuktikan hal sedemikian. Rumah- rumah mampu milik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri tetapi tidak begitu jelas dari pemerhatian awal oleh pengkaji bahawa rumah mampu milik di Malaysia mengutamakan peluang untuk melaksanakan teknologi bangunan hijau.

2 Rajah 2.1: Pelan rumah mampu milik Rajah 2.2: Spesifikasi rumah mampu milik 1.1 Pengenalan Pada zaman pembangunan yang pesat ini di Malaysia terdapat begitu banyak bangunan yang baru dibina untuk keperluan rakyat. Oleh itu, industri pembinaan diberi tumpuan yang lebih mendalam bagi melancarkan lagi pembangunan di Malaysia. Pada masa kini, pembangunan tertumpu pada bangunan perumahan bagi menampung bilangan penduduk di Malaysia. Pelbagai jenis dan saiz bangunan dibinakan samada perumahan kos rendah mahupun kos yang tinggi. Kerajaan Malaysia pada masa kini menumpu perhatian pada program pembinaan rumah mampu milik. Antara perkara yang penting dalam pertimbangan rekabentuk rumah adalah keselesaan penghuni, selain daripada mengambilkira pembangunan perumahan ini tidak menjejaskan alam sektiar. Oleh

3 yang demikian beberapa initiatif juga telah diambil oleh pihak kerjaaan Malaysia untuk memperkenalkan konsep bangunan hijau. Implementasi teknologi bangunan hijau telah diperkenalkan di Malaysia dalam industri pembinaan pada tahun 2009 melalui alat penarafan Green Building Index (GBI). Tidak boleh dinafikan industri pembinaan merupakan penyumbang kepada pencemaran alam. Oleh itu, sebagai inisiatif baru bangunan hijau telah diperkenalkan. Konsep bangunan hijau merangkumi aspek-aspek: i. Kecekapan Tenaga (EE) ii. Kualiti Udara Dalam Banguan (EQ) iii. Pengurusan Lestari Kawasan Pembinaan (SM) iv. Bahan dan Sumber (MR) v. Kecekapan Air (WE) vi. Inovasi (IN) Pembinaan dilihat sebagai satu ajen yang menyumbang kepada tahap pencemaran dan kemusnahan alam sekitar (Tan, 2006). Tambahan pula aspek Pengurusan sisa binaan telah menjadi satu isu yang amat kritikal dan menjadi masalah global. Sebagai contoh di Eropah dianggarkan kira-kira 3000 juta tan sisa dihasilkan di seluruh Eropah setiap tahun. Kategori sisa utama yang terhasil terdiri daripada sisa industri, pembinaan, pertanian dan perlombongan dengan tiga puluh peratus daripadanya datang dari aktiviti pembinaan dan perobohan struktur (Williams, 2005). Masters (1998) menyatakan bahawa sisa binaan dan perobohan struktur mungkin mengandungi bahan yang berbahaya seperti abestos, cat, bahan pelekat, gentian insulasi dan damar. Bahan-bahan ini berbahaya kerana ia mempunyai unsur plumbum dan tar. Secara tidak langsung setiap pembinaan yang dilakukan atas tujuan pembangunan ekonomi, sosial dan masyarakat akan menghadapi masalah berkaitan pengurusan sisa binaan. Jika konsep bangunan hijau dapat dilaksanakan maka pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian (KeTTHA, 2015). Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat dan mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan

4 nilai hak milik bangunan tersebut. Konsep bangunan hijau atau green building mungkin janggal bagi sebahagian warga di Malaysia walau pun ciri-ciri bangunan ini telah sedia ada sejak tahun 2005. Sebenarnya, bangunan hijau adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi. Tujuan utama teknologi bangunan hijau dibangunkan adalah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan. Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau apabila berhasil melalui suatu proses evaluasi untuk mendapatkan sertifikasi bangunan hijau. Di dalam evaluasi tersebut tolak ukur penilaian yang dipakai adalah Sistem Rating (Rating System). Di negara kita, penilaian sistem yang ada ialah Green Building Index (GBI) oleh Green Building Sdn Bhd, GreenPASS oleh CIDB dan Penarafan Hijau JKR oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafan kepada bangunanbangunan yang dibina secara mampan. Kajian ini fokus pada rumah mampu milik. Rumah mampu milik secara umumnya didefinisikan sebagai rumah yang memenuhi keperluan dari segi kualiti dan lokasi, mampu dibeli dan pembeli rumah berkenaan masih berupaya membeli keperluan asas yang lain (Maclennan and Williams, 1990).. Memandangkan dimensi rumah mampu milik agak luas, beberapa ukuran kemampuan memiliki rumah telah dikenal pasti. Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM100,000- RM400,000 dan ia untuk golongan yang berpendapatan RM2,500-RM7,500 sebulan. 1.3 Skop Kajian Kajian ini dijalankan disekitar kawasan perumahan rumah mampu milik di Parit Raja. Dari pemerhatian awal ternyata bahawa kurang pendedahan teknologi bangunan hijau kepada penduduk rumah mampu milik di Parit Raja. Kebanyakan pendudukan rumah mampu milik di Parit Raja tidak menggunakan atau mengamalkan konsep bangunan hijau dan teknologi hijau. Rumah mampu milik yang telah penyelidik kaji adalah rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan dan swasta. Di kawasan yang dikenalpasti ini terdapat lebih kurang 100 unit rumah mampu milik dibawah kerajaan dan swasta.

5 Kajian adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah keutamaan penduduk rumah mampu milik terhadap konsep bangunan hijau. Secara amnya, objektif dikaji melalui data yang diperolehi dari jawapan borang soal selidik. Maka responden adalah penghuni rumah mampu milik. 1.4 Latarbelakang Kajian Cabaran untuk memastikan kemampanan alam sekitar tidak tergugat sangat menuntut kerjasama dari pelbagai pihak. Isu-isu alam sekitar yang dianggap menyumbang ke arah peningkatan kos operasi, sekali gus menjadikan barangan dan perkhidmatan menjadi semakin mahal. Di antara anggapan-anggapan yang ditimbulkan seperti jika loji pembuatan dilengkapi sistem pengurangan sisa yang efisyen, maka produk menjadi tidak kompetitif kerana kos yang membebankan. Selain daripada penggunaan teknologi canggih yang dapat mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca seperti karbon dioksida dan metana yang dianggap hanya mampu ditanggung oleh negara maju sahaja. Anggapan-anggapan tersebutlah yang menyebabkan isu alam sekitar sering kali tidak dibincangkan secara terbuka dan saksama dalam persidanganpersidangan serantau termasukalah ASEAN (Ujang, 2009). Di Malaysia, isu-isu berkaitan alam sekitar turut mendapat perhatian pelbagai pihak. Sebagai sebuah negara yang ekonominya sedang berkembang, persoalan alam sekitar memang tidak terlepas daripada minda masyarakat. Menurut kebiasaannya, persoalan pembangunan dan kemajuan selalunya diiringi dengan persoalan alam sekitar. Ia berdasarkan kepada fakta bahawa soal pencemaran alam sekitar mula terjadi apabila manusia mula pandai menakluki danmengeksploitasi alam sekitar untuk tujuan ekonomi (Abdullah Badawi, 2009) meluahkan dengan nada kesal semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK). Beliau menyentuh berkaitan pencemaran sungai dimana beliau menyatakan kekesalannya tentang apa yang berlaku kepada sumber air negara yang telah tercemar. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa faktor kesedaran dalaman sesebuah masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan alam sekitar tidak tercemar. Rumah mampu milik juga perlu memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar. Jika teknologi bangunan hijau dilaksanakan di rumah-rumah mampu milik ia akan mengurangkan pencemaran alam sekitar sekaligus dan memberi kesedaran

6 kepada penduduk mampu milik tentang kepentingan teknologi bangunan hijau. Teknologi bangunan hijau ini akan menjimatkan kos seharian kerana konsep yang digunakan adalah kitar semula iaitu menggunakan sumber semulajadi. Oleh itu, sesuai dengan tujuan membantu penduduk mampu milik untuk menjimatkan tenaga yang digunakan. 1.5 Persoalan Kajian 1. Apakah aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/menggunakan pada masa kini? 2. Apakah aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik ingin mengamalkan/menggunakan pada masa depan? 3. Apakah halangan yang di hadapi oleh penduduk rumah mampu milik terhadap implementasi jenis teknologi hijau? 1.6 Objektif Kajian 1. Mengenalpasti aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik mengamalkan/menggunakan pada masa kini. 2. Mengenalpasti aspek bangunan hijau yang penduduk rumah mampu milik ingin mengamalkan/menggunakan pada masa depan mengikut keutamaan. 3. Mengenalpasti halangan yang di hadapi oleh penduduk rumah mampu milik terhadap penggunaan jenis teknologi hijau 1.7 Metodologi Metodologi kajian yang telah digunakan untuk kajian ini adalah kaedah kuantitatif dengan mengumpul data menggunakan borang soal selidik. Data yang diperolehi dari responden menggunakan borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS), versi 12.0.

7 1.8 Kepentingan Kajian Hasil dapatan kajian ini dapat mempengaruhi penguakuasa polisi dan undang-undang bangunan rumah mampu milik untuk memberi keutamaan pada pelaksanaan teknologi hijau. Disamping itu juga dengan menjalankan kajian ini, persepsi penghuni rumah mampu milik mengenai jenis-jenis teknologi bangunan hijau dapat ditentukan dan strategi pengutamaan bagi jenis teknologi tertentu dapat diberi penekanan. 1.9 Kesimpulan Kesimpulannya, penduduk rumah mampu milik perlu diberi pendedahan pada konsep teknologi bangunan hijau supaya pemuliharaan alam sekitar dapat ditingkatkan. Penggunaan teknologi bangunan hijau akan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana bahan yang digunkan untuk teknologi bangunan hijau adalah lebih berfokus pada bahan renewable serta penjimatan tenaga.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini menumpu pada mengkaji laporan, penulisan dan hasil kajian lepas yang berkaitan dengan topik bangunan hijau yang telah dijalankan. Sorotan penulisan merangkumi huraian mengenai aspek Teknologi Hijau, pengenalan rumah mampu milik, pengetahuan sikap dan amalan penduduk rumah mampu milik berkaitan Teknologi Hijau. Huraian berkaitan penggunaan Teknologi Hijau pada rumah mampu milik turut diperjelaskan dan analisis literatur berkaitan kajian-kajian lepas yang menumpukan kepada Teknologi Hijau dirumuskan. 2.2 Teknologi Hijau Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. (KeTTHA, 2009). Menurut Johar (2013) Teknologi Hijau menggambarkan kelestarian teknologi menjana tenaga seperti kuasa angin, hidroelektrik, tenaga solar, kenderaan berkuasa elektrik dan sebagainya. Pendapat ini disokong oleh Abdullah (2009) yang menyatakan bahawa Teknologi Hijau ini berkait rapat dengan pembangunan lestari, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, pencarian sumber tenaga baharu dan pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam. Berdasarkan kepada Green Technology Roadmap Phase 1 terdapat enam sektor utama yang menjadi fokus pembangunan Teknologi Hijau di Malaysia iaitu

9 sektor tenaga, bangunan, pengangkutan, air dan sisa pepejal, pembuatan dan ICT, (Frost & Sullivan, 2010). Huraian bagi setiap sektor utama adalah seperti berikut: (i) Sektor tenaga Bidang ini mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. (ii) Sektor bangunan. Binaan bangunan di Malaysia haruslah mematuhi Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI Malaysia). Indeks ini bertujuan untuk memberi panduan kepada sektor pembinaan di Malaysia ke arah pembinaan yang bersifat mesra alam. GBI Malaysia ini direka bentuk untuk mengurangkan sumber dan tenaga, menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan binaan, mengurangkan jangka hayat kadar pelepasan toksik di dalam bangunan dan mengharmonikan suhu persekitaran dengan alam sekitar. (iii) Sektor pengangkutan Penggunaan pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), komuter dan monorail adalah merupakan teknologi bersih dan menggunakan tenaga elektrik sebagai punca tenaga. Ianya bukan sahaja bersifat mesra alam tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Penggunan tenaga alternatif bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembelian dan penggunaan bahan asli sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga malah ia juga bersih dari mencemarkan alam sekitar. (iv) Sektor air dan sisa pepejal Bahagian air dan sisa pepejal merupakan antara bahagian yang digalakkan untuk mengamalkan Teknologi Hijau serta amalan hijau terutamanya dalam mengurus dan menggunakan sumber air, merawat kumbahan, mengurangkan bau di kawasan pelupusan sisa pepejal, pengkomposan dan kitar semula. (v) Sektor pembuatan Teknologi hijau di dalam sektor perkilangan termasuk amalan hijau perkilangan dan produk-produk hijau pembuatan contohnya EV, Suria. LED dan lain-lain. (vi) Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang

10 minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenagaelektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT Huraian mengenai enam sektor yang menjadi tumpuan pembangunan di dalam Teknologi Hijau akan dihuraikan dari aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial. Dari aspek ekonomi. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. 2.3 Bangunan Hijau Menurut Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat, bangunan hijau boleh ditakrifkan sebagai "sejenis struktur yang menggunakan dan menunjukkan persekitaran semulajadi dan pemuliharaan sumber di seluruh jangka hayat, dari pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pengubahsuaian daripada perobohan. (Maclennan and Williams, 1990)". Sebaliknya, Indeks Bangunan Hijau (GBI) mentakrifkan bangunan hijau sebagai " bangunan hijau memberi tumpuan kepada meningkatkan kecekapan penggunaan sumber - tenaga, air, dan bahan-bahan - di samping mengurangkan kesan bangunan atas kesihatan manusia dan alam sekitar semasa kitaran hayat bangunan, tempat, reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan penyingkiran. Bangunan hijau perlu direka untuk mengurangkan kesan keseluruhan yang dibina alam sekitar di kawasan sekitarnya ". Bangunan berkonsepkan teknologi hijau di Malaysia adalah dianggap baru. Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk membangunkan teknologi hijau yang menyeluruh untuk bangunan, termasuk kediaman yang dijalankan adalah untuk memastikan kualiti yang lebih baik, selesa dan berpatutan untuk pelbagai golongan masyarakat. Pada masa ini, kerajaan sedar bahawa teknologi hijau boleh jadi satu alternatif bagi penduduk untuk mengekalkan kesihatan, menjimatkan tenaga seperti elektrik dan air, serta bahan-bahan bangunan yang mampan. Di tempat-tempat lain, teknologi hijau di dalam sektor pembinaan bangunan telah diterima dan amat popular, contohnya di

11 beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman (Jami ah, 2010). Fenomena perubahan iklim, yang mempunyai kesan ke atas alam semula jadi, seperti banjir, ribut taufan, kecairan ais di utara dan selatan, kenaikan paras laut dan suhu, dan kemusnahan flora dan fauna membuat agenda untuk mengasimilasikan inovatif teknologi hijau dalam setiap aspek hidup yang penting. Oleh itu, kaedah menggunakan teknologi hijau dalam pembinaan sesuatu bangunan adalah untuk menjadikan persekitaran rumah lebih mesra alam serta menjimatkantenaga dan kos. Penggunaan tenaga bagi kediaman hijau menjadi lebih berkesan kerana pemilik rumah konvensional menggunakan sumber kuasa besar yang menjadi punca utama pemanasan global disebabkan oleh pengeluaran 10 hingga 30 tan CO2 setiap tahun. Kira-kira 1.8 bilion tan CO2 atau lebih daripada nilai-nilai ini boleh disimpan dengan menggunakan peningkatan bangunan hijau (Steiner, 2007). Di Malaysia sahaja, pengeluaran elektrik pada tahun 2005 telah menghasilkan 160,240,000 tan CO2 pelepasan daripada penggunaan dan pembakaran bahan api fosil. Penjana tenaga elektrik di Malaysia mengeluarkan kira-kira 60 juta daripada CO2 setiap tahun. Pada tahun 2012, Malaysia membakar kira-kira 56,000 tan setiap hari arang batu atau hampir 1.7 juta tan sebulan dan arang batu yang berasal dari negaranegara antarabangsa seperti Australia (60%), Indonesia(30%), China (5%) dan Afrika Selatan (5%). Menurut Kamaruddin (2011),94% daripada penggunaan elektrik di Malaysia mendapat kuasa dengan membakar bahan api fosil dan permintaan itu akan meningkat secara mendadak sekurang-kurangnya pada kadar 3% setiap tahun dan mungkin dua kali ganda pada tahun 2020. Maka hasrat negara untuk mencapai pembangunan yang lebih lestari berdasarkan kepada Green Technology Roadmap Phase 1 mengikut sektor bangunan adalah dengan adakan bangunan dengan penarafan Green. 2.4 Green Building Index-Residential New Construction (GBI-RNC) Green Building Index - Residential New Construction (GBI-RNC) adalah sistem penarafan alam sekitar bagi bangunan yang dibangunkan oleh PAM (Persatuan Arkitek Malaysia) dan ACEM (Association of Consulting Engineers Malaysia). Ia direka untuk menilai sebuah rumah dalam keadaan cuaca tropika Malaysia. GBI adalah

12 sistem yang menyeluruh yang pertama di Malaysia untuk menilai reka bentuk dan pembinaan prestasi alam sekitar berdasarkan kepada enam (6) kriteria utama iaitu i. Kecekapan Tenaga (EE) ii. Kualiti Udara Dalam Banguan (EQ) iii. Pengurusan Lestari Kawasan Pembinaan (SM) iv. Bahan dan Sumber (MR) v. Kecekapan Air (WE) vi. Inovasi (IN). Pada masa ini, Malaysia mempunyai penduduk kira-kira 30 juta dan negara ini dianggap sebagai pengguna tenaga yang tinggi. Dari segi penggunaan elektrik, setiap rakyat Malaysia menggunakan secara purata sebanyak 3667kWh (jam/kilowatt) tenaga pada tahun 2008. Berdasarkan pada corak penggunaan tenaga di negara-negara maju, terbukti bahawa Malaysia dengan mudah akan menggandakan permintaan untuk elektrik kerana ia terus sedang mendaki tangga kemakmuran jika diambilkira bagi tempoh tujuh tahun akan datang. Sebagai contoh, di Hong Kong penggunaan per kapita adalah 5899kWh, Jerman 7184kWh, Switzerland 8163kWh, Jepun 8474kWh dan Singapura 8513kWh. Menurut KeTTHA, penggunaan elektrik dijangka meningkat pada kadar purata 3% hingga 4% setiap tahun sehingga tahun 2020. 2.5 Usaha Hijau Antarabangsa Pelbagai negara dan wilayah di seluruh dunia telah mencapai kemajuan besar ke arah membentuk ekonomi hijau yang rancak. Menurut (KeTTHA, 2015) beberapa di antaranya adalah: Jerman: Pada tahun 2014, Jerman meluluskan rancangan untuk menyampaikan 78 MtCO2 pengurangan bersamaan pada tahun 2020, yang akan membawa kepada pemotongan curam dalam pengeluaran daripada sektor bangunan, pengangkutan, bahan buangan, dan tenaga. Lebih RM5 bilion setahun untuk subsidi ditawarkan kepada program energy efficiency domestik dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 25 hingga 30 MtCO2, manakala pelan pelancaran kereta elektrik boleh membendung pelepasan lagi sebanyak 10 MtCO2.