KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

Similar documents
PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

PhD thesis before UPM senate

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

PUBLIC PARTICIPATION ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT Investigation of the Level of Sustainable Environmental Development Understanding and Awareness

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

National Green Technology Policy i

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IDENTIFICATION OF SUSTAINABILITY INDICATORS FOR OIL AND PETROCHEMICAL INDUSTRIES DEVELOPMENT IN SOUTHWEST COAST OF IRAN

xviii CONTENTS CHAPTERS ITEMS PAGES TITLE PAGE SUPERVISOR S CERTIFICATION DECLARATION DEDICATION ACKNOWLEDGEMENT ABSTRAK LIST OF TABLES

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

SUSTAINABLE URBAN COMMUNITY DEVELOPMENT THROUGH AGENDA 21

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

TAIIAP PENGGUNAAN ICT DAN TEKNOLOGI DALAM

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LEARNING FROM SOUTH SUMATRAN INDIGENOUS TECHNOLOGY FOR SUSTAINABLE HOUSING CONSTRUCTION

Design and Fabrication of Solar Assisted Drying Machine

Ketua Pustakawan- muka 4

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

STATEMENT OF AWARD FOR THESIS CHOICE AND FAMILIARITY OF USING CORRIDOR AND SPILL OVER SPACE IN URBAN CENTRE TAREG RAMADAN ALI BAKRA

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

Kelestarian Pembangunan Hadapan Air di Malaysia

Transcription:

3 KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU DEWI ADHARINA BT MOHD YUNUS Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia MEI 2006

5 DEDIKASI Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t di atas segala kesenangan yang Kau berikan, permudahkanlah urusan ku di dunia dan berilah aku petunjuk untuk menuju ke Ahirat Khas Buat Hj Mohd Yunus b Wisti dan Rosnah Bt Mohd Amin Terima kasih kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik buatku Abg Nazir, Kak Lin, Rin, Fatin, Hakim & Nazrul Jadikan ilmu teman sejati dan terus berjuang untuk keluarga, bangsa dan negara Mohd Azman b Mohd Aini Semoga kebahagiaan dan kesenangan milik kita bersama Arwah Hendri Milhan Al-Hielmi b Ismail Moga rohmu dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang yang beriman Nur Sabrina bt Sa ad Terima kasih kerana menjadi sahabatku

6 PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-nya, maka penulisan Projek Sarjana dapatlah disempurnakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek, Dr Asiah Othman di atas bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, galakan serta semangat daripada beliau di sepanjang tempoh penghasilan projek ini. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Asri B Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda MBJB, Puan Hajah Khatijah Bt Salam dan semua penduduk Kampung Melayu yang telah bersama-sama membantu dalam memberikan maklumat dan soal selidik yang dijalankan. Ribuan terima kasih juga buat rakan-rakan di Pejabat Tanah dan Galian Johor kerana banyak membantu, sentiasa memahami dan sentiasa memberi sokongan. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan MGN 2004/2005, semua pensyarah Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Staff Pusat Sumber LADS dan FAB serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak Wassalam

7 ABSTRAK Local Agenda 21 diperkenalkan hasil daripada persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro. LA21 adalah program ke arah pembangunan mampan yang mana program tersebut menekankan peranan PBT serta penglibatan masyarakat. Dalam merealisasikan hasrat LA21, PBT perlulah memainkan peranan yang penting. Ini kerana PBT merupakan pihak yang terlibat terus dalam perlaksanaan pembangunan mampan. Demi mencapai pembangunan mampan PBT juga perlu melibatkan pihak lain seperti penduduk setempat, pihak swasta, NGO dan sebagainya. Penyertaan dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan demi menjayakan matlamat LA21. Sejauh manakah kesedaran dan kefahaman penduduk setempat, inilah persoalan utama yang akan dikaji. Dalam kajian ini, soalselidik telah dijalankan ke atas masyarakat Kampung Melayu untuk mengetahui tahap kefahaman dan penglibatan mereka terhadap program LA21. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan masyarakat setempat tidak memahami tentang program LA21. Walaupun masyarakat tidak memahami tentang LA21, namun ia bukan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam program LA21. Ini kerana hampir 70% masyarakat setempat menyertai program LA21 walaupun tahap pemahaman mereka terhadap LA21 agak kurang. Dari soal selidik tersebut juga, masyarakat setempat turut memberi pandangan bagi memantapkan lagi program LA21 di kawasan kediaman. Ini kerana selain daripada penglibatan, pandangan mereka juga dapat membantu menjayakan lagi program LA21.

8 ABSTRACT Local Agenda 21 was introduced in the Earth Summit Conference held in Rio de Janeiro. LA21 is a programme towards sustainable development and emphasized on the cooperation Local Authority and participation from the public. To realize LA21, cooperation from Local Authority is very important. This is because, Local Authority is direct involved in promotion sustainable development. To achieve the sustainable development, Local Authority must get the involvement from the society, private sector, NGO and others. The cooperation and participation from the society are necessary to achieve LA21 s objective. Based on towards the people, the study truss to know the extend of their knowledge and understand towards LA21. The finding revel that even through the public do not understand about LA21 but the society do get involve in the programme. This is because, almost 70% society at Kampung Melayu involve LA21 programme although their knowledge about LA21 are lacking. From their research, a society have their own opinion to improve a LA21 programme in their village. This is because, beside the participation, their opinion can help for the achievement LA21 programme.

9 KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiii xiv xv xvi I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Matlamat Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Metodologi Kajian 8 II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 13 2.2 Definisi Pembangunan Mampan 14 2.3 Pembentukan Local Agenda 21 di Peringkat Global dan Tempatan 16

10 2.4 Prinsip-Prinsip LA21 17 2.5 Ciri-Ciri Perlaksanaan Local Agenda 21 18 2.6 Faedah-Faedah dari Perlaksanaan Projek Local Agenda 21 19 2.6.1 Sebagai Individu 19 2.6.2 Persatuan atau Syarikat 19 2.6.3 Wakil Kerajaan 20 2.6.4 PBT 20 2.7 Perlaksanaan Program Local Agenda 21 21 di Tapak Perintis 2.7.1 Objektif-Objektif Projek Perintis Local Agenda 21 21 2.7.2 Tapak-Tapak Projek Perintis LA21 22 2.7.3 Sokongan United Nations Development Programme (UNDP) 23 2.7.4 Struktur Organisasi 24 2.7.5 Fungsi Jawatankuasa LA21 25 2.8 Perlaksanaan Projek Printis Local Agenda 21 25 2.8.1 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Miri 26 2.8.2 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Kuantan 27 2.8.2.1 Pelaksanaan Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan 27 2.8.3 Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya 30 2.8.3.1 Kronologi LA21 di Petaling Jaya 31 2.8.3.2 Fungsi Jawatankuasa Kerja 31 2.8.4 Majlis Daerah Kerian 32 2.8.4.1 Local Agenda 21 Kerian 32 2.8.4.2 Aktiviti-Aktiviti LA21 Kerian (2005)33 2.9 Peranan Pihak-pihak Yang Terlibat dalam Menjayakan Program LA21. 37 2.9.1 Peranan PBT 37

11 2.9.2 Peranan Masyarakat 38 2.9.2.1 Ahli Majlis 38 2.9.2.2 Ahli Jawatankuasa Penduduk 39 2.9.2.3 Badan Bukan Kerajaan (NGO) 39 2.9.2.4 Organisasi Masyarakat (CBO) 39 2.9.3 Pihak swasta 40 2.9.3.1 Mengadakan program/ projek usahasama partnership dengan PBT dan masyarakat. 40 2.9.3.2 Melibatkan dalam proses perancangan dan perlaksanaan bersama. 40 2.9.3.3 Membantu PBT dalam melengkapkan infrastruktur. 40 2.9.4 Agensi Kerajaan Lain 41 2.10 Kesimpulan 41 III PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MBJB 3.1 Pengenalan 43 3.2 Latar Belakang Pentadbiran MBJB 44 3.3 Kawasan Pentadbiran di Daerah Johor Bahru 45 3.4 Latar belakang Kawasan Kajian 46 3.5 Pembentukan dan Perlaksanaan LA21 di MBJB 47 3.6 Proses Perlaksanaan Local Agenda 21 di MBJB 48 3.7 Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja LA21 di MBJB 54 3.8 Penyediaan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan bagi LA21 MBJB 57 3.9 Aktiviti-Aktiviti LA21 Yang Telah Dilaksanakan di MBJB 59 3.9.1 Ekonomi dan Pelancongan 59 3.9.1.1 Pusat Tarikan Pelancongan yang Kondusif 60 3.9.1.2 Kesedaran Masyarakat dalam

12 Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Mampan 65 3.9.2 Kebersihan dan Kitar Semula 67 3.9.2.1 Zon Bandar 67 3.9.2.2 Zon Straits View 68 3.9.2.3 Zon Stulang 69 3.9.3 Pembangunan Sosial 70 3.9.3.1 Gejala Ponteng Sekolah 71 3.9.3.2 Vandalisme 72 3.9.4 Pengindahan 73 3.9.4.1 Keindahan Landskap 74 3.9.4.2 Keindahan Pencahayaan 75 3.9.4.3 Keindahan Infrastruktur 75 3.9.5 Kesihatan dan Keselamatan 76 3.10 Kesimpulan 77 IV ANALISIS DAN PENEMUAN 4.1 Pengenalan 78 4.2 Kaedah Analisis 80 4.3 Responden Terlibat 81 4.4 Analisis Pemahaman Masyarakat Terhadap LA21 82 4.5 Analisis Penglibatan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Program LA21 84 4.6 Analisis Sumbangan Masyarakat Setempat 88 4.6.1 Menjaga Persekitaran 88 4.6.2 Menyertai Aktiviti Setempat 89 4.6.3 Memberi Pandangan dan Idea 90 4.7 Analisis Cadangan-Cadangan Masyarakat bagi Pemantapan LA21 90 4.7.1 Kempen Kesedaran 91 4.7.2 Promosi LA21 dari Rumah ke Rumah 92 4.7.3 Pendekatan dari Peringkat Sekolah-Sekolah 92 4.7.4 Keanggotaan dari Masyarakat Setempat 93

13 4.7.5 Pertandingan Gerai dan Kedai Tercantik 93 4.8 Peranan Pihak MBJB dalam Memastikan Penglibatan Masyarakat Terhadap Aktiviti yang Dianjurkan 94 4.8.1 Mengetuai Segala Program LA21 yang Dirancang 94 4.8.2 Membuat Kawalan dan Pengawasan Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan 95 4.8.3 Mempromosikan LA21 95 4.8.4 Mencari Penganjur bagi Menampung Pembiayaan Projek LA21 96 4.9 Kesimpulan 96 V RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 98 5.2 Rumusan Kajian 99 5.3 Cadangan Mempromosikan LA21 Secara Meluas 100 5.4 Masalah dan Limitasi Kajian 101 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102 5.6 Kesimpulan 102 BIBLIOGRAFI 104 LAMPIRAN A 106 LAMPIRAN B 112

14 SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pelan Tindakan bagi Setiap PBT yang Menyertai Projek Printis 35 2.2 Perlaksanaan Pelan Tindakan LA21 di Setiap Projek Printis yang Terlibat 36 3.1 Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan 65 3.2 Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula 69 4.1 Perhubungan di Antara Tahap Pemahaman dengan Faktor-Faktor Lain 81 4.2 Penglibatan dan Kekerapan Masyarakat Setempat dalam Menyertai Aktiviti LA21 83

15 SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Carta Aliran Metadologi Kajian 12 2.1 Keseimbangan Pembangunan Mampan 16 2.2 Lokasi Tapak-Tapak Projek Printis 22 2.3 Struktur Organisasi Keseluruhan Projek Printis 24 3.1 Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru 43 3.2 Lokasi bagi Daerah Johor Bahru 44 3.3 Kawasan Pentadbiran MBJB 45 3.4 Proses Perlaksanaan LA21 di Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi Tahun 2005 50 3.5 Struktur Organisasi bagi Jawatankuasa Kerja Local Agenda 21 MBJB 55 3.6 Penanaman Herba di Sungai Sebulong 60 3.7 Pembinaan Wakaf di Sungai Sebulong 60 3.8 Dewan Raya Kampung Melayu 61 3.9 Dataran Mini Kampung Melayu 61 3.10 Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail Kampung Melayu 62 4.1 Keadaan Kotor di Sungai Sebulong 89

16 SENARAI SINGKATAN PBT Pihak Berkuasa Tempatan LA21 Local Agenda 21 KPKT Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan NGO Non-Government Organization CBO Community Based Organization MBJB Majlis Bandaraya Johor Bahru MPM Majlis Perbandaran Miri MPK Majlis Perbandaran Kuantan MPPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya MDK Majlis Daerah Kerian LPS Lesen Pendudukan Sementara YB Yang Berhormat

17 SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B Borang Soal Selidik Keratan Akhbar

18 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Local Agenda 21 (LA21) bukanlah satu program baru yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satusatu kawasan. Di dalam persidangan tersebut, 5 dokumen penting telah dihasilkan seperti mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment and Development), Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological

19 Diversity), Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework Convention on Climate Change), Prinsip Hutan (Forest Principle) dan LA21. LA21 adalah merupakan satu program yang melibatkan masyarakat setempat, sektor swasta dan PBT (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya). Kesemuanya bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Biar pun LA21 telah lama diperkenalkan dan telah pun mempunyai projek printis tersendiri tetapi ia masih tidak diketahui umum. Berdasarkan kajian penulis, didapati projek printis LA21 telah diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 1999 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pihak Kementerian mengalu-alukan penglibatan PBT di Malaysia agar menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon bagi menyertai program LA21 didapati empat PBT telah dipilih untuk dijadikan projek printis LA21 iaitu Majlis Perbandaran Miri, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Daerah Kerian dan Majlis Perbandaran Kuantan. Walaupun telah wujudnya projek printis LA21 dan terdapat beberapa PBT yang menyusuli projek printis tersebut dalam melaksanakan projek LA21 tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengetahui akan kewujudan projek LA21. Menurut Tuan Haji Asri bin Haji Amat selaku Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya Johor Bahru, masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan LA21 adalah disebabkan kurang promosi dari PBT. Melalui keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18hb Oktober 2000, bertajuk PBT digesa Tubuh Unit Pembangunan Mampan, semua PBT digesa supaya menubuhkan unit LA21 atau Unit Pembangunan Mapan masing-masing selewatlewatnya pada 2002 dan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, penubuhan tersebut perlu dilaksanakan mulai sekarang memandangkan tempoh empat PBT yang menjadi perintis projek berkenaan akan tamat dua tahun dari sekarang iaitu pada 2002 dan ia juga selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan untuk merangka program LA21 di peringkat kerajaan pada 2002.

20 Menurut Datuk Seri Ong Ka Ting, LA21 merupakan satu agenda tempatan yang dirangka khusus bagi membolehkan PBT, masyarakat dan swasta bekerjasama dalam melakukan setiap projek pembangunan. Dengan adanya projek LA21, semua pihak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam apa juga perancangan pembangunan dan antara isu yang boleh ditangani bersama oleh masyarakat, swasta dan PBT ialah masalah pencemaran, pembaziran sumber, kitar semula, kebersihan dan isu sosial. Oleh yang demikian jelaslah bahawa peranan semua pihak amat penting dalam menjayakan projek LA21 ke arah pembangunan mampan. Ini kerana dengan adanya projek tersebut segala isu dapat diselesaikan secara bersama di antara masyarakat, pihak swasta dan pihak kerajaan. 1.2 Penyataan Masalah Projek Printis LA21 sememangnya telah dilaksanakan dan sehingga kini ia masih dalam proses perlaksanaan. Bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan, masyarakat setempat perlu memainkan peranan yang penting. Manakala, PBT pula berperanan untuk menarik minat agar masyarakat dan pihak swasta menyertai program LA21. Ini kerana pendekatan asas bagi program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, pendudukpenduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Di daerah Johor Bahru perojek LA21 telah dirasmikan pada bulan Oktober 2003. Perlaksanaan program LA21 pula telah dilaksanakan pada bulan september 2005 melalui Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula dan Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan. Bagi projek Ekonomi dan Pelancongan, Sungai Sebulong Kampung Melayu Majidee telah dipilih sebagai projek printis bagi LA21 di peringkat MBJB melalui projek menaiktaraf dan pengindahan Sungai Sebulong Kampung Melayu Majidee. Walaupun program LA21 di Kampung Melayu Majidee ini masih diperingat perlaksanaan, apa yang menjadi persoalan adakah masyarakat Kampung Melayu faham terhadap program LA21 yang dilaksanakan di kawasan mereka? dan bagaimanakah penglibatan mereka dalam

21 program seumpama ini?. Ini kerana program LA21 sememangnya memerlukan komitmen yang lebih dalam penglibatan masyarakat dan seharusnya masyarakat memahami akan program LA21 serta melibatkan diri dalam setiap program yang dijalankan. Kefahaman dan penglibatan masyarakat terhadap program LA21 adalah menyumbang kepada kejayaan program LA21 yang dilaksanakan. 1.3 Matlamat Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat program-program LA21 yang dijalankan di MBJB. Dalam kajian ini juga penulis ingin mengenalpasti manamana program yang telah dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat setempat terhadap LA21 dan meninjau tahap penglibatan masyarakat setempat untuk mengetahui sejauh mana masyarakat setempat menyertai dan menglibatkan diri bagi setiap program yang dilaksanakan. Selain itu penulis juga inigin melihat adakah tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap LA21 ini mempengaruhi penglibatan mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian sangat penting dan merupakan intipati utama bagi sesuatu kajian. Ini kerana objektif kajian adalah yang menentukan tujuan kajian dan memastikan kajian tidak terkeluar daripada tajuk asal kajian. Di bawah terdapat 3 objektif yang telah ditetapkan oleh penulis: (i) Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat Kampung Melayu Majidee terhadap LA21 bagi projek ekonomi dan pelancongan.

22 (ii) Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai program ekonomi dan pelancongan LA21 di Kampung Melayu Majidee. (iii) Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek LA21 yang melibatkan orang awam di Kampung Melayu Majidee. 1.5 Skop Kajian Program LA21 sering didengari di setiap Pentadbiran PBT, tetapi di peringkat masyarakat program ini tidak dikenali secara meluas walaupun projek printis telah dilaksanakan di empat buah PBT yang terpilih. Ini kerana PBT kurang memainkan peranan untuk menarik minat dan seterusnya program tersebut kurang mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Berdasarkan penelitian penulis setakat ini hanya sedikit sahaja kajian yang membincangkan isu berkaitan LA21. Sebagai contoh, Ismail bin Ibrahim (2002) kajian berkaitan pembangunan mampan melalui LA21 dengan menjadikan Majlis Perbandaran Kuantan sebagai kajian kes. Di dalam penulisan tersebut, penulis lebih menekankan isu pembangunan mampan yang telah dilaksanakan melalui program LA21. Selain itu juga terdapat kajian yang membincangkan tentang penilaian perkongsian dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelan tindakan LA21 di Petaling Jaya oleh Mohd Sabri bin Mohd Jamil (2003) dan kajian beliau hanya menekankan tentang penglibatan dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelanpelan tindakan dalam sesuatu perlaksanaan LA21. Berlainan dengan kajian-kajian yang lepas, kajian ini akan membincangkan tentang program LA21 yang berada di bawah bidang kuasa Unit Sosial dan Local Agenda 21 di Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya

23 Johor Bahru. Dalam kajian ini juga penulis juga akan membincangkan Projek Ekonomi dan Perlancongan yang dilaksanakan di Kampung Melayu Majidee. 1.6 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada golongan seperti berikut: i. Pihak Berkuasa Tempatan Berdasarkan kepada Bab 28 Agenda 21, PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan sosial di kawasan tersebut. Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. ii. Pihak Swasta Pihak swasta adalah merupakan pihak yang berperanan untuk mengadakan program/projek usahasama (partnership) dengan PBT dan masyarakat selain membantu PBT dalam melengkapkan insfrastruktur untuk pembangunan tersebut. Ini kerana sebarang keputusan yang melibatkan perancangan akan melibatkan pihak swasta. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak swasta untuk bekerjasama dengan PBT bagi menjadikan kawasan pentadbiran PBT menjadi kawasan pembangunan mampan.

24 iii. Masyarakat Setempat Penyertaan masyarakat setempat amat penting dalam merealisasikan pembangunan mampan sejajar dengan kehendak Agenda 21. Ini kerana masyarakat setempat merupakan komuniti besar yang dapat membantu PBT dalam mengurus dan merancang pembangunan ke arah yang lebih selamat dan selesa. Dengan adanya kajian ini diharapkan ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dalam merancang pembangunan mampan disamping pelan tindakan bersama-sama PBT dan pihak swasta agar kesepakatan dapat dicapai. iv. Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat diwujudkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sumbangan mereka terhadap masyarakat amat besar kerana ia memberi jaminan kesejahteraan kepada masyarakat. Walaupun kajian ini lebih menekankan peranan PBT dan masyarakat tetapi sedikit sebanyak ia dapat memberi semangat kepada Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat agar lebih giat membantu menjadikan kawasan pentadbiran MBJB lebih sejahtera dalam persekitaran bandaraya. 1.7 Metodologi Kajian Kajian ini merupakan satu kajian diskriptif yang lebih menekankan kepada penghuraian bagi menjelaskan tentang satu-satu isu permasalahan berhubung dengan perlaksanaan LA21 di salah satu PBT. Dengan menjadikan Kampung Melayu Majidee yang berada di bawah pentadbiran MBJB sebagai kajian kes, pengkaji akan meneliti dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan program LA21 dan penglibatan penduduk setempat. Hasil daripada temubual dengan pihak-pihak yang berpengetahuan luas terhadap perlaksanaan projek LA21 akan dibincangkan secara kualitatif manakala bagi soal selidik pula akan dianalisis secara kuantitatif.

25 Dalam menjalankan kajian ini, kerja-kerja yang dijalankan dibahagikan kepada lima peringkat utama dan setiap peringkat tersebut mewakili setiap bab iaitu:- 1. Peringkat Kajian Awalan (Bab I) 2. Peringkat Kajian Literatur (Bab II) 3. Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Bab III) 4. Peringkat Analisis Data (Bab IV) 5. Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Bab V) Peringkat Kajian Awalan ( Peringkat I) Peringkat ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan serta pembentukan objektif yang dapat mengatasi permasalahan tersebut. Pendekatan yang dijalankan adalah dengan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan LA21 melalui pengumpulan bahan bercetak seperti kertaskertas seminar, perangkaan serta laporan-laporan sedia ada serta melalui media elektronik seperti laman-laman web yang berkaitan. Peringkat Kajian Literatur (Peringkat II) Peringkat ini merupakan kajian literatur untuk memahami pembangunan mampan dan LA21. Selain itu juga ia memberi pemahaman terhadap objektif pembentukan Local Agenda itu sendiri sama ada di peringkat global mahupun tempatan. Seterusnya mengenalpasti peranan-peranan pihak yang terlibat dalam menjayakan projek LA21 ini seperti peranan pihak kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi masyarakat (CBO) serta peranan masyarakat setempat. Selaras dengan matlamat kajian, kajian literatur ini turut menjelaskan tentang ciri-ciri dan proses perlaksanaan LA21 di peingkat projek printis.

26 Bagi melengkapkan kajian ini, maka kajian akan dibuat melalui sumber skunder umpamanya kertas seminar, buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan, laporan projek sarjana serta sarjana muda, laman-laman web di internet berkenaan LA21 dan sumber penulisan yang lain. Kajian ini juga dapat membantu penulis dalam pengumpulan data-data dan penyediaan soal selidik. Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Peringkat III) Di peringkat pengumpulan data dan kajian kes, sumber maklumat adalah dikumpul secara data primer dan data skunder. (i) Data Sekunder Data ini diperolehi melalui pembacaan media cetak seperti kertas seminar, buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan serta laman-laman web di internet berkenaan LA21. Di samping itu, maklumat sekunder juga diperolehi melalui laporan-laporan yang dikeluarkan sendiri oleh MBJB terutama yang berkaitan dengan program LA21. (ii) Data Primer Data Primer diperolehi melalui kaedah-kaedah berikut:- a. Perbincangan secara temubual dengan agensi-agensi yang terlibat dalam organisasi LA21. Temubual dijalankan secara face to face dengan Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda yang terlibat dalam program LA21 di MBJB bagi mendapatkan gambaran mengenai organisasi di dalam pelan tindakan serta aktiviti-aktiviti LA21 yang dilaksanakan diperingkat MBJB.

27 Seterusnya, temubual turut dijalankan dengan wakil-wakil daripada organisasi LA21 bagi memperolehi tahap penyertaan awam serta pemahaman mereka terhadap peranan dan kepentingan mereka menyertai program LA21. b. Kajian soal selidik turut dijalankan ke atas masyarakat setempat menggunakan borang soalselidik sebagaimana di Lampiran A. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum daripada masyarakat setempat serta mencungkil segala permasalahan yang melibatkan alam sekitar dan ekonomi masyarakat setempat yang mana permasalahan tersebut merangkumi masalah pembangunan mampan. Dari kedua-dua data dan maklumat yang akan diperolehi, maka ia dapat mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan projek LA21 di peringkat MBJB pada masa kini. Seterusnya dapatlah mengenalpasti sejauh mana peranan PBT dalam melaksanakan projek LA21, terutama dalam menarik minat orang awam serta NGO untuk menyertai projek LA21. Soal selidik dijalankan ke atas beberapa responden yang terdiri masyarakat setempat Kampung Melayu Majidee. Peringkat Analisis Data (Peringkat IV) Data hasil daripada temubual dengan pegawai MBJB, ia akan dianalisis secara kualitatif. Maka output dijangka lebih kepada perspektif tindakan pihak berkuasa dalam memainkan peranan untuk melaksanakan projek LA21. Daripada analisis di atas, akan didapati sama ada peranan PBT ini dapat menarik perhatian pihak swasta dan masyarakat setempat untuk bekerjasama dalam menjayakan LA21 ini atau sebaliknya.

28 Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Peringkat V) Setelah mendapat keputusan daripada analisis yang dijalankan, maka syorsyor dan cadangan akan dikemukakan bagi mengatasi segala permasalahan yang timbul. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah lebih kepada bagaimana cara terbaik pihak MBJB dalam menarik minat pihak swasta dan orang awam bagi menjayakan projek LA21.

Penerimaan Projek Dan Penentuan Tajuk 12 Penentuan Isu/Masalah Pembentukan Objektif: Mengkaji sejauh mana peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek Local Agenda 21 yang melibatkan orang awam. Mengenalpasti sejauh mana tahap pemahaman masyarakat terhadap Local Agenda 21. Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai rancangan Local Agenda 21 di kawasan tempat tinggal mereka. PERINGKAT I KAJIAN LITERATUR Pembentukan Local Agenda 21 Di Peringkat Global Dan Tempatan Faedah-Faedah Dari Perlaksanaan Projek Local Agenda 21 Ini. Peranan Pihak PBT Dalam Menarik Minat Orang Awam Dan Pihak Swasta Menyertai Program Local PERINGKAT II Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan Sumber primer: Temubual Pihak Berkuasa serta orang yang berpengetahuan luas dalam bidang projek Local Agenda 21. Pengamatan projek yang telah dilaksanakan hasil daripada kerjasama pelbagai pihak. Sumber Skunder: Buku Rujukan Majalah, Laporan Kertas Seminar Keratan Akhbar Internet PERINGKAT III Analisis Dan Penemuan: Kaedah analisis Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakan program Local Agenda 21, Penglibatan daripada semua pihak bagi melaksanakan setiap program yang telah dirancang bersama. Cadangan/kesimpulan Rajah 1.1: Carta Aliran Metadologi Kajian PERINGKAT IV PERINGKAT V

117 BIBLIOGRAFI BUKU TEKS 1. Halimaton Sadiah Bt Hashim [Dr.](1998). Garispanduan Perancangan Cadangan Pemajuan. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. 2. H.M Dahlan (1997), Urbanisasi Alam Kejiwaan Sosial Dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Kuala Lumpur. 3. Jabatan Alam Sekitar (1997), AGENDA 21: Program Tindakan Untuk Pembangunan Mampan, Penerbitan Jabatan Alam sekitar, Kuala Lumpur. 4. Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003), Perspektif NGO dalam memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia, Forum 21, Petaling Jaya Selangor. 5. Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (2000), Pengurusan Bijak Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur. 6. Tan Pek Leng (1996), Agenda 21 : Building A Fully-Development Penang, Penang State Executuve Commitee, Pulau Pinang. TESIS 1. Mohd Sabri bin Mohamed Jamil (2003), Peranan Kajian EIA Dalam Merealisasikan Pembangunan Mampan Di Malaysia. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia., Skudai Johor. 2. Ismail Ibrahim (2002) Ke Arah Pembangunan Mampan Melalui Local Agenda 21. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia., Skudai Johor.

118 3. Muhammad Yazrin Yassin (2001), Penilaian Perkongsian Dan Penyertaan Komuniti Dalam Penghasilan Pelan Tindakan Local Agenda 21 Petaling Jaya, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. LAMAN WEB Http://Www.Kpkt.Gov.My/ http://www.bestpractices.org http://www.sustainable.org