UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

Similar documents
SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FIBER VIBRATION SENSOR MULTIPLEXING DEPLOYING KS CODE IN SAC-OCDMA WITH DIRECT DECODING TECHNIQUE TAIWO AMBALI ABIOLA

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PhD thesis before UPM senate

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

Final Year Project Report

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

STORAGE WATER TANKS CLEANING ROBOT AFIZRUL IMAN BIN MOHAMED

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

Development of Anti-Theft Door System for Lecturer s Room

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IDENTIFICATION OF SUSTAINABILITY INDICATORS FOR OIL AND PETROCHEMICAL INDUSTRIES DEVELOPMENT IN SOUTHWEST COAST OF IRAN

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

Analisis Pengelompokan Terhadap Klasifikasi Alat Repeh Bukit Bunuh 2010

NAZANEEN AHMED NASROULLA

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SISTEM KA WALAN BANJIR DENGAN MENGGUNAKAN MIKROPENGA WAL

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM 2001 2

GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB Oleh MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH Tesis ini Diserahkan sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sains di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia Ogos 2001

Xfias 6uat ad-din af-isfam, dan sekacian mujafiidin yang 6erjifiar menegakkan agama.:affafi di muka 6umi... 11

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB Oleh MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH Ogos 2001 Pengerusi Fakulti : Profesor Madya Hj. Mohd. Hasan Selamat : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Dewasa ini, banyak tapak web mempunyai reka bentuk yang buruk. Ini merupakan masalah yang serius kerana ianya akan membuang masa pengguna, membantutkan penerokaan, menyumbangkan kepada kesesakan pad a jaringan, dan menjejaskan fungsi web sebagai medium penyebaran maklumat. Maka antara muka grafik pengguna web yang lebih baik diperlukan. Kajian ini mencadangkan pendekatan mengimplimentasikan garis panduan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web. Garis panduan yang dicadangkan dibina daripada anal isis dan rumusan daripada 14 garis panduan yang terdapat secara dalam talian di internet. Garis panduan ini diimplimentasikan untuk mereka bentuk semula satu pakej pembelajaran berasaskan web yang dipilih. Bagi melihat keberkesanan implementasi garis panduan ini, kedua-dua pakej telah diuji menggunakan kaedah penilaian heuristik dengan mengunakan khidmat 30 orang penilai. III

Keputusan penilaian heuristik menunjukkan bahawa pakej yang direka bentuk semula menggunakan garis panduan mempunyai kebolehgunaan yang lebih tinggi daripada pakej asal. Ini berdasarkan kepada saiz fail yang jauh lebih kecil, jumlah masalah kebolehgunaan yang kurang, dan nilai mata keseriusan masalah kebolehgunaannya lebih rendah berbanding dengan pakej asal. Keputusan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana analisis perbezaan dapatan kajian oleh pemecahan kumpulan penilai kepada dua kumpulan menunjukkan suatu keseragaman keputusan di mana penilai yang kurang pakar memberikan hasil penilaian heuristik yang lebih rendah daripada penilai yang mempunyai tahap kepakaran yang lebih tinggi. Tambahan pula terdapat persetujuan yang kuat di antara keseluruhan penilai terhadap tahap keseriusan masalah. Maka dapat disimpulkan bahawa garis panduan reka bentuk yang dibina boleh digunakan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web dan sekaligus meningkatkan kebolehgunaan tapak web. lv

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment the requirement for the degree of Master of Science DESIGN GUIDELINES TO ENHANCE WEB SITE'S USABILITY By MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH August 2001 Chairman Fakulty : Associate Professor Hj. Mohd. Hasan Selamat : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Currently, many web pages are poorly designed. This is a serious problem because these pages waste users' time, discourage exploration, and could be responsible for a large amount of unnecessary traffic on the Internet, and reducing the effectiveness of web sites as information distribution medium. Thus, better graphical user interfaces are needed for web applications. To alleviate this problem, this study proposes a set of simple guidelines for designing usable web pages. The guidelines are compiled from a set of fourteen web sites. These sets of guideline were implemented to redesign a selected web site. An experiment was conducted to evaluate and compare the usability of original web site and the web site designed with the proposed guidelines. Heuristic evaluation method was selected and conducted by involving 30 evaluators. v

Heuristic evaluation's result proved that redesigned web site shows higher usability compared with the original one. This is due to smaller file size, less usability problem, and lower problem's severity rating. These results are of high reliability. Analysis is done by dividing evaluators into two groups. Results show that the high expert group has better performance in heuristic evaluation's result, and these results are consistent to the both web sites. Analysis of concordance between the 30 evaluators indicates that the agreement is not just chance. As a conclusion, the proposed guidelines could improve the usability of web pages. VI

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lag; Maha Penyayang Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat, taufiq, hidayah, dan izin-nya jualah, kajian dan laporan Master Sains ini telah dapat disiapkan dalam tempoh waktunya. Biarpun perjalanan ini diuji dengan sedikit kepayahan, namun pastinya terkandung hikmah dan kebaikan yang besar untuk menambahkan kematangan intektual, emosi, dan rohani. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga, para sahabat, dan pengikutnya yang terus mendukung misi perjuangan Islam sehingga ke akhir zaman. Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan khas kepada ahli jawatankuasa penyelia kajian ini yang terdiri daripada Prof. Madya Hj. Mohd. Hasan Selamat, Dr. Ismail Abdullah dan Pn. Lili Nurliyana Abdullah di atas segala bimbingan, pandangan dan nasihat tanpa mengenal penat dan jemu. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada Dr. Mohd Yazid, Prof. Madya Dr. Abdul Azim, Dr. Hjh. Fatimah, Dr. Hamidah, Dr. Ramlan, Dr. Ali, Dr. Nasir, En. Nordin, Pn. Rabiah, Miss Shyamala dan seluruh pensyarah serta tenaga akademik sambilan di Falkulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, juga di fakulti dan semua bahagian UPM yang telah banyak memberi kerjasama dan kemudahan. Juga kepada En. Azman, En. Nasir, En. Aziz, Sdr. Arif, Kak. Zan dan sekalian kakitangan sokongan yang telah banyak membantu menyediakan kemudahan fizikal kajian. VII

Ucapan terima kasih kepada pengurusan Universiti Putra Malaysia yang menyediakan prasarana ilmu berteraskan pengajaran, penyelidikan dan pengembangan amnya, dan telah membiayai penyelidikan ini di bawah skim biasiswa. Juga kepada Sdr. Abdullah yang menyumbangkan pakej kajiannya, dan rasa terhutang budi kepada penilai-penilai yang sudi bersama menjayakan kajian ini, meluangkan masa dan memerah fikiran. Buat yang dikasihi kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang berterusan. Mak, Ayah, kakak-kakak, abangabang, saudara-mara yang mempunyai hubungan genetik secara langsung, khasnya abang Khalil dan kak Fatimah serta keluarga masing-masing. Begitu juga kepada keluarga angkat di Kota Bharu dan Bangi, yang telah banyak bersusah payah. Teristimewa kepada isteri tercinta, Noor Suliza bt Sulaiman, anak-anak, Nur Syuhada' dan Nur Amirah, yang telah banyak berkorban dalam kejerihan menyiapkan tesis ini saban waktu. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, Kamaruzaman, Kamal, Razali, Azmi, Azura, Suzaimah, Azida, Idi Fuloyi, Maya dan orang perseorangan yang telah banyak memberi sokongan, khususnya Dr. Mat Rofa, Dr. Azmi, En Ali, En. Khairudin dan En. Rahmat. Dirakamkan juga ucapan terima kasih kepada sahabat Serdang, PMIUPM, PMUPM dan kerohanian KOSASS, yang menjadi teman setia ketika suka mahupun duka. Tidak lupa juga kepada pensyarah, pentadbir, semua kakitangan dan pelajar KTC yang memberi berbagai laluan. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan limpahan rahmat-nya. Sekian, wassalam. Vlll

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksaan bagi Muhammad Ihsan Lim bin Abdullah telah mengadakan pemeriksaan akhir pad a 11 hb. Ogos 2001 untuk menilai tesis Master Sains beliau yang bertajuk "Garis Panduan Reka Bentuk untuk Meningkatkan Kebolehgunaan Tapak Web" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut: Abdul Azim Abd. Ghani, Ph.D. Profesor Madya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Mohd. Hasan Selamat Profesor Madya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat Universiti Putra Malaysia (Ahli) Ismail Abdullah, Ph.D. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat Universiti Putra Malaysia (Ahli) Lili Nurliyana Abdullah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat Universiti Putra Malaysia (Ahli).MOHO. GHAZA MOHAYIOIN, Ph.D. Profesor Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh : 1 1 SEP 2001 IX

Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains. AINI IDERIS, Ph.D. Profesor Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: '0 8 W"I I 2001 x

Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah yang lain di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain. (Muhammad Ihsan Lim Abdullah) Tarikh : S 0 0.90 S 200 \ Xl

KANDUNGAN Halaman, DEDIKASI...... ii ABSTRAK...,... iii ABSTRACT....... v PENGHARGAAN.................................................................................... vii LEMBARAN PENGESAHAN......,... ix PENYATAAN KEASLlAN...... xi SENARAI JADUAL......................,... '........................ xiv SENARAI RAJAH............ '"..................................................,...... xv SENARAI NAMA SINGKATAN... xvi BAB LATAR BELAKANG KAJIAN Pengenalan....................................................... 1 Penyataan Masalah.,...,............. 3 Objektif Kajian............................................................... 4 Kepentingan Kajian......................... 5 Limitasi Kajian......................................................... 5 II III ULASAN KARYA Pengenalan.......,... 6 Antara Muka Pengguna Web.............................. 6 Sistem Hiperteks........ 8 Kebolehgunaan dan Reka Bentuk Tapak Web...... 9 Garis Panduan Reka Bentuk.,...'"... 1 0 Pembinaan Garis Panduan............................................ 16 Penentuan Kebolehgunaan... "...,......... 22 Penilaian Heuristik..,...'"...,...,...,... 26 Penilai dalam Penilaian Heuristik....,........ 27 Rangkaian Web Sedunia dan Pendidikan...,................ 29 Penutup... 31 METODOLOGI Reka Bentuk Kajian......... 32 Model Ujikaji...,...,.,.,...,.,... 32 Pakej Kawalan...,.................... 34 Pakej Prototaip.......,... 37 Penilaian Heuristik............... '"......... 37 Analisis Data....,...,...,... 42 XlI

IV V, PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN Pengenalan..,...,.......... 43 Struktur dan Saiz Fail......'"... 44 Maklumat Latar Belakang Penilai... 45 Penemuan Masalah dan Penilai.,...,...... 49 Bilangan Masalah Kebolehgunaan yang Ditemui oleh setiap Penilai.,..."........... 50 Taburan Penemuan Masalah..... 53 Hubungan Bilangan Penilai dengan Peratus Masalah Kebolehgunaan yang Ditemui..............,...... 57 Perbandingan Tahap Keseriusan Masalah... 62 Analisis Masalah Mengikut Prinsip Heuristik......... 66 Kebolehpercayaan Penilaian Tahap Keseriusan Masalah..,... 68 Penutup......... 70, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengenalan...................................................... 71 Perbincangan.........................,... 71 Kesimpulan......,... 75 Cadangan...,...,.................. 76 BIBLIOGRAFI.,...,..., '"...,...,..." 77 LAMPI RAN 1 Pakej Kawalan.................................... 82 2 Pakej Prototaip.,.............................................. 83 3 Borang Kajian Bahagian 1........................................ 84 4 Borang Kajian Bahagian 2...... 91 5 Latar Belakang Penilai.........................,...'"....... 98 6 Keputusan Penemuan Masalah pada Pakej Kawalan oleh Setiap Penilai...,...'"...".. 99 7 Keputusan Penemuan Masalah pada Pakej Prototaip oleh Setiap Penilai................................. 100 8 Keputusan Penilaian Mata Keseriusan Masalah pada Pakej Kawalan oleh Setiap Penilai........................'"... 101 9 Keputusan Penilaian Mata Keseriusan Masalah pada Pakej Kawalan oleh Setiap Penilai..........,..................... 102 BIODATA................................................................................ 103 Xlll

SENARAI JADUAL Jadual Halaman 1 Jenis Penilaian Antara Muka Pengguna 23 2 Jenis Kaedah dalam Kategori Pemeriksaan Kebolehgunaan 25 3 Maklumat Struktur dan Saiz Fail Pakej Kawalan dan Pakej Prototaip 44 4 Taburan Jantina bagi Penilai 46 5 Status Akademik Penilai 46 6 Tahap Kepakaran Penilai 47 7 Pengalaman Menggunakan Internet 48 8 Pengalaman Menggunakan Komputer 48 9 Nilai Purata Bilangan Masalah yang Ditemui oleh Kumpulan Penilai 50 10 Pembahagian Masalah mengikut Kriteria Heuristik 67 11 Nilai Korelasi antara Jumlah Masalah dengan Mata Keseriusan Masalah 69 12 Nilai Pemalar Keselarasan Kendall 70 XlV

SENARAI RAJAH Rajah Halaman 1 Garis Panduan Reka Bentuk Antara Muka Pengguna Tapak Web 17 2 Peratus Masalah Kebolehgunaan yang Ditemui melawan Saiz Kumpulan Penilai yang Menjalankan Penilaian Heuristik 28 3 Model Ujikaji 33 4 Struktur Pakej Kawalan 35 5 Struktur Pakej Prototaip 36 6 Bilangan Masalah Kebolehgunaan yang Ditemui oleh Setiap Penilai bagi Pakej Kawalan dan Pakej Prototaip 51 7 Taburan Penemuan Masalah oleh Setiap Penilai bagi Pakej Kawalan 55 8 Taburan Penemuan Masalah oleh Setiap Penilai bagi Pakej Prototaip 56 9 Peratus Masalah Kebolehgunaan yang Dijumpai pada Pakej Kawalan dan Pakej Prototaip melawan Bilangan Penilai 59 10 Peratus Masalah Kebolehgunaan yang Dijumpai pada Pakej Kawalan oleh Kumpulan Penilai P1 dan P2 melawan Bilangan Penilai 60 11 Peratus Masalah Kebolehgunaan yang Dijumpai pada Pakej Prototaip oleh Kumpulan Penilai P1 dan P2 melawan Bilangan Penilai 61 12 Nilai Mata Keseriusan Masalah Kebolehgunaan Bagi Pakej Kawalan dan Pakej Prototaip oleh Keseluruhan Penilai 63 13 Nilai Mata Keseriusan Purata Masalah yang Dinilai oleh Kumpulan Penilai P1 dan P2 terhadap Pakej Kawalan. 64 14 Nilai Mata Keseriusan Purata Masalah yang Dinilai oleh Kumpulan Penilai P1 dan P2 terhadap Pakej Prototaip. 65 xv

SENARAI NAMA SINGKATAN Kb SPM SPSS UPM WWW Kilobait Sijil Peperiksaan Malaysia Statistical Package for Social Science Universiti Putra Malaysia Laman Web Sedunia XVI

BAB I LATAR BEL AK ANG KAJI AN Pengenalan Antara muka pengguna menjadi perantaraan antara pengguna dan sistem komputer. la mente emahkan kehendak pengguna kepada aktiviti sistem yang memadai daripada realiti dan model sistem (Faulkner, 1998). Shelly et al. (1999) mengatakan bahawa antara muka pengguna adalah sebahagian daripada perisian yang membolehkan pengguna dan perisian berkomunikasi. Antara muka pengguna mengawal bagaimana pengguna memasukkan data, memberi arahan, dan bagaimana maklumat dan pemilihan proses dipersembahkan kepada pengguna. Peranan antara muka pengguna yang baik pada web adalah untuk mempersembahkan maklumat yang jelas dan berkesan (Gershon, et ai., 1998). Malangnya usaha untuk mereka bentuk antara muka pengguna yang baik pad a web masih terdapat beberapa kekangan (Tullis, 1998), khasnya disebabkan perkembangan teknologi yang cepat, bahasa HTML, dan keterbatasan jaringan (Miller dan Retiig, 1998). Mengikut Shneiderman (1998), terdapat tiga asas penting yang boleh menghasilkan reka bentuk antara muka pengguna yang baik iaitu garis panduan dokumen dan proses, perisian membantu reka bentuk antara muka pengguna, dan pengujian atau penilaian kebolehgunaan. Ini selari dengan 1

kenyataan Cunliffe (2000) bahawa terdapat beberapa cabaran kepada pembangun, antaranya ialah campuran pelbagai elemen yang terdapat pad a tapak web yang terdiri daripada tiga elemen iaitu kandungan, penonjolan visual dan kebolehgunaan Pendekatan yang dipilih dalam kajian ini untuk menghasilkan reka bentuk antara muka pengguna yang baik adalah dengan menghasilkan dan mengimplimentasikan garis panduan reka bentuk laman web. Sebenamya banyak garis panduan untuk mereka bentuk laman web boleh ditemui di dalam WWW. Malangnya kebanyakan garis panduan yang dicadangkan tidak disokong oleh ekperimentasi (Borges et al. 1996). Kebolehgunaan melibatkan konsep yang luas termasuklah tahap kesenangan mempelajari sistem tersebut, tahap keberkesanan dan keselesaan pengguna menggunakannya. Maka sebarang aspek yang wujud di dalam antara muka pengguna yang mengurangkan kebolehgunaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan akan dianggap sebagai masalah kebolehgunaan (Nielsen, 1992). Bagi menilai reka bentuk antara muka laman web, kajian ini memilih kaedah penilaian heuristik. la adalah kaedah yang menumpukan kepada mengenalpasti masalah yang terdapat dalam antara muka pengguna (Nielsen, 1992). Matlamat penilaian heuristik adalah untuk melancarkan pembangunan sesuatu produk melalui pengenalpastian masalah kebolehgunaan di dalam reka bentuk atau sistem (Muller et al 1998). 2

Kaedah ini menggunakan khidmat pakar sebagai penilai dan bukan pengguna sebenar sesuatu sistem. Di samping itu, kaedah ini dipilih kerana ia dikatakan sebagai kaedah yang sangat berguna (Borges et al. 1996), mudah dan pantas (Instone, 1996), sangat sesuai terutamanya apabila masa dan sumber adalah terhad (Kantner dan Rosenbaum, 1997), dan ianya sesuai kepada web (Instone, 1996). Kajian ini menggunakan pakej pembelajaran sebagai sampel kajian. Ini memandangkan pakej pembelajaran adalah antara bahan yang digunakan secara meluas oleh pendidik dalam mengimplimentasikan teknologi web dalam pengajaran kursus mereka (Owen, 1996), malahan banyak bentuk pakej pembelajaran telah dibina (Marshall dan Hurley, 1996). Misalnya suatu kursus di universiti membekalkan kepada pelajar nota kuliah, spesifikasi tugasan, projek, latihan peperiksaan (Casey, 1998), dan pakej tutorial interaktif (Marshall dan Hurley, 1996). Penyataan Masalah WWW mengandungi jumlah tapak web yang besar dan meningkat secara eksponen, daripada tapak web peribadi sehinggalah kepada tapak web korporat (Cunliffe, 2000). Destounis, et al. (2001) mengatakan pengguna memerlukan lebih banyak maklumat daripada tapak web dalam masa yang sesingkat mungkin. Lalu lintas yang diakibatkan oleh WWW yang mengandungi banyak jenis maklumat seperti teks, grafik, audio dan video adalah faktor utama kesesakan lalulintas intemet. 3

Malangnya, banyak laman web yang mempunyai reka bentuk yang buruk (Gershon, et al. 1998). Ini merupakan masalah yang serius kerana ianya akan membuang masa pengguna, membantutkan penerokaan dan menyumbangkan kepada kesesakan pad a jaringan internet (Borges, 1996). GVU (1998) mengatakan terdapat bukti bahawa kelajuan memuat turun merupakan masalah yang utama bagi pengguna. Sehingga kini, penyelesaian kepada reka bentuk masih kurang daripada tahap optimum (Rettig, 1998). Keadaan ini turut menjejaskan fungsi web sebagai medium penyebaran maklumat (Gershon, et a!. 1998), termasuk aspek pendidikan yang menyediakan persekitaran bersepadu pembelajaran bagi pelbagai disiplin yang semakin popular dan meluas digunakan akhirakhir ini (Marshall dan Hurley, 1996). Tian (2001) mengatakan antara muka grafik pengguna yang lebih baik diperlukan untuk pakej pembelajaran berbantukan komputer berasaskan web, untuk memudahkan pengguna mencapai pakej tersebut melalui web. Objektif Kajian Oleh itu dapat dirumuskan objektif kajian ini adalah untuk 1. Membina satu garis panduan reka bentuk web. 2. Menunjukkan garis panduan tersebut mampu menghasilkan laman web yang mempunyai kebolehgunaan yang lebih baik. 4

Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting kerana ianya telah memberikan satu sumbangan utama iaitu garis panduan reka bentuk untuk menghasilkan laman web yang mempunyai kebolehgunaan yang lebih baik. Oengan itu pereka bentuk laman web boleh memanfaatkan garis panduan ini untuk memudahkan mereka membuat keputusan reka bentuk. Oi sam ping itu ianya akan memberikan keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada jaringan internet. Model ujikaji dan analisis yang digunakan dalam kajian ini juga boleh digunakan bagi kajian-kajian lain yang melibatkan antara muka pengguna. Limitasi Kajian Kajian ini menggunakan satu sam pel kajian iaitu satu pakej pembelajaran Fizik SPM, bab keelektrikan yang dibina sebagai projek tahun akhir pelajar sarjana muda sains komputer. Garis panduan yang digunakan adalah dihasilkan daripada sumber yang mudah diperolehi daripada capaian internet. Sejumlah 30 orang penilai telah mengambil bahagian dalam penilaian heuristik yang terdiri daripada mahasiswa dan siswazah. Semua proses penilaian dijalankan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia. 5

BAB II ULASAN KARYA Pengenalan Ulasan karya bagi laporan ini membincangkan secara ringkas aspekaspek yang terlibat dalam kajian bagi menerangkan rasional pendekatan keseluruhan kajian. lanya melibatkan antara muka pengguna web, sistem hiperteks, kebolehgunaan dan reka bentuk web, garis panduan reka bentuk, pembinaan garis panduan, penentuan kebolehgunaan, penilaian heuristik, penilai dalam penilaian heuristik, dan rangkaian web sedunia dan pendidikan. Antara muka Pengguna Web Konsep antara muka yang awal difahami umum sebagai perkakasan dan perisian yang mana melaluinya manusia dan komputer dapat berkomunikasi. la disamakan dengan skrin atau membran yang dengannya sesuatu tugasan dilakukan. Setelah evolusi, konsep ini telah memasukkan aspek kognitif dan emosi daripada pengalaman pengguna. Kemudian dalam tahun ad-an pemisahan yang ketara berlaku di dalam disiplin interaksi manusia-komputer antara perisian dan perkakasan (Laurel, 1990). Antara muka pengguna menjadi perantaraan di antara pengguna dan sistem komputer. la mente emahkan kehendak pengguna kepada aktiviti sistem yang memadai daripada realiti dan model sistem (Faulkner, 1998). 6

Shelly et al. (1999) mengatakan bahawa antara muka pengguna adalah sebahagian daripada perisian yang membolehkan komunikasi antara pengguna dan perisian. la mengawal bagaimana pengguna memasukkan data, memberi arahan, dan bagaimana maklumat dan pemilihan proses dipersembahkan kepada pengguna. Terdapat dua jenis gaya interaksi utama yang melibatkan antara muka pengguna iaitu proses interaksi yang dilakukan dengan manipulasi bahasa iaitu dengan menaip arahan iaitu antara muka berasaskan teks, atau dilakukan dengan manipulasi langsung terhadap objek iaitu menggunakan sesuatu peranti penunjuk yang dinamakan antara muka grafik pengguna (Faulkner, 1998). Penciptaan antara muka pengguna grafik telah membuka dimensi baru dalam perkembangan antara muka pengguna. la menyenangkan dan memberikan keselesaan kepada pengguna (Barfield, 1993). Antara muka pengguna pada web pula mempunyai sedikit perbezaan daripada antara muka tipikal (MiUer dan Rettig, 1998). Semua aplikasi multimedia dan laman web mempunyai infrastruktur yang menghubungkan bahagian-bahagian komponen, oleh itu pengguna faham apa yang terkandung, bagaimana maklumat diorganisasi, dan apa mereka perlu lakukan untuk mencapai bahagian lain yang terasing (England dan Finney, 1999). Struktur ini juga dirujuk sebagai antara muka pengguna. Secara terperincinya ia bermakna pilihan skrin, di mana pilihan diberikan 7

kepada pengguna, gaya persembahan permilihan terse but, perpindahan daripada satu bahagian aplikasi kepada bahagian lain, bagaimana pilihan dihubungkan atau dirujuk, dan kaedah untuk menginputkan sebarang data oleh pengguna (England dan Finney, 1999). Sistem Hiperteks Buku dan artikel ditulis mengikut struktur tertentu dan persembahannya adalah dalam bentuk berturutan. Penulis akan menjangkakan pembaca akan mengikut struktur yang dipersembahan (Steinmetz dan Nahrstedt, 1997). Inilah yang menjadi amalan termasuk pada pelajar, walaupun mereka boleh membaca sesuatu perenggan tanpa membaca perenggan yang sebelumnya (Calvi dan Bra, 1997). Tambahan pula sesetengah dokumen mengandungi bab yang tidak berkaitan secara langsung dengan bab yang lain (Steinmetz dan Nahrstedt, 1997). Ini berbeza dengan sistem hiperteks dan hipermedia yang mempunyai ciri-ciri yang luas dalam menyediakan hubungan maklumat tidak linear. la bukan hanya menyediakan susunan bahan bacaan, tetapi memberikan pilihan baeaan kepada pembaca. Pengguna boleh memilih unit maklumat yang dikehendaki melalui kemudahan yang disediakan sama ada melalui penunjuk atau pautan (Steinmetz dan Nahrstedt, 1997). Setiap muka mengandungi pautan kepada sekumpulan muka yang lain yang boleh dibaca seterusnya (Calvi dan Bra, 1997). Dewasa ini, reka bentuk web telah berevolusi daripada penerbitan hiperteks yang statik kepada dinamik multimedia :Nen, 2001). 8