PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

Similar documents
A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KELAKUAN PASIR PENYAMBUNG TURAPAN PENGUNCIAN BLOK KONKRIT PADA JARAK SAMBUNGAN DAN KECERUNAN YANG BERBEZA NUR IZZI MD.

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DETERMINATION OF BASIC SOIL PROPERTIES AND SHEAR STRENGTH OF PEKAN SOFT CLAY MOHD FARUQ BIN SA ADON

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

BRIKUETING PANAS HABUK KAYU AHMAD SUFI BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

FENCE INTRUDER DETECTION SYSTEM (FIDS) CHUINK BENG CHEONG

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENZYME ACTIVITIES AND ENHANCEMENT OF PLANT NUTRIENT CONTENT IN VERMICOMPOST YAN YI WEI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xviii CONTENTS CHAPTERS ITEMS PAGES TITLE PAGE SUPERVISOR S CERTIFICATION DECLARATION DEDICATION ACKNOWLEDGEMENT ABSTRAK LIST OF TABLES

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF FOOD WASTE COMPACTOR ROZAIDI BIN ROZMAN

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SISTEM KA WALAN BANJIR DENGAN MENGGUNAKAN MIKROPENGA WAL

PhD thesis before UPM senate

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IDENTIFICATION OF SUSTAINABILITY INDICATORS FOR OIL AND PETROCHEMICAL INDUSTRIES DEVELOPMENT IN SOUTHWEST COAST OF IRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

Potensi Perdagangan Luar Produk Berteknologi Tinggi Malaysia

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Jurnal Teknologi FALLING HEAD TEST FOR GEOTEXTILE DRAINAGE CAPACITY. Full Paper. Noor Hidayu Amran, A. Naser Abdul Ghani *

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

Transcription:

i PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG MOHAMAD ALWI BIN MAT ZIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pembinaan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia 30 NOVEMBER 2005

iii PENGHARGAAN Sepanjang penyediaan tesis ini, saya telah banyak menghubungi pihak pihak dan di kalangan kakitangan kakitangan jurutera perunding projek ini, kakitangan kontraktor utama, kakitangan sub-kontraktor, pekerja-pekerja pembinaan projek ini dan lain-lain lagi yang berkaitan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Projek Sarjana ini terutamanya kepada penasihat saya, Ir. Dr. Rosli Bin Mohamad Zin. Segala nasihat, tunjuk ajar, bimbingan, ikhsan dan pengelolaan yang diberikan beliau sepanjang peneyediaan dan penyiapan Projek Sarjana ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Tanpa sokongan yang berterusan dan bimbingan beliau, saya percaya projek tesis sarjana ini tidak dapat di siapkan sebagaimana hari ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas tunjuk ajar dan pandangan yang diberi kepada saya sepanjang Pra- Projek dan Projek Sarjana ini. Akhir sekali, saya ingin merakam ribuan terima kasih kepada ibu, isteri dan ahli keluarga saya atas sokongan moral yang diberikan kepada saya sehingga dapat menyiapkan Projek Sarjana ini dalam masa yang ditetapkan.

iv ABSTRAK Bertambahnya kesedaran orang ramai terhadap impak bahan-bahan buangan pembinaan keatasterhadap persekitaran telah menjadikan pengurusan bahan buangan pembinaan sebagai salah satu aspek penting dalam pengurusan projek. Berbagaibagai kaedah pengendalian dan penyelesaian telah di laksanakan dan dibangunkan mengurus bagi pengurusan bahan buangan binaan dalam amalan pembinaan sekarang ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis bahan buangan yang terjana dari kerja-kerja pembinaan, mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam pengurusan bahan buangan pada masa ini dan mencadangkan atau penambahbaikan dalam amalan pengurusan bahan buangan pada masa ini. Kajian adalah difokuskan kepada pembinaan jalan yang menggunakan lapisan turapan, projek yang berada dikawasan luar bandar dan aktiviti-aktiviti pembinaan yang melibatkan kerja tanah, kerja konkrit dan kerja acuan. Metodologi kajian ini pula ialah melalui kajian literatur dan kajian kes yang meliputi lawatan tapak dan temubual. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis dimana jenis-jenis bahan-bahan buangan yang terjana jenis-jenis bahan-bahan buangan yang terjana/terhasil dari aktiviti kerja-kerja tanah, kerja konkrit dan kerja acuan telah dikenalpasti. Kebanyakan terjadinya bahan-bahan buangan ini adalah disebabkan ia tidak diuruskan dengan baik dan, sempurna dan kurangnya ilmu pengetahuan atau pengalaman terutamanya di pihak kontraktor. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan dan penambahbaikan telah di perkenalkan bagi pengurusan bahan-bahan buangan binaan pada masa akan datang.

v ABSTRACT The increasing awareness of environmental impacts from construction wastes has made waste management as an important aspects of construction project management. Various approaches for managing construction waste have been developed in the existing construction practices. The objectives of this study are to identify types of waste generated in road construction, to identify the problems in current construction waste management practice and to propose improvement to existing construction waste management practice. This study focuses on the activities related to flexible pavement type of construction; project located in nonurban area and construction activities related to earthworks, concrete works and formworks. The methodology of this study includes literature reviews and a case study, which covers interviews and site visits. The information gathered was compiled and analyzed where the types of wastes generated from earthwork, concrete work and formwork activities have been identified. These construction wastes were not managed properly due to lack of knowledge in waste management especially on the contractor side. Several recommendations to improve future construction waste management are given at the end of the study.

vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL AKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi ix x xi BAB 1 PENGENALAN 1.1 Kenyataan Masalah 8 1.2 Matlamat Kajian Dan Objektif 9 1.3 Metodologi Kajian 6 1.3.1 Fasa I Kajian Literatur 6 1.3.2 Fasa II Kajian Kes 7 1.4 Skop Kajian 9

vii BAB 2 PENGURUSAN BAHAN BUANGAN 2.1 Definasi 10 2.2 Jenis-jenis Bahan Buangan 11 2.3 Kategori Bahan Buangan atau Sampah 13 2.4 Sistem Pengurusan Bahan Buangan 14 2.4.1 Elemen pengurusan Bahan Buangan 15 2.4.2 Pengurusan Bahan Buangan 21 2.5 Kelebihan Dan Kelemahan Dalam Pengurusan 26 Bahan Buangan BAB 3 PENGURUSAN BAHAN BUANGAN BINAAN 3.1 Bahan-Bahan Pembuangan Pembinaan 32 3.2 Contoh-Contoh Kes Lepas Dalam Pengurusan 35 Bahan Buangan Pembinaan 3.2.1 Kes 1 35 3.2.2 Kes II 40 3.3 Ulasan Dan Kesimpulan Dari Dua Kes Diatas 43 BAB 4 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Fasa I Kajian Literatur 47 4.2 Fasa II Kajian Kes 48 BAB 5 KAJIAN KES 5.1 Latarbelakang Projek 53 5.2 Struktur Pembinaan Jalan 54 5.3 Sistem Pengurusan Projek 55

viii 5.4 Pengurusan Bahan Buangan Pembinaan Di Tapak 56 Bina 5.5 Amalan Kerja Di Tapak Bina 57 5.5.1 Operasi Penyaliran/Penyahairan (Dewatering Operation) 58 5.5.2 Kerja Turapan Tar 59 5.5.3 Pembinaan Struktur Jalan 60 5.6 Perolehan Dan Analisa Data Kajian Kes BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Kesimpulan 82 6.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 85 RUJUKAN 86-92 LAMPIRAN A - D 93-106

ix SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jenis-jenis Bahan Buangan Yang Terhasil/Terjana Di Tapak Bina 41 5.1 Parameter Rekabentuk Jalan 54 5.2 Gambaran Utama Skop Projek 54 5.3 Jenis-jenis Bahan Buangan Yang Terjana Dan Kuantitinya 71 5.4 Jenis-jenis Bahan Buangan Yang Terhasil Di Tapak Bina Dan Puncanya 73

x SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 8 1.2 Komponen Skop Kajian Pengurusan Bahan Buangan Binaan 9 2.1 Carta Alir Pengurusan Bahan Buangan 4 Elemen (Sebelum Integrasi) 16 2.2 Carta Alir Integrasi Enam Elemen Pengurusan Bahan Buangan 17 3.1 Kaedah Umum Pengendalian Bahan Buangan 43 5.1 Proses Kerja Penyahair/Penyaliran Air 59 5.2 Carta Alir Kerja Tanah Dan Terjadinya Bahan Buangan 62 5.3 Carta Alir Kerja Konkrit 64 5.4 Carta Alir Kerja Acuan 66 5.5 Carta Alir Menunjukkan Kerja Pemotongan Dan Pemasangan Besi 68 5.6 Carta Alir Menunjukkan Penyediaan Dan Pengkelasan Acuan Dari Jenis Bahan Binaan Kayu Dan Besi 69

xi SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 93-96 B Gambar Pengurusan 97-99 Bahan Binaan & Bahan Buangan Di Tapak Bina C Carta Organisasi 100-102 D Pelan Pengambilan Tanah 103-106

BAB 1 PENGENALAN Pembangunan industri pembinaan telah menjadi dasar pembangunan utama bagi negara Malaysia kini. Dalam mencapai negara maju, telah wujud berbagai-bagai industri pembinaan di negara Malaysia samada industri kecil, sederhana dan besar. Untuk itu aktiviti kegiatan industri pembinaan telah menghasilkan pelbagai kebaikan malahan tidak kurang juga menimbulkan keburukan. Sekira ia dinilai disegi kebaikan, ia telah banyak mewujudkan berbagai-bagai peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan kegiatan ekonomi industri-industri lain. Industri-industri ini akan berkembang dan secara tidak langsung ia juga telah membantu mengurangkan kepada pergantungan kepada bahan impot, menjadikan daya pengeluaran negara bertambah dan kesemua aktiviti/kegiatan ini menjadikan industri pembangunan negara akan tercapai dan bergerak kedepan. Dinilai dari segi keburukan pula, salah satu daripada keburukan kegiatan industri pembinaan adalah bertambahnya jumlah bahan buangan yang terjana akibat pertumbuhan dan kegiatan industri yang tidak mempunyai pengurusan bahan binaan dan bahan buangan yang sempurna. Sekiranya pengurusan ke atas bahan buangan/lebihan hasil dari industri pembinaan ini tidak diuruskan dengan betul dan sempurna, ia akan mencetuskan pelbagai masalah samada pencemaran tanah, air dan, udara, kesihatan, banjir, kerosakan pada alam sekitar, hakisan tanah, lupusnya flora dan fauna, kemusnahan pada nilai-nilai estetik dan sebagainya.

2 Sebagai contoh di negara USA, bahan buangan hasil dari industri pembinaan telah menyumbang 29 % dari jumlah bahan buangan yang dihasilkan, di United Kingdom pula bahan buangan hasil dari industri pembinaan telah dianggarkan sebanyak 50 % dari jumlah bahan-bahan buangan yang dihasilkan dan di Australia pula bahan buangan yang terhasil dari industri pembinaan ialah sebanyak 20% - 30 % dari jumlah bahan-bahan buangan yang terhasil/terjana dari semua aktiviti (Rogolf dan Williams, 1994 ; Ferguson et al., 1995 ; EPA, 1998). Bahan buangan bolehlah ditakrifkan sebagai sebarang bahan yang dikeluarkan oleh hidupan dan aktiviti industri yang tiada nilai lebihan (no residual value). Walaubagaimanapun adalah tidak dapat dinafikan dalam semua aktiviti industri, kajian penyelidikan menunjukkan bahawa banyak bahan buangan industri khususnya pembinaan boleh dielakan dan mempunyai nilai lebihan. Pinto dan Agoppyan (1994) dan White et al. (1995) mencadangkan bahan buangan boleh dikurangkan dengan mengenalpasti penggunaan semula bahan buangan tersebut dan juga faedah-faedah yang mungkin boleh diperolehi bagi keperluan industri pembinaan dan persekitaran. Meskipun begitu satu penggerak utama bagi mengelakan terjadinya bahan buangan dalam industri pembinaan ialah dengan melakukan amalan persekitaran industri yang baik dan sempurna. Contohnya untuk dekad ini, penyediaan tapak pelupusan telah menghasilkan satu keseragaman dan penyelesaian kos yang efektif terhadap amalan pembuangan yang tidak menentu ke atas bahan-bahan buangan. Kepanasan sejagat, pertambahan paras pencemaran, pertumbuhan penduduk yang pesat, orang ramai yang sudah lebih berpengetahuan, aduan terbuka orang awam dan wujud perundangan persekitaran telah memaksa industri pembinaan mengambil langkah ke depan dan berkesan bagi pengurusan bahan-bahan buangan sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan, pencemaran dan persekitaran. Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada

3 dilaksanakan, proses dan sumbangan teknologi ke atas bahan-bahan buangan (Formoso et al., 1993; Bossink and Brouwers,1996; Poon,1997; Faniran and Caban, 1998). Banyak pendapat mengatakan bahawa teknologi baru menjadi peranan utama untuk meningkatkan lagi kearah keburukan persekitaran (Hill et al., 1994). Juga dapat dilihat bahawa ramai yang terlibat dalam industri pembinaan tidak hiraukan kaedah penyelesaian pengurusan bahan buangan. Ini disokong melalui pandangan oleh Skoyles dan Skoyles (1987), Heino (1994), Soibelman et al. (1994) dan Olomolaiye et al. (1998). Dalam pembinaan, setiap orang yang terlibat adalah menyumbang kepada bahan buangan. Pembangunan yang melampau terutamanya pembinaan bangunan baru dan infrastruktur projek serta pembangunan semula daerah lama telah menambahkan lagi bahan-bahan buangan pembinaan akibat pemusnahan bangunan lama yang dilaksanakan. Sekarang ini di Hongkong, pembayaran bagi perbelanjaan/kos pengurusan bahan buangan telah diambilkira dalam pembangunan projek iaitu bayaran telah dikenakan untuk kawalan pengeluaran bahan buangan hasil pembinaan dan peruntuhan bangunan (Poon et al., 2004). Bayaran ini akan menjadikan satu sumbangan kewangan kepada sesuatu badan yang menguruskan bahan buangan yang tersedia. Pada amnya kesedaran terhadap penjagaaan alam sekitar adalah rendah dalam industri pembinaan di Hong Kong (Poon et al., 1996). Juga pekerja/ buruh adalah pada keseluruhannya lebih mahal dari bahan-bahan untuk pembinaan (Yau and Wong, 1997; Wong, 2000). Kebanyakan kontraktor tidak berminat untuk mengadakan pekerja bagi menguruskan bahan-bahan buangan binaan di tapak bina secara sempurna kerana perbelanjaan pekerja adalah lebih mahal berbanding perbelanjaan bahan binaan itu sendiri (Yau dan Wong, 1997; Wong, 2000). Berpandukan kepada statistik/data Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD, 2000a), purata harian bahan buangan dari pembinaan dan peruntuhan (Construction and Demolition) adalah lebihkurang 37,690 ton telah dihasilkan. Dua puluh peratus (20 %) iaitu anggaran sebanyak 7480 ton/hari

4 bahan buangan ini telah dibuang ke tapak pelupusan khusus yang disediakan, sementara baki 80% (anggaran 30,210 ton/hari) telah dibuang ke kawasan tapak bahan buangan hak milik awam setiap hari (EPD, 2000a). Untuk mengurus sejumlah kuantiti bahan buangan hasil industri pembinaan dan peruntuhan (construction and demolition), Hong Kong telah memperkenalkan strategi melupuskan dan memendapkan bahan buangan tidak bergerak hasil industri pembinaan dan peruntuhan dengan pemadatan pasir, batu-bata, batu, asphalt, getah, batu-batu kecil, tanah dan konkrit di tapak bahan buangan awam yang sesuai untuk tambakan laut dan kerja-kerja tambakan lain. Sesetengahnya boleh digunakan semula untuk bahan-bahan kerja pembinaan. Langkah-langkah seperti inilah yang harus dijadikan panduan dalam industri pembinaan negara kita agar jumlah bahan buangan industri pembinaan sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Dalam amalan atau kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu projek pembinaan, bahan binaan adalah merupakan sumber utama dalam menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah meliputi sebanyak 50% daripada kos sesuatu projek bangunan yang ingin dilaksanakan, menurut Abott (1972). Dengan itu sistem pengurusan bahan binaan adalah memainkan peranan penting bagi memastikan keuntungan yang maksima dan mengelakan terjadinya pembaziran dan bahan buangan yang berlebihan yang tidak boleh dikitar atau diguna semula. Ini juga akan mengelakan berlakunya kerugian didalam melaksanakan sesuatu projek itu. Sistem pengurusan bahan buangan adalah satu proses dimana bahan buangan diuruskan bermula dari kawasan pembuangan sehingga proses pelupusan dikawasan pelupusan. Pengurusan yang sistematik dan teratur akan menjamin kebersihan dan persekitaran yang sempurna disesuatu kawasan. Menurut Thanh and Muttamara (1978), objektif utama sistem pengurusan bahan buangan binaan adalah untuk memastikan bahawa pelupusan di jalankan keatas bahan-bahan buangan binaan yang dibawa dari kawasan

5 tempat simpanan bahan buangan binaan ke tempat pelupusan yang telah diaturkan. Aktiviti pengurusan yang terlibat dalam pengurusan bahan buangan pembinaan adalah seperti kutipan/pungutan bahan buangan binaan, pengkelasan/pengasingan bahan buangan pembinaan, pengangkutan bahan buangan pembinaan ke tapak pelupusan, penggunaan semula, kitaran semula bahan buangan binaan dan lain-lain lagi aktiviti bagi bahan buangan berkaitan. Menurut Thanh dan Muttamara (1978), aktiviti-aktiviti ini digabungkan dan menjadikan satu sistem pengurusan bahan buangan dengan bertujuan untuk menyelesaikan masalah bahan buangan yang komplek dan jumlah bahan buangan yang semakin bertambah. 1.1 Kenyataan Masalah Amalan pembinaan sekarang dalam pengurusan bahan buangan hasil dari industri pembinaan sekarang adalah tidak dititikberatkan, sistematik, berkesan dan praktikal. Adalah didapati banyak bahan buangan hasil dari industri pembinaan seperti tanah lebihan, sisa hutan, lebihan konkrit dan sebagainya dibuang ditepi-tepi jalan, kawasan rendah dan sebagainya. Hasil pemerhatian yang dibuat oleh penulis dibeberapa kawasan tapak pembinaan, perkara ini berlaku ialah berkemungkinan kerana kelemahan pengurusan terhadap bahan buangan, tiada penguatkuasaan oleh pihak berkuasa, tiada peruntukan undang-undang yang jelas dalam menjalankan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan, tiada peruntukan yang khusus bagi pengurusan bahan buangan, tiada kesedaran orang awam terhadap kebaikannya dan nilai terhadap persekitaran bersih adalah rendah. Satu kajian kajian perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti kaedah pengurusan bahan buangan binaan yang berkesan dan sistematik supaya masalah-masalah berkaitan bahan-bahan buangan pembinaan dapat dikurangkan atau dielakkan.

6 1.2 Matlamat Kajian Dan Objektif Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti suatu kaedah penambahbaikan bagi mengurus bahan buangan dalam industri pembinaan khususnya dalam pembinaan jalan. Untuk mencapai tujuan ini beberapa objektif telah dikenalpasti seperti berikut: 1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan buangan yang terhasil/terdapat dalam aktiviti kerja pembinaan jalan. 2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam pengurusan bahan buangan sediada dalam projek-projek pembinaan jalan; dan 3. Mencadangkan penambahbaikan pengurusan bahan buangan dalam projekprojek pembinaan jalan. 1.3 Metodologi Kajian Metodologi kajian ini dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu kajian literatur dan kajian kes. Metodologi penyelidikan yang diringkaskan adalah seperti ditunjukkan dalam rajah 1.1 selepas ini. 1.3.1 Fasa I Kajian Literatur Sumber-sumber utama adalah seperti berikut iaitu melalui jurnal, buku-buku, internet, undang-undang Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain lagi. Jurnal adalah diperolehi melalui internet, perpustakaan universiti dan awam, simpanan bahan bacaan dirumah dan sebagainya. Manakala buku-buku dan undang-undang Jabatan Alam Sekitar pula diperolehi dari perpustakaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS).

7 1.3.2 Fasa II Kajian Kes Kajian kes ini dibuat adalah bertujuan bagi mendapat data-data penting dan utama dalam pengurusan bahan buangan pembinaan. Perolehan data-data penting dan utama akan dinilai, dianalisis dan kesimpulan dibuat dengan menghadkan perkara-perkara yang ingin dikenalpasti. Kajian kes melibatkan dua aktiviti penting dalam projek pembinaan jalan ini iaitu dengan mengadakan lawatan tapak dan temubual berstruktur.

8 Kenyataan Masalah Matlamat Kajian Objektif Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Kajian Literatur Kajian Kes Bahan Buangan Kerja Tanah Bahan Buangan Kerja Konkrit Bahan Buangan Kerja Acuan Lawatan Tapak Temu- Bual Analisa Data Kesimpulan/Cadangan Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

9 1.4 Skop Kajian Dalam setiap projek yang dilaksanakan terdapat banyak bahanbahan buangan dalam setiap projek pembinaan. Kajian ini akan di fokuskan kepada pengurusan bahan buangan industri pembinaan jalan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan menggunakan turapan tar dan lokasi projek di kawasan luar bandar. Gambaran skop kajian ditunjukkan dalam Rajah 1.2.. Kerja-kerja Pembinaan Jalan Mengggunakan Tar Premix Pengurusan Bahan Buangan Bagi Industri Pembinaan Jalan Lokasi Projek Di Kawasan Luar Bandar Elemen-elemen Berkaitan Aktiviti Kerja Tanah, Konkrit Dan Acuan Rajah 1.2: Komponen Skop Kajian Pengurusan Bahan Buangan Binaan

86 Rujukan A Guide on Geometrics Design of Roads, (2002), Road Engineering Association of Malaysia (REAM). A.B. Idrus and J.B. Newman. (2002), Construction related factors influencing the choice of concrete floor systems, Journal of Construction Management & Economics, 20, 13-19. Aizen, I. (1993) Attitude theory and the attitude-behaviour relation. In Krebs, D. and Schmidt, P. (eds), New Directions in Attitude Measurement, Walter de Gruyter, Berlin. Bossink, B. A. G. and Brouwers, H. J. H. (1996) Construction Waste: quantification and source evaluation. Journal of Construction Engineering and Management. Chi Sun Poon, Ann Tit Wan Yu, Sze Wai Wong And Esther Cheung (2004), Management of construction waste in public housing projects in Hong Kong, Journal of Construction Management and Economics, 22, 675-689. Craven, E. J., Okraglik, H. M., and Eilenberg, I. M. (1994). Construction waste and a new design methodology. Sustainable Construction:Proc., 1 st Conf. of CIB TG 16, C. J. Kilbert. Daris Cornwell, (1988). Introduction to Environmental Engineering. the Graw Hill Inc. Department of Environmental Services City & County of Honolulu in cooperation with The General Contractors Association of Hawaii 86

87 (1999), Best Management Practices Manual For Construction Sites In Honolulu. ENN (1999) Environment tops kids list of concerns. Environmental News Network. Environmental Protection Department (2000a) Available at http://www.info.gov.hk/epd/pub/solidwaste/fig0.5.htm Environmental Protection Department (2000a) Available at http://www.info.gov.hk/epd/pub/solidwaste/fig0.6.htm Environmental Quality Act 1974 -Act 127 & Subsidiary Legislation, (2002) Laws of Malaysia. EPA (1998) Construction and Demolition Waste Action Plan, Environmental Protection Authority, NSW, Australia. Eric Solano; S.Ranji Ranjithan, A.M.ASCE; Morton A. Barlaz, M.ASCE; and E.Downey Brill, M.ASCE. (2002), Life-Cycle-Base Solid Waste Management. I: Model Development, Journal of Environmental Engineering, 981. Evia O.W.Wong And Robin C.P.Yip. (2004), Promoting sustainable construction waste management in Hong Kong, Journal of Construction Management & Economics, 22, 563-566. Faniran, O. O. and Caban, G. (1998) Minimizing waste on construction project sites. Engineering, Construction and Architectural Management. Faniran,O.O. and Caban, G. (1998), Minimizing waste on construction project sites, Engineering Construction and Architectural Management. 87

88 Ferguson, J., Kermode, N., Nash, C. L., Sketch, W. A. J. And Huxford, R. P. (1995) Managing and Minimissing Construction Waste: A Practical Guide, Instituition of Civil Engineers, London. Ferguson, J., Kermode, N., Nash, C. L., Sketch, W. A. J., and Huxford, R. P. (1995) Managing and minimizing construction waste A practical guide, Instituition of Civil Engineers, London. Ferguson,J., Kermode, N., Nash, C.L., Sketch, W.A.J. and Huxford, R.P. (1995), Managing and Minimizing Construction Waste-A Practical Guide, Institution of Civil Engineers, London. Formoso, C. T., Franchi, C. C. And Soibelman, L. (1993) Developing a methode for controlling material waste on building sites. In Economic Evaluation and the Built Environmental, CIB, Libson, Portugal. Frank Flintoff, (1976). Management of Solid Waste in Developing Countries. World Health Organistion India. George Tchobanoglous, Hilary Tkesien And Samuel A.Vigil (1993) Integrated Solid Waste Management, Engineering Principles And Management Issues. Mc Graw Hill International Editions Civil Engineering Series. Graham, P. and Smithers, G. (1996), Construction waste minimization for Australian residential development, Asia Pacific Building and Construction Management Journal. Guidelines For Planning Scope of Site Investigation Works For Road Projects (2004), Road Engineering Association of Malaysia (REAM). 88

89 Guthrie, P.M., Covertry, S.J. and Woolveridge, A.C. (1999) Waste Minimization and Recycling in Construction Technical Review, Construction Industry Research and Information Association, London. Heino, E. (1994) Recycling of construction waste. In Kibert, C. J. (ed.), Sustainable Construction, Center for Construction and Environment, Gainesville, FL. \ Hill, R. C., Bergman, J.G. and Bowen, P.A. (1994) Aframe-work for the attainment of sustainable construction. In Kibert, C.J. (ed.), Sustainable Construction, Center for Construction and Environment, Gainesville, FL. Hong Kong Housing Authority (HKHA). (2002). (http://www.info.gov.hk/hd/eng/ha/publications.htm) Howards S. Reary, (1985). Environmental Engineering International Edition. Mc Graw Hill Inc. John L.Garrison. (1991), Road To Recycling, Edition of Business Mexico. L.Y.Shen; Vivian W.Y.Tam; C.M. Tam; and D.Drew (2004) Mapping Approach For Examining Waste Management on Construction Site, Journal Of Construction Engineering And Management, 472. Laman web; www.kitar semula.com. Lawson, N. and Douglas, I. (2001) Recycling construction and demolition wastes a UK perspective. Environmental Management and Health. 89

90 M. M. M. Teo And M. Loosemore (2001), A Theory of Waste Behavior in the Construction Industry, Journal of Construction Management & Economics, 19, 741-751. Malim, T. (1997) Social Psychology, 2 nd Edn, Macmillan, London. Morton Barlaz, Gregory C.Celender, N.C. Vasuki. (2003), Integrated Solid Waste Management in the United States, Journal of Environmental Engineering @ ASCE, 583. MS-ISO 14001 (2002) Environmental Manual & Procedure, JKR Malaysia. Neil N.Edlin, M.ASCE. (2002), Road Construction; Material and Method, Journal of Environmental Engineering, 423.\ Occupational Safety And Health Act. 1994 - Act 514 And Regulations And Orders, (2001), Laws of Malaysia. Olson, J. M. and Zanna, M. P. (1993) Attitudes and attitude change. Annual Review of Psychology. Pinto, T. and Agopyan, V. (1994) Construction wastes as raw materials for low-cost construction products. In Kibert, C. J. (ed.), Sustainable Construction, Center for Construction and Environment, Gainesville, FL. Poon, C. S. (1997) Management and recycling of demolition waste in Hong Kong. Waste Management & Research. Poon, C.S., Cheung, C.M. and Xu, Y.Q. (1996) Building waste minimization in Hong Kong construction industry. Journal of Solid Waste Technology and Management. 90

91 Poon, C.S., Yu, A.T.W. and Ng, L.H. (2001a) A Guide for Managing and Minimizing Building and Demolition Waste, The Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong. Pual T.William, (1998), Waste Treatment and Disposal, Integrated Waste Management. Dept of Fuel and Energy. United Kingdom. Rogoff, M. J. and Williams, J. F. (1994) Approaches to Implementing Solid Waste Recycling Facilities, Noyes, Park Ridge, NJ. Rokeach, M. (1972) The nature of attitudes. In Sills, D. L. (ed.), International Encyclipedia of the Social Sciences, Macmillan and The Free Press, New York, pp. 449-57. Serpell, A. and Alarcon, L. F. (1998) Construction process improvement methodology for construction projects. Internasional Journal of Project Management. Skoyles, E. R. and Skoyles, J. R. (1987) Waste Prevention on Site, Mitchell, London. Soibelman, L., Formoso, C. T. and Franchi, C. C. (1994) A study on the waste of materials in the building industry in Brazil In Kibert, C. J. (ed.), Sustainable Construction, Center for Construction and Environment, Gainesville, FL. Standard Specification For Road Works (1988), JKR Malaysia. Symonds Group Ltd (1999) Construction and Demolition Wastes Management Practicies and their Economic Impacts, Study Report to DGXI, European Commision, Thomas Telford, London. T.Michael Toole, P.E. M.ASCE. (2002), Construction Site Safety Roles, Journal Of Construction Engineering And Management, 203. 91

92 The Ingenieur, ( 2005), Lembaga Jurutera Malaysia. Tony Di Nino and Brian Baetz (1996), Environment Linkages between Urban Form and Municipal Solid Waste Management Infrastructure, Journal of Urban Planning and Development. White, P., Franke, M. and Hindle, P. (1995) Integrated Solid Waste Management: A Lifecycle Inventory, Blackie. Yau, A.S.K. and Wong, A.K.D. (1997) Technology Trend for Public Housing Construction, The Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong. 92