FIBER NETWORK CABLING By:
TAJUK : Keselamatan Menggunakan Fiber Optik Oleh:
TUJUAN Pelajar-pelajar mestilah boleh: Terangkan isu keselamatan dalam bidang fiber optik Terangkan tujuan keselamatan semasa pemasangan dan pengujian Terangkan maksud LASER Senaraikan jenis-jenis LASER Terangkan klasifikasi LASER
Keselamatan - Isu keselamatan selalu diperkatakan dalam semua aspek. - Ia juga selalu dibincangkan bagi tujuan meningkatkan kesedaran pekerja. - Keselamatan selalunya dihubungkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan. - 95% bahaya dan kecederaan disebabkan oleh sikap yang membabi buta. - Keselamatan mestilah sesuatu yang tetap, tepat, bertanggunjawab.
Isu Keselamatan Dalam Bidang Fiber Optik Isu keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja fiber optik terbahagi kepada 3 kategori:- (a) Perlindungan terhadap mata (b) Kawalan terhadap fiber (c) Keselamatan menggunakan bahan kimia.
(a) Perlindungan Terhadap Mata Biasanya perkara utama yang muncul dalam fikiran terhadap cahaya tinggi seperti laser adalah bahaya kepada mata jika terkena pancaran laser tersebut. Cahaya laser boleh merosakkan mata jika terkena secara terus. Ini kerana sel mata manusia merupakan sel yang paling halus dan mudah rosak.
Laser Safety Goggles Apa itu laser safety goggles? Laser safety goggles, boleh melindungi mata anda daripada bahaya radiasi laser.
(b) Kawalan Terhadap Fiber Sebarang bahaya yang berkaitan dengan fiber optik semasa bekerja adalah terdedah dengan bahagian kecil teras fiber yang dihasilkan semasa proses Splicing dan pemasangan connector. Lebihan fiber tersebut adalah kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar manusia. Ia boleh masuk melalui mulut, mata, kulit dan sebagainya. Kavlar Fiber juga bahaya dan ia mudah melekat pada kulit. Ia akan mengakibatkan kita merasa gatal dan kulit kemerahan.
Penyelesaian Gunakan Kit keselamatan sekiranya diperlukan. Pastikan kerja dilakukan di atas Work Mat (warna hitam) Gunakan peralatan yang betul seperti tweezers dan sarung tangan semasa membuang kaca fiber (splinters).
(c) Keselamatan Menggunakan Bahan Kimia Risiko terdedah kepada bahan kimia semasa menyediakan dan membersihkan alat / bahan fiber optik. Bahan kimia digunakan untuk membersihkan bahagian fiber semasa pemasangan connector, Splicing, dan bahagian lapisan kabel fiber. Contoh bahan kimia yang biasa digunakan adalah isopropyl alcohol, acetone dan epoxies.
Tujuan Keselamatan Semasa Pemasangan Dan Pengujian - Untuk mengetahui golden rules dan peringatan di dalam kerja-kerja fiber optik. - Untuk memahami prosedur keselamatan di dalam pengendalian laser. - Untuk memahami jenis-jenis cahaya yang digunakan di dalam komunikasi.
Golden Rules Basuh tangan sebelum buat kerja Sediakan persekitaan yang bersih Clean before you leave Guna peralatan yang sesuai Bersihkan fiber tersebut dengan tisu dan alkohol (untuk buang gel pada core)
LASER Ia adalah sumber optik yang memancarkan photon dalam pancaran coherent. Cahaya laser biasanya hampir-monokrome, contohnya, mengandungi jarak gelombang (wavelength) tunggal atau warna, dan dipancarkan dalam pancaran halus. Ini berbeza dengan sumber cahaya biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat ke semua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum elektromagnetik yang luas.
Jenis-Jenis LASER Gas lasers HeNe (543 nm and 633 nm) Argon-Ion (458 nm, 488 nm or 514.5 nm) Carbon dioxide lasers (9.6 µm and 10.6 µm) used in industry for cutting and welding, up to 100 kw possible Carbon monoxide lasers, must be cooled, but extremely powerful, up to 500 kw possible Laser kimia Laser kimia oksigen iodine (1315 nm) Laser hidrogen fluoride (2700-2900 nm) Laser deuterium fluoride (3800 nm)
Klasifikasi LASER Class I Rendah, tidak perlu peralatan keselamatan. cth: laser printer, CD rom Class II Rendah dan lebih satu mwatt, menyebabkan kerosakan pada mata (guna Goggles)cth: laser printer, laser pointer
Class IIIa Merbahaya iaitu kuasa pertengahan 1-5 mwatt (guna Goggles) Class IIIb Merbahaya iaitu kuasa 5-500 mwatt (guna propper eyes protection) Class IV Sangat merbahaya iaitu melebihi 500 mwatt cth : pembedahan laser
Oleh: