Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

Similar documents
AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

National Green Technology Policy i

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

Final Year Project Report

TINJAUAN LITERATUR TERHADAP TEKNOLOGI DAN PRESTASI EKSPORT PKS DI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

PhD thesis before UPM senate

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

PUBLIC PARTICIPATION ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT Investigation of the Level of Sustainable Environmental Development Understanding and Awareness

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF FOOD WASTE COMPACTOR ROZAIDI BIN ROZMAN

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IDENTIFICATION OF SUSTAINABILITY INDICATORS FOR OIL AND PETROCHEMICAL INDUSTRIES DEVELOPMENT IN SOUTHWEST COAST OF IRAN

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LEARNING FROM SOUTH SUMATRAN INDIGENOUS TECHNOLOGY FOR SUSTAINABLE HOUSING CONSTRUCTION

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau Hanizah Farhani binti Jaafar Politeknik Muadzam Shah E-mail: hanizah@pms.edu.my Norleza binti Lehat Politeknik Muadzam Shah E-mail: norleza@pms.edu.my ABSTRAK Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan pada 12 Oktober 2017 dijangka melonjakkan lagi pertumbuhan teknologi hijau negara dengan pulangan sebanyak RM180 bilion menjelang 2030. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang timbul di Politeknik Muadzam Shah (PMS). Berdasarkan kepada isu-isu ini, kajian dijalankan untuk melihat tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dari segi faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif di mana pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden bagi memperolehi data yang dikehendaki. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Justeru itu, seramai 162 orang responden yang terdiri daripada kakitangan PMS telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah tinggi dengan nilai purata min skor ialah 4.4. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat dari masa ke semasa. Kata Kunci : Kesedaran, Teknologi Hijau, Politeknik Muadzam Shah 1.0 Pendahuluan Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta mengurangkan implikasi negatif daripada aktiviti manusia (KETTHA, 2009). Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat sekaligus membantu pembangunan masyarakat berilmu mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Teknologi hijau telah lama diperkenalkan di negara ini namun kesedaran terhadapnya belum cukup memberangsangkan (CIDB news, 2011). Menurut laporan World Energy Outlook 2008, Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat 1.6% setiap tahun bermula dari 2006 sehingga 2030 dan dianggarkan

berjumlah 45% secara keseluruhan dalam tempoh tersebut. Menurut Professor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyatakan terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4ž hingga 0.5ž bermula pada tahun 1952. Oleh itu, dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6ž ini akan memberi kesan rumah hijau dan lapisan ozon. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2009 untuk menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. 1.1 Latar Belakang Kajian Pada 30 tahun yang lalu, negara Denmark adalah negara pertama yang memasang Turbin Angin dan menggunakan biomas untuk menghasilkan tenaga dengan sisa pertanian, sisa kayu, dan lain-lain jenis sisa organik yang membentuk bahagian utama biomas. Sementara itu, Jepun juga memanfaatkan hybrid sebagai teknologi baru dan mengeluarkan Panel Solar Panasonic yang telah mencapai kadar penukaran tertinggi di dunia untuk mengubah cahaya menjadi elektrik (Fitzpatrick, 2013). Pada 9 April 2009 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) ditubuhkan di Malaysia. Dengan wujudnya kementerian tersebut ianya dapat memperluaskan penggunaan teknologi hijau sekali gus meningkatkan kualiti persekitaran di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pembangunan Polygreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di 33 buah politeknik di seluruh negara. Menerusi pelan pelaksanaan tersebut, ia akan menyatukan pembangunan hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua politeknik merangkumi lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau (Utusan Online, 2015). Kajian ini telah disokong berdasarkan hasil temubual bersama Encik Luqman Nul Hakim bin Juwara selaku Pegawai Teknologi Hijau PMS, pengkaji mendapati PMS juga telah berkolaborasi bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang yang terletak di Bandar Satelit iaitu satu perbadanan yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Muadzam Shah. PMS juga telah melaksanakan beberapa program dan kempen seperti Hari EARTH HOUR, Seminar Teknologi Hijau dan kempen Save Energy (Jimat Tenaga) dengan menggalakkan warga PMS dalam menjimatkan penggunaan tenaga di PMS. PMS juga sedang menjalankan kempen amalan hijau yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai teknologi hijau di PMS. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan terdapat beberapa isu yang timbul di PMS. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh mana tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap perlaksanaan teknologi hijau. Teknologi hijau telah lama diperkenalkan di Malaysia, namun kesedaran masyarakat terhadapnya masih belum memberangsangkan (Mohamad Bokhari et al, 2014). Menurut Anny Lim (2010) tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih rendah kerana sikap kurang mengambil berat. Pemasalahan alam sekitar sebenarnya berkait rapat dengan aktiviti manusia yang melaksanakan pembangunan tanpa menepati ciri-ciri yang boleh mengekalkan ekosistem sesuatu kawasan yang juga memberi kesan kepada teknologi hijau (Pazim @ Fadzim, 2000). Arus pemodenan yang berkembang pesat telah memberi banyak perubahan dan implikasi negatif kepada landskap negara, pembangunan, perindustrian, perhutanan, pertanian dan pelbagai lagi aktiviti manusia telah menyumbang kepada fenomena pemanasan global, perubahan iklim dan pelbagai lagi bencana alam (Kollmuss dan Agyeman, 2002). Di Politeknik Muadzam Shah (PMS) teknologi hijau sudah pun diperkenalkan dan diterapkan. Namun, berdasarkan hasil temubual bersama Encik Luqman Nul Hakim bin Juwara selaku Pegawai Teknologi Hijau PMS, kesedaran kakitangan mulai rendah walaupun terdapat pelbagai kempen dan program teknologi hijau diadakan. Hal ini disebabkan terdapat segelintir kakitangan PMS kurang mengetahui dan mengamalkan teknologi hijau secara mendalam dan berterusan. Beliau menyatakan kemungkinan kurangnya aktiviti teknologi hijau dijalankan di PMS yang berskala besar. Kekangan peruntukan kewangan merupakan salah satu punca aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan. Kenyataan ini disokong oleh Muhammad Qayyum (2010) bahawa sehingga kini didapati tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ramai yang masih tidak mengetahui dan membiasakan diri tentang istilah teknologi hijau. Malah, masih ramai yang tidak memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengetahui tahap pengetahuan kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. ii. Menilai sikap kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. iii. Sejauhmana amalan teknologi hijau dalam kalangan kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. 1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif kajian seperti berikut: i. Adakah tahap pengetahuan mempengaruhi kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau? ii. Adakah tahap sikap mempengaruhi kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau? iii. Adakah tahap amalan teknologi hijau mempengaruhi kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau? 1.5 Skop Kajian Kajian ini hanya tertumpu kepada kakitangan Politeknik Muadzam Shah sahaja bagi mengkaji sejauh mana kesedaran terhadap teknologi hijau. Pengukuran bagi kajian ini dijalankan melalui borang soal selidik kepada 162 kakitangan yang dipilih secara rawak daripada 278 jumlah populasi kakitangan PMS (Portal Politeknik Muadzam Shah, 2017). 1.6 Kepentingan Kajian 1.6.1 Kepentingan kepada kakitangan PMS Meningkatkan kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah akan kebaikan dan kepentingan mengamalkan dan menggunakan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Di samping itu, sokongan dan motivasi dari pihak pengurusan PMS kepada kakitangan secara konsisten. 1.6.2 Kepentingan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Kajian ini juga diharapkan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dapat bekerjasama dengan PMS melalui aktiviti teknologi hijau seperti kempen, seminar dan sebagainya secara berterusan. Tujuannya adalah dapat meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan kakitangan PMS. 1.6.3 Kepentingan kepada pengkaji akan datang Kepentingan kajian ini juga diharap dapat membantu pengkaji akan datang untuk melihat keberkesanan teknologi hijau terhadap keseimbangan alam sekitar seperti faktor ekonomi, teknologi dan sebagainya. 2.0 Kajian Literatur 2.1 Konsep kajian 2.1.1 Model KAP Model KAP (Knowledge, Attitudes and Practices) yang dikemukakan oleh Ramsey dan Rickson pada tahun 1976 seperti Rajah 1, sering digunakan untuk mengukur dan menjelaskan tentang kesedaran alam sekitar dan pembangunan lestari (Nor Kalsum, 2016). Mohd Hilmi dan Kamaliah

(2013) menyatakan asas kepada model KAP ialah pengetahuan. Apabila pengetahuan seseorang itu bertambah, maka pengetahuannya akan menjadi pendorong kepadanya untuk berubah sikap. Maka, perubahan sikap itu akan menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku yang dikenali sebagai amalan manusia. Rajah 1: Model KAP Sumber: Diolah daripada Ramsey and Rickson (1976) 2.2 Kajian Terdahulu 2.2.1 Faktor Pengetahuan Masyarakat sepatutnya sedar jika tiada amalan hijau, mungkin suatu hari nanti keindahan alam akan terhapus dan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Hari ini, masih ramai dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia terutamanya remaja yang belum lagi kenal erti kecintaan terhadap teknologi hijau. Hidup mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk belajar, berehat, bermasyarakat, beragama malah, amalan teknologi hijau kurang dititikberatkan (Tan Pei San dan Norzaini, 2011). Seterusnya, masih ramai yang tidak mengetahui istilah dan tidak mencapai tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau. Teknologi hijau adalah langkah terbaik untuk menangani masalah fenomena pemanasan global, perubahan iklim, kesan rumah hijau serta dapat mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat meningkatkan kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013). Kelebihan teknologi hijau ialah dapat menjamin kualiti alam sekitar yang mapan dan kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum (KETTHA, 2011). Kesedaran ini harus datang secara dalaman tanpa perlu dipaksa kerana ianya akan menentukan sejauh manakah kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan. Pendidikan merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh kerana mampu membawa perubahan dalam sesebuah masyarakat (Liew et al, 2012). Walaupun tahap kesedaran masyarakat Malaysia masih di tahap yang rendah, ramai golongan yang berpendidikan tinggi dan banyak organisasi menggunakan teknologi hijau dalam operasi syarikat mereka (Ahmad dan Abd Razak, 2007). Selain itu, teknologi hijau ialah satu teknologi yang membolehkan kita bertambah maju tetapi pada masa sama dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar (Siti Norsyazwani et al, 2013). Secara asasnya untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat adalah sukar. Menurut Portal 1Klik (2018) hanya 3 daripada 10 orang

rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu-isu alam sekitar. Kejadian bencana alam yang besar dan meragut ribuan nyawa manusia seperti tsunami, gempa bumi dan banjir adalah pengajaran yang terbaik untuk mendidik manusia supaya lebih bertanggunjawab dalam memelihara alam sekitar. Mendidik bukan sahaja untuk memberikan mereka kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar tetapi juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertindak secara tepat dan betul sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini (Utusan Malaysia, 2011). 2.2.2 Faktor Sikap Faktor sikap juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesedaran teknologi hijau di kalangan masyarakat. Anny Lim (2010) mengatakan sehingga kini didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana sikap kurang mengambil berat masyarakat awam di Malaysia terhadap amalan teknologi hijau. Seterusnya, sikap segelintir masyarakat yang tidak mengambil kira terhadap penggunaan teknologi hijau yang sedia ada tidak dapat menjamin pembangunan lestari dan menyelamatkan dunia daripada kerosakan akibat kegilaan industri. Hazura et al (2007) menyatakan dalam kajiannya bahawa sikap dalam kalangan pelajar adalah fokus utama yang paling penting untuk dititiberatkan kerana mereka adalah generasi masa depan negara dan ditentukan oleh generasi masa kini. Jika pelajar sedar akan masalah global berkenaan alam sekitar, maka mudahlah untuk memelihara alam sekitar dengan baik dan berkesan. 2.2.3 Faktor Amalan Tahap kesedaran teknologi hijau di kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan menerusi faktor amalan untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan boleh menyelamatkan flora dan fauna. Oleh itu, amalan 3R (Reuse, Reduce and Recycle) ini perlu diamalkan oleh masyarakat bagi menanam semangat cintakan alam sekitar. Kitar semula merupakan satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain yang banyak memfokuskan kepada keharmonian dalam hidup manusia sejagat dan alam sekitar (Hasnah et al, 2012). Sekiranya produk mesra alam ini digunakan secara efektif, masyarakat dapat merasai suasana yang selesa dan dapat mengurangkan wabak penyakit. Amalan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kebolehupayaan produk untuk dikitar semula. Manakala, komitmen manusia terhadap teknologi hijau adalah merupakan satu konstruk teoritikel baru yang dapat meramal tingkah laku mesra alam sekitar (Davis et al, 2009).

2.3 Kerangka kerja kajian Rajah 2: Kerangka kerja kajian tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. (Adaptasi dari Dai et al, 2012) 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian yang dibina dalam penyelidik ini, merupakan kajian yang bersifat deskriptif, atau merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan berdasarkan faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. Justeru itu, kaedah tinjauan (survey) dilakukan oleh penyelidik. Pada peringkat permulaan, penyelidik melakukan kajian terhadap beberapa penyelidikan yang telah dihasilkan sebelum ini. Tujuannya adalah mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk antara penyelidikan terdahulu dengan penyelidikan yang dijalankan ini. Setelah sampel kajian dan responden dikenalpasti, seterusnya penyelidik membina beberapa instrumen kajian seperti soalan-soalan yang dikemukakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Setelah data-data diperolehi daripada soal selidik yang telah dijalankan, data diproses dan dianalisa dengan lebih mendalam bagi menjawab persoalan kajian. Penyelidik memasukkan data yang telah diproses ke dalam kajian sebagai dapatan kajian. 3.2 Teknik Pengumpulan Data Teknik pengumpulan data yang terlibat dalam kajian ini ialah teknik pengumpulan data primer dan teknik pengumpulan data sekunder.

3.2.1 Data Primer Bagi kajian ini, data primer yang digunakan adalah data yang diperolehi daripada kakitangan Politeknik Muadzam Shah melalui temubual dan borang kaji selidik. 3.2.2 Data Sekunder Data sekunder adalah sumber yang diperolehi dari jurnal, buku, majalah, rekod-rekod lepas, laporan dan dokumen, internet dan surat khabar. 3.3 Instrumen Kajian Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini, instrumen berbentuk borang soal selidik akan digunakan. Borang selidik ini akan diedarkan kepada responden secara umum iaitu kepada kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 6 bahagian, iaitu (i) Aspek demografi, (ii) Tahap pengetahuan kakitangan PMS terhadap perlaksanaan teknologi hijau, (iii) Sikap kakitangan dan (iv) Amalan kakitangan. Bahagian I : Profil responden Bahagian II : Menyentuh aspek tahap pengetahuan kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Bahagian ini mengandungi 5 item. Item- item di dalam bahagian ini ialah : i. Saya mempunyai tahap pengetahuan teknologi hijau yang luas. ii. Saya mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi hijau dari institusi-institusi pendidikan. iii. Saya mengetahui tentang teknologi hijau dari kempen atau program yang telah diadakan. iv. Saya menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika sesi pembelajaran. v. Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru, coklat dan jingga. Bahagian III menyentuh aspek sikap kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Bahagian ini mengandungi 5 item yang berkaitan iaitu: i. Saya sayangkan alam sekitar ii. Saya menyokong kempen alam sekitar iii. Saya sanggup membayar lebih bagi membeli produk-produk yang mesra alam seperti pembungkus makanan (paper bag) iv. Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau agensi kerajaan yang terdekat sekiranya berlaku masalah alam sekitar. v. Saya menggunakan sumber tenaga (air, elektrik, sisa pepejal) dengan cermat dalam kehidupan harian.

Bahagian IV berkaitan dengan faktor amalan kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Bahagian ini juga mengandungi 5 item yang berkaitan iaitu: i. Saya menggunakan konsep 3R (reduce, reuse, recycle) dalam aktiviti harian. ii. Saya menggunakan semula bahagian kertas yang tidak bercetak untuk kegunaan lain. iii. iv. Saya membawa bekas sendiri apabila membeli makanan. Saya memilih barang keperluan harian yang memberi kebaikan kepada alam sekitar. v. Saya membawa botol air yang boleh digunakan semula. Bahagian V berkaitan dengan tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang mengandungi 2 item iaitu: i. Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi hijau. ii. Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan untuk diri saya Bahagian VI adalah komen atau cadangan responden Kesemua bahagian II,III dan IV menggunakan skala Likert seperti di jadual 1 untuk mengukur respon dari responden, berdasarkan pilihan di bawah. Jadual 1: Skala Likert SKALA PERNYATAAN 5 Sangat Setuju 4 Setuju 3 Tidak Pasti 2 Tidak Setuju 1 Sangat Tidak Setuju 3.4 Teknik Persampelan Dalam kajian ini, pemilihan sampel telah dibuat secara rawak bagi memberikan peluang yang sama kepada individu untuk terlibat sebagai sampel kajian ini dalam mewakili populasi yang dikaji (Mohd Majid Konting, 2005). Dalam kajian ini, dari sumber Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah mencatatkan populasi kakitangan PMS di Jadual 2 sebanyak 278 orang pada tahun 2017, manakala sampel sasaran pengkaji hanya 162 orang yang terdiri daripada kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Merujuk jadual Krejcie dan Morgan hanya 162 orang kakitangan PMS yang akan dipilih menjadi responden kajian. Penyelidik mengambil sampel secara rawak dengan menggunakan kaedah persampelan kluster yang merupakan kaedah yang dipilih secara berperingkat mengikut

kakitangan setiap unit. Sebanyak 162 sampel soalan telah disediakan dan akan diagihkan kepada kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Jadual 2: Populasi kakitangan PMS Sumber: Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah (2017) 3.5 Kajian Rintis Kajian rintis ialah percubaan kajian yang dibuat secara kecil dengan tujuan mengenalpasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian. Oleh kerana instrumen soal selidik telah diubahsuai daripada soal selidik yang asal, satu ujian rintis telah ditadbir oleh pengkaji untuk menguji kefahaman terhadap item-item yang dikemukakan dan memastikan kesahan instrumen berkenaan. Pengkaji memeriksa jurnal-jurnal dan artikel berkaitan teknologi hijau untuk memastikan setiap item adalah tepat dan mudah difahami oleh responden. Kajian rintis dijalankan sebanyak 20 kakitangan PMS tetapi bukan dari responden kajian sebenar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20 bagi menguji ketekalan dalaman instrumen dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach. 3.6 Kaedah Analisis Data Semua data yang dikumpul, direkodkan dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi

20. Proses penganalisian data bagi kajian ini melibatkan kaedah analisis deksriptif. 4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 4.1 Analisis Kebolehpercayaan Data Kajian rintis ini harus dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Selain daripada menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis juga adalah bertujuan untuk memurnikan instrumen supaya ianya dapat digunakan dalam kajian sebenar. Kebolehpercayaan juga boleh dilihat melalui korelasi antara jumlah skor dengan skor setiap item. Jika data yang digunakan dapat melalui kaedah Skala Likert, maka cara untuk mengukur kebolehpercayaan adalah kaedah Alfa Cronbach. Nilai pekali Alfa yang mempunyai kebolehpercayaan adalah antara 0.65 hingga 0.95 (Chua, 2013). Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai 20 orang kakitangan Politeknik Muadzam Shah untuk dijadikan sampel bagi mendapatkan keputusan kajian rintis. Jadual 3 menunjukkan nilai Aplha Cronbach bagi setiap pembolehubah. Setelah mendapat nilai pekali koefisien Alpha Cronbach melebihi 0.65, pengkaji telah mengedarkan borang kaji selidik kepada 162 kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Jadual 3 menunjukkan nilai Alpha Cronbach untuk faktor pengetahuan, sikap dan amalan. 4.2 Bahagian A (Profil Responden) Hasil kajian yang terdapat dalam bahagian A borang soal selidik adalah tentang profil responden iaitu jantina, jabatan/unit,bangsa dan tempoh berkhidmat di PMS.

4.2.1 Jantina responden Rajah 3 : Jantina responden Rajah 3 menunjukkan taburan jantina responden yang menjawab borang kaji selidik dalam kalangan kakitangan PMS. Seramai 39.51% responden terdiri daripada lelaki dan 60.49% responden terdiri daripada perempuan. 4.2.2 Jabatan Rajah 4: Jabatan responden Rajah 4 menunjukkan peratusan jabatan responden. Seramai 19.75% daripada JP, 14.20% daripada JKM, 11.11% daripada JRKV, 12.96% daripada JTMK, 9.26% daripada JPH, 6.79% daripada JPA, 3.70% daripada JMSK dan 22.22% daripada pengurusan/unit sokongan.

4.2.3 Bangsa Rajah 5 menunjukkan peratusan bangsa responden. Seramai 99.38% responden yang berbangsa Melayu dan 0.62% responden terdiri bangsa Cina. 4.2.4 Tempoh perkhidmatan Rajah 5: Bangsa responden Rajah 6: Tempoh perkhidmatan

Rajah 6 menunjukkan peratusan tempoh kakitangan PMS berkhidmat. Seramai 31.48% yang berkhidmat antara 0-5 tahun, 41.98% berkhidmat antara 6-10 tahun, 19.75% berhidmat antara 11-15 tahun dan 6.79% berkhidmat antara 16-20 tahun. 4.3 Bahagian B (Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Kesedaran Kakitangan PMS Terhadap Teknologi Hijau) Bahagian ini menjelaskan tentang hasil maklum balas responden terhadap faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau iaitu faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Skala Likert seperti di Jadual 4 untuk memudahkan responden untuk memilih jawapan yang bersesuaian dan tepat untuk setiap soalan yang diberikan. Skala Likert adalah skala yang menggunakan beberapa pertanyaan untuk mengukur perilaku individu mengenai jawapan dengan menggunakan skala yang diberikan. Jadual 4: Kategori Skala Likert Skala 1 2 3 4 5 Pernyataan Sangat tidak bersetuju (STB) Kategori Tidak bersetuju (TB) Tidak pasti (TP) Jadual 5: Kategori skala min skor Setuju (S) Min Skor Tinggi 3.50 5.00 Sederhana 2.50 3.49 Rendah 0.00 2.49 Sangat bersetuju (SB) Sumber : Penilaian min skor (Fadilah Mat Noor, Safura Ahmad Sabri dan Khairuddin Kalid, 2014) Manakala Jadual 5 menunjukkan penilaian min skor dengan mengikut kategori tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan hasil dapatan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. 4.3.1 Tahap Pengetahuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Terhadap Teknologi Hijau Pengkaji telah memilih lima soalan untuk diajukan kepada responden mengenai tahap pengetahuan kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Keputusan yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6: Faktor pengetahuan Soalan Peratusan (%) Min Saya mempunyai tahap pengetahuan teknologi yang luas Saya mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi hijau dari institusi-institusi pendidikan Saya mengetahui tentang teknologi hijau dari kempen atau program yang telah diadakan Saya menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika sesi pembelajaran Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru, coklat dan jingga 1 2 3 4 5 Skor Tahap 2.5 6.2 25.3 51.2 14.8 3.70 Tinggi 1.2 7.4 25.9 46.9 18.5 3.77 Tinggi 0 4.3 11.1 62.3 22.2 4.02 Tinggi 1.2 13.0 25.3 42.6 17.9 3.63 Tinggi 6 4.3 20.4 50.0 24.7 3.94 Tinggi Min purata 3.812 Tinggi kajian menunjukkan bahawa min skor faktor pengetahuan yang paling tinggi pada soalan yang ketiga iaitu mengetahui tentang teknologi hijau dari kempen atau program yang telah diadakan iaitu sebanyak 4.02. Seterusya,sebanyak 22,2% sangat bersetuju, 62.3% setuju, 11.1% tidak pasti dan 4.3% sangat tidak bersetuju. Sementara itu, min skor yang paling rendah adalah pada soalan keempat iaitu menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika sesi pembelajaran sebanyak 3.63. Seramai 7.9% responden sangat bersetuju, 42.6% responden setuju, 25.3% responden tidak pasti, dengan faktor tersebut manakala seramai 13.0% tidak bersetuju dan 1.2% sangat tidak bersetuju. Dapatan kajian ini disokong oleh Muhammad Qayyum (2010) yang sehingga kini didapati tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Hal ini disebabkan ramai yang masih tidak mengetahui dan membiasakan diri tentang istilah teknologi hijau. Malah, masih ramai yang tidak

memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau. Mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat memberi kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013). 4.3.2 Sikap Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Terhadap Teknologi Hijau. Faktor sikap yang telah dipilih oleh pengkaji kerana pengkaji ingin melihat sama ada faktor ini mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Hasil kajian di Jadual 7 adalah seperti berikut: Jadual 7: Faktor sikap Soalan Peratusan (%) Min Saya sayangkan alam sekitar Saya menyokong kempen alam sekitar Saya sanggup membayar lebih bagi membeli produkproduk yang mesra alam sekitar seperti pembungkus makanan (paper bag) Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau agensi kerajaan yang terdekat sekiranya berlaku masalah alam sekitar Saya menggunakan sumber tenaga (air, eleltrik, sisa pepejal) dengan cermat dalam kehidupan harian 1 2 3 4 5 Skor Tahap 0 1.2 4.9 34.6 59.3 4.52 Tinggi 6 1.9 2.5 33.3 61.7 4.54 Tinggi 1.2 3.1 18.5 42.6 34.6 4.06 Tinggi 0 2.5 15.4 54.3 27.8 4.07 Tinggi 0 2.5 9.9 48.1 39.5 4.25 Tinggi Min purata 4.288 Tinggi Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor pada faktor sikap yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.54% pada soalan kedua iaitu menyokong kempen alam sekitar. Seramai 61.7% responden sangat bersetuju, dengan faktor sikap, 33.3% responden setuju, seramai 2.5%

tidak pasti, manakala seramai 1.9% responden tidak bersetuju dan responden sangat tidak bersetuju terhadap faktor tersebut seramai 1.2%. Selain itu, hasil min skor yang paling rendah adalah soalan ketiga iaitu saya sanggup membayar lebih bagi membeli produl-produk yang mesra alam seperti pembungkus makanan (paperbag) sebanyak 4.06%. Manakala 34.6% sangat bersetuju, 42.6 % setuju, 18.5% tidak pasti, 3.1 % tidak bersetuju dan 1.2% sangat tidak bersetuju. Berdasarkan dapatan kajian ini, faktor sikap mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah tinggi. Ini disokong dengan kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Zuhair (2015) di mana sikap guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara berada pada tahap yang positif dan tinggi berbanding tahap sederhana bagi faktor pengetahuan dan amalan hijau. 4.3.3 Amalan Teknologi Hijau Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Terhadap Teknologi Hijau Faktor amalan yang telah dipilih oleh pengkaji kerana pengkaji ingin melihat sama ada faktor ini mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Hasil kajian di Jadual 8 adalah seperti berikut: Jadual 8: Faktor amalan Soalan Peratusan (%) Min Saya menggunakan konsep 3R (reduce,reuse,recycle) dalam aktiviti harian mereka Saya menggunakan semula bahagian kertas yang tidak bercetak untuk kegunaan lain Saya membawa bekas sendiri apabila membeli makanan Saya memilih barang keperluan harian yang memberi kebaikan kepada alam sekitar Saya membawa botol air yang boleh digunakan semula 1 2 3 4 5 Skor Tahap 0 3.7 14.8 53.7 27.8 4.06 Tinggi 1.9 1.9 11.1 51.9 33.3 4.13 Tinggi 49 13.6 22.2 40.1 19.1 3.55 Tinggi 1.2 3.1 21.6 52.5 21.6 3.90 Tinggi 1.2 3.1 12.3 42.0 41.4 4.19 Tinggi Min purata 3.966 Tinggi

Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor pada faktor amalan untuk tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah paling tinggi iaitu sebanyak 4.19% pada soalan kelima iaitu saya membawa botol air yang boleh digunakna semula. Seramai 41.4% responden sangat bersetuju, 42.0% setuju, 12.3% tidak pasti, 3.1% tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju sebanyak 1.2%. Faktor amalan yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang telah menunjukkan hasil min skor yang paling rendah adalah pada soalan ketiga iaitu saya membawa bekas sendiri apabila membeli maknan sebanyak 3.55%,19.1% sangat bersetuju, 40.1% setuju, 22.2% tidak pasti, 13.6 % tidak bersetuju dan hanya 1.2% sangat tidak bersetuju. Oleh itu, amalan 3R (Reuse Reduce,Recycle) ini perlu diamalkan oleh masyarakat terhadap isu alam sekitar dan usaha kerajaan Malaysia untuk menanam semangat cintakan alam sekitar. Kitar semula merupakan satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain yang banyak memfokuskan kepada keharmonian dalam hidup manusia sejagat dan alam sekitar (Hasnah et al, 2012). Mohamad Fazli dan Teoh (2006) menyatakan pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen-kempen lain yang memberi tumpuan kepada amalan mengurangkan penggunaan (reduce) dan guna semula (reuse) serta pengetahuan tentang produk mesra alam. Kempen sedemikian harus dipergiatkan di seluruh negara supaya para pengguna sedar bahawa tingkah laku pembelian dan amalan kepenggunaan mereka akan membawa impak yang besar kepada alam sekitar. Seperti Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di pasaraya pada hari Sabtu dan penggunaan produk hijau yang mampu dibeli oleh majoriti masyarakat. 4.3.4 Tahap Kesedaran Kakitangan PMS Terhadap Teknologi Hijau. Pengkaji telah memilih dua soalan yang berkaitan dengan tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dan diedarkan kepada seramai 162 responden. Jadual 9 menunjukkan nilai min skor bagi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Jadual 9: Tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau Soalan Peratusan (%) Min Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi hijau 1 2 3 4 5 Skor Tahap 0 2.5 4.3 53.1 40.1 4.31 Tinggi

Saya menggunakan semula bahagian kertas yang tidak bercetak untuk kegunaan lain 6 6 3.1 40.7 54.4 4.49 Tinggi Min purata 4.4 Tinggi Purata min skor tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah paling tinggi iaitu sebanyak 4.49% pada soalan kedua iaitu saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan untuk saya. Seramai 54.4% responden sangat bersetuju, 40.7% responden setuju, 3.1%responden tidak pasti, manakala seramai 6 % responden tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju seramai 6% responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang rendah iaitu 4.31% pada soalan pertama iaitu saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi hijau. Seramai 40.1 % responden sangat bersetuju, manakala 53.1% responden setuju. Seterusnya 4.3% responden tidak pasti, dan 2.5 % responden tidak bersetuju. 4.4 Purata Min Skor Bagi Setiap Faktor Setelah menganalisa data dan melalui hasil kajian untuk menguji faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Pengkaji telah memperolehi min skor bagi setiap faktor kajian. Min skor setiap faktor kajian boleh dilihat seperti dalam Jadual 10 di bawah. Jadual 10: Purata Min Skor Setiap Faktor Faktor Purata Min Tahap Skor Pengetahuan 3.812 Tinggi Sikap 4.288 Tinggi Amalan 3.966 Tinggi Tahap kesedaran 4.4 Tinggi Berdasarkan jadual 4.7 dia atas, faktor yang mempunyai min skor paling tinggi adalah faktor sikap dengan nilai min skor sebanyak 4.288%. Seterusnya, diikuti dengan faktor amalan dengan nilai purata min skor sebanyak 3.966%. Akhir sekali, faktor yang mempunyai min skor yang paling rendah ialah faktor pengetahuan dengan nilai purata min skor sebanyak 3.812%. Tahap kesedaran juga menunjukkan purata min skor yang tinggi iaitu sebanyak 4.4%. 4.5 Analisis Regresi

Analisis ini digunakan untuk mengetahui hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah bersandar terhadap pemboleh ubah tidak bersandar secara serentak. Koefisien ini menunjukkan seberapa besar hubungan yang terjadi antara pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan, sikap dan amalan secara serentak terhadap tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Nilai R berkisar antara 0 sampai 1, nilai semakin mendekati 1 bererti hubungan yang terjadi semakin kuat, sebaliknya nilai semakin mendekati 0 maka hubungan yang terjadi semakin lemah. Sugiyono (2012) memberikan interpretasi koefisien kolerasi sebagai berikut: 0.00 0.199 = sangat rendah 0.20 0.399= rendah 0.40 0.599= sedang 0.60 0.799= kuat 0.80 1.000= sangat kuat Dari hasil analisis regresi, lihat pada output model summary dan tertera di Jadual 11) seperti di bawah: Jadual 11: Model Summary Daripada Jadual 11 menunjukkan nilai R adalah 67.2%. Ini bermaksud sebanyak 67.2% pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan, sikap dan amalan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Semakin dekat nilai dengan 1 bermakna semakin kuat hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. Jadual 12: Koefisien

Daripada Jadual 12 didapati faktor sikap dan faktor amalan secara koefisien mempengaruhi Tahap Kesedaran Kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Faktor yang paling mempengaruhi ialah faktor sikap dan amalan. Secara tidak langsung dua faktor berikut adalah signifikan. Manakala, faktor pengetahuan yang berhubung secara negatif iaitu (- 0.57) adalah tidak signifikan iaitu tidak wujud hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kesedaran teknologi hijau. 5.0 Cadangan Dan Kesimpulan 5.1 Cadangan Cadangan pengkaji kepada pihak PMS perlulah menggiatkan lagi promosi teknologi hijau kepada semua warga PMS. Di samping itu, pihak PMS perlulah memperluaskan kempen Amalan Hijau PMS, membuat seminar atau karnival teknologi hijau, mengaktifkan pungutan bahan kitar semula dari masa ke semasa dan memperbanyakkan pegawai PMS yang terlibat dalam pengurusan Jawatankuasa Teknologi Hijau. Di samping itu, pengkaji berharap supaya pengkaji akan datang dapat mengkaji lebih mendalam terhadap teknologi hijau dengan skop kajian yang berbeza dan mengenalpasti faktor lain seperti ekonomi, teknologi dan sebagainya. Seterusnya pihak kerajaan, swasta dan badan NGO perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran teknologi hijau melalui media massa dan sosial secara berterusan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan seterusnya menerapkan budaya amalan hijau dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat memberi kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013). 5.2 Kesimpulan Melalui kajian ini, pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dijalankan di mana tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau pada tahap tinggi dengan purata min skor

4.4. Dalam kajian ini, faktor sikap sangat mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dengan purata min skor 4.288 kerana kakitangan PMS mempunyai kesedaran dari sikap yang sedia ada pada diri mereka. Walaubagaimanapun, faktor pengetahuan merupakan faktor yang paling rendah dengan purata min skor sebanyak 3.812. Ini disebabkan terdapat kakitangan PMS yang kurang pengetahuan tentang teknologi hijau secara menyeluruh. Oleh itu, kefahaman dan penerapan budaya amalan hijau dalam kalangan kakitangan perlu dipertingkatkan bagi melestarikan PMS. RUJUKAN Mohammad Zohir, A., Nordin, A.R. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah: Komitmen Guru, Pendidikan Lestari. DP Jilid 7(2): 74-81 Anny Lim, K. L. (7 March 2010). Teknologi Hijau: Semua Pihak Perlu Berperanan, Majalah Sains. Com., Muat turun dari https://www.majalahsains.com/teknologi-hijau-semua-pihakperlu-berperanan/ Chua, Y. P. (2013). Mastering Research Statistics. McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. CIDB News. (2011). Issue 1, Apr 27, 2011 - NO.1 / 2011. ISSN 1985-1887: www.cidb.gov.my /cidbv4/ /newsletter/cidbnewslett Dai, C.Y., Chen, W.F., Yuan, Y.H., & Yen, C.H. (2012). A Study on Modification of Knowledge, Attitude and Practice on Vocational High School Electronics Courses Integrated with Nanotechnology Concept. Int. J. of Thermal & Environmental Engineering. Volume 4, No. 1 : 73-79. Fadilah, M. N., Safura, A. S., Khairuddin K. (2014). Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di KUIS, Proceeding of the 1st International Conference on Management and Muamalah 2014 (1st ICoMM). e-isbn: 978-967- 0850-01-6. Kolej Universiti Islam Selangor. pp. 337 347 Fitzpatrick, M. (2013). Japan's green energy evolution. Fortune. Muat turun dari http://fortune.com/2013/09/23/japans-green-energyevolution/ Hasnah, A., Dody, D., Noraziah, A., Maznah, I., Sarifah, Y. (2012). Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita Di Bandar Baru

Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 5. 64-75. Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), ISSN 2180-249 Hanifah M., Shaharudin A., Noraziah A., Mohamad Suhaily Yusry, C. N. (2015). Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Selangor. Sains Humanika. 5:1. 19-26. ISSN 2289-6996 Hazura, A. B., Sharifah Norhaidah, S. I. (2007). Pemeliharaan Alam Tabii Bersumberkan Pengetahuan Islam. Pendidikan Islam. DP. Jilid 7, Bil. 1/2007: 31-45 Iskandar Hasan, T. A. (13 March 2015). Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup Pacu Ekonomi Negara. Berita Harian Online. Muat turun dari https://www.bharian.com.my/node/40615 KeTTHA 1 (KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air). (2011). Kepentingan Tenaga Hijau. Muat turun dari http://www.kettha.gov.my/bm/index.asp. KeTTHA 2 (KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air). (2011). Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara. Muat turun dari http://www.kettha.gov.my/content/tonggak-dasar-teknologihijau-negara Kollmuss, A., Agyeman, J. (2002). Mind The Gap: Why Do People Act Environmentally and What Are The Barriers to Pro-Environmental Behaviour?. Environmental Education Research. Volume 8, No. (3). 239-260. Nor Kalsum, M. I. (2016). Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar UPSI Terhadap Prinsip-Prinsip Kampus Lestari. Jurnal Perspektif. Jil.8 Bil.1 (29-41). ISSN 1985-496X /eissn 2462-2435. Muat turun dari https://www.researchgate.net/publication/304467907_pengetahu an_sikap_dan_tingkah_laku_pelajar_upsi_terhadap_prinsip- Prinsip_Kampus_Lestari Nurul Hidayah, L. A., Haryati, S., Seow, T. W. (2012). Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum di sekolah rendah: Satu penilaian awal. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke 4. Pulau Pinang. 343-347. Muat turun dari http://eprints.uthm.edu.my/3998/1/pengetahuan_dan_ting KAH_LAKU_MURID.pdf Mohamad Fazli, S., Teoh, Y. Y. (2006). Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 95-109. ISSN: 0128-7702 Universiti Putra Malaysia Press.

Mohammad Majid, K. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zuhair, A. A. (2015). Tahap Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan Guru-Guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara. (Tesis Sarjana). Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/7069/1/mohd_zuhair_azuar_bin _ARIFIN_24.pdf Muhammad Qayyum, H. (24 Julai 2010). Antara Masyarakat Hijau Dan Teknologi Hijau. Muat turun dari http://mqayyum.wordpress.com/2010/07/24/antaramasyarakathijaudan-teknologi-hijau/ Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob et al (2012). Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita Di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 5 (64-75) Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), ISSN 2180-249 Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah. (2017). Info Korporat. Muat turun dari http://www.pms.edu.my/infokorporat Siti Rohani Johar. (2013). Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Tesis Sarjana). Muat turun dari http://eprints.uthm.edu.my/4210/1/siti_rohani_johar.pdf Siti Nor Syazwani, S., Mohd Safarin, N., Muhammad Sukri, S. (2012). Integrasi Teknologi Hijau Dalam Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV), Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia Journal of Technical,Vocational & Engineering Education, 5, 2231-7376. Sugiyono. (2012). Metode Penelitian Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D. Bandung: Alfabeta Tan, P. S., Norzaini, A. (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar di Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 11 22 @2011 ISSN 0128-273. Muat turun dari http://journalarticle.ukm.my/4506/1/2-tan_pei_san_et_al.pdf Portal 1Klik. (2018). Kesan Pemanasan Global di Malaysia, Muat turun dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/ar ticle/16-isunasional/10042-isu-pemanasan-global.html

Utusan Malaysia. (2015). Pelan teknologi hijau politeknik. Muat turun dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelan-teknologihijau-politeknik-1.76225