KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

Similar documents
PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAIIAP PENGGUNAAN ICT DAN TEKNOLOGI DALAM

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

PhD thesis before UPM senate

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

TINJAUAN LITERATUR TERHADAP TEKNOLOGI DAN PRESTASI EKSPORT PKS DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FIBER VIBRATION SENSOR MULTIPLEXING DEPLOYING KS CODE IN SAC-OCDMA WITH DIRECT DECODING TECHNIQUE TAIWO AMBALI ABIOLA

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LEARNING FROM SOUTH SUMATRAN INDIGENOUS TECHNOLOGY FOR SUSTAINABLE HOUSING CONSTRUCTION

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

PUBLIC PARTICIPATION ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT Investigation of the Level of Sustainable Environmental Development Understanding and Awareness

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

Transcription:

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU SITI HIDAYANA BT NASSIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Didedikasikan kepada ibu tersayang HJH KHADIJAH BT HJ MOHAMMAD Jasamu tidak mampu kubalas, kasih sayangmu tidak ternilai harganya.. Tidak lupa kepada arwah abah yang telah tiada NASSIRI B HJ MOHAMAD Doa dan sedekah jariah akan tetap mengiringimu di sana..insya Allah.. Buat ahli keluarga yang lain, Terima kasih di atas segala perhatian dan bakti yang kalian curahkan... Buat teman hatiku, Terima kasih kerana sentiasa memahami... Dan tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan selama ini... Semoga kita semua sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-nya Insya Allah

PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-nya, maka dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Pendidikan Fizik ini dengan sebaiknya. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia saya iaitu Dr Fatin Aliah Phang atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang usaha saya menyiapkan penyelidikan ini. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau, segala kerumitan dapat diatasi. Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada responden-responden yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang proses kajian dijalankan serta Pengetua dan pihak sekolah yang berkenaan. Ucapan terima kasih juga kepada teman dan rakan-rakan sekuliah kerana saling memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah menyumbangkan kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

ABSTRAK Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru fizik di sekolah sekitar Johor Bahru. Kajian kes ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan protokol temubual, senarai semak pemerhatian dan borang penelitian dokumen dan artifak ke atas dua orang guru fizik, iaitu seorang guru baru dan seorang guru berpengalaman. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru fizik baru dan berpengalaman terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P fizik, dan perbandingan amalan pengajaran berlandaskan PTPK guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman dalam pengajaran fizik peringkat menengah. Hasil kajian mendapati bahawa guru fizik baru dan berpengalaman mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap teknologi. Walau bagaimanapun, guru fizik baru menunjukkan amalan PTPK yang lebih baik berbanding guru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam penyampaian pengajarannya. Dapatan utama dalam kajian ini ialah perisian Power Point digunakan sebagai aplikasi utama dalam penyampaian fizik guru baru manakala bagi guru berpengalaman pula, ia digunakan sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran. Selain itu, kekerapan dan penggunaan perisian Power Point secara interaktif oleh guru baru telah mengembangkan amalan PTPK ke tahap yang lebih baik manakala penggunaan perisian secara asas hanya membina amalan PTPK guru berpegalaman pada peringkat rendah. Dengan itu, amalan PTPK guru berpengalaman perlu diperbaiki bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif, berpusatkan pelajar, interaktif, berfikiran kreatif dan bijak.

ABSTRACT The case study was conducted to investigate the Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPCK) practice among physics teachers in Johor Bahru. The case study was carried out qualitatively by using interview protocols, observation checklists as well as documentation and artefact analysis forms on two physics teachers, a novice and an experienced teacher. The purposes of this research are to investigate the readiness level among novice and experienced teachers towards the technology integration in teaching and learning (T&L) in physics and comparison of TPCK practice among novice and experienced physics teachers in secondary level. The finding shows that novice and experienced physics teachers exhibited a high level of readiness towards the technology integration in T&L from knowledge aspect and attitude towards technology. However, the novice physics teacher showed higher TPCK practice because the novice teacher used technology application as a primary tool in delivering the lessons. The major findings in this study are the Power Point software was used primarily by novice teacher during T&L session whereas the experience teacher used it as facilitator in T&L session. Besides, frequencies of usage and application of an interactive Power Point software by novice teacher was help in developing the TPCK practice into the higher level whereas the application of basic Power Point software only fostering TPCK practice of experience teacher in the low level. Thus, TPCK practice among experience teacher must be improved to built an active, student-centered, interactive, creative thinking and smart learning environment.

ISI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN JUDUL PERAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.2.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru 5 1.2.2 Tahap Kesediaan Guru 6 1.2.3 Daya dan Gerakan 8 1.3 Pernyataan Masalah 9 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Kerangka Kajian 12 1.8 Definisi 14 1.8.1 Penggunaan Teknologi dalam kalangan Guru 14 1.8.2 Pengintegrasian Teknologi dalam Proses Pengajaran 15 1.8.3 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK) 15 1.8.4 Guru Berpengalaman 16 1.8.5 Guru Baru 16 1.9 Rumusan 16 2 SOROTAN KAJIAN 17 2.1 Pengenalan 17 2.2 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK) Guru Sains 17 2.3 Daya dan Gerakan 21 2.4 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains 23 2.5 Kajian-kajian lepas 26 2.5.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Baru 27 2.5.2 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Berpengalaman 33 2.5.3 Cabaran dalam Pengintegrasian Teknologi di Malaysia 38 2.6 Perbandingan Kajian Lepas 43 2.7 Rumusan 48 3 KAEDAH KAJIAN 50

3.1 Pengenalan 50 3.2 Reka Bentuk Kajian 50 3.3 Prosedur Kajian 52 3.4 Sampel Kajian 53 3.5 Pembangunan Instrumen Kajian dan Pengumpulan Data 55 3.5.1 Temubual 55 3.5.2 Pemerhatian 57 3.5.3 Penelitian Dokumen dan Artifak 59 3.6 Penilaian Kajian 60 3.6.1 Kredibiliti 61 3.6.1.1 Kesahan Instrumen 62 3.6.2 Kebergantungan 62 3.6.3 Kebolehgantian 63 3.7 Analisis Data 64 3.7.1 Temubual 64 3.7.2 Pemerhatian 66 3.7.3 Penelitian Dokumen dan Artifak 69 3.8 Rumusan 70 4 ANALISA DATA 71 4.1 Pengenalan 71 4.2 Data Demografi 71 4.2.1 Guru Baru 72 4.2.1 Guru Berpengalaman 73 4.3 Analisis Tahap Kesediaan Guru Terhadap Teknologi 75 4.3.1 Analisis Temubual 75 4.3.1.1 Analisis Temubual Soalan 1 75 4.3.1.2 Analisis Temubual Soalan 2 76 4.3.1.3 Analisis Temubual Soalan 3 77

4.3.1.4 Analisis Temubual Soalan 4 78 4.3.1.5 Analisis Temubual Soalan 5 80 4.3.1.6 Analisis Temubual Soalan 6 80 4.3.1.7 Analisis Temubual Soalan 7 81 4.3.1.8 Analisis Temubual Soalan 8 82 4.3.1.9 Analisis Temubual Soalan 9 83 4.3.1.10 Analisis Temubual Soalan 10 84 4.3.1.11 Analisis Temubual Soalan 11 85 4.3.2 Keputusan Analisis Temubual 86 4.4 Analisis Amalan PTPK Guru Fizik 88 4.4.1 Analisis Pemerhatian 88 4.4.1.1 Sesi Pemerhatian 88 4.4.1.2 Alat Bantu Mengajar yang Digunakan 90 4.4.1.3 Strategi Pengajaran Guru 92 4.4.1.4 Pengurusan Kelas Guru 93 4.4.1.5 Pengetahuan Pedagogi 94 4.4.1.6 Pengetahuan Kandungan 96 4.4.1.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 98 4.4.1.8 Pengetahuan Teknologi Kandungan 100 4.4.1.9 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan 104 4.4.2 Analisis Dokumen dan Artifak 106 4.4.3 Rumusan Perbandingan Amalan PTPK Guru Baru dan Guru Berpengalaman 110 4. 5 Rumusan. 109 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 112 5.1 Pendahuluan 112

5.2 Perbandingan Kesediaan Guru Fizik dalam Mengintegrasikan Teknologi 113 5.3 Perbincangan Amalan PTPK Guru Fizik 114 5.3.1 Perbincangan Amalan PTPK Guru Baru 115 5.3.2 Perbincangan Amalan PTPK Guru Berpengalaman 118 5.3.3 Perbandingan Amalan PTPK Guru Fizik dalam Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P 123 5.4 Implikasi Kajian 129 5.5 Cadangan 130 5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 131 5.7 Rumusan 132 RUJUKAN 133 LAMPIRAN A- M 141-169

SENARAI JADUAL NOMBOR JADUAL TAJUK HALAMAN 4.1 Respons Temubual Bagi Soalan 1 76 4.2 Respons Temubual Bagi Soalan 2 77 4.3 Respons Temubual Bagi Soalan 3 78 4.4 Respons Temubual Bagi Soalan 4 79 4.5 Respons Temubual Bagi Soalan 5 80 4.6 Respons Temubual Bagi Soalan 6 81 4.7 Respons Temubual Bagi Soalan 7 82 4.8 Respons Temubual Bagi Soalan 8 83 4.9 Respons Temubual Bagi Soalan 9 84 4.10 Respons Temubual Bagi Soalan 10 85 4.11 Respons Temubual Bagi Soalan 11 86 4.12 Jadual Ringkasan Keputusan Temubual Bagi Menguji Kesediaan Guru Fizik Terhadap Pengintegrasian Teknologi dalam P&P 87 4.13 Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R1 89 4.14 Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R2 89 4.15 Kekerapan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan Guru 90 4.16 Kekerapan Strategi Pengajaran Guru 92

4.17 Kekerapan Amalan Pengurusan Kelas 93 4.18 Kekerapan Konstruk Pengetahuan Pedagogi guru (PP) 95 4.19 Kekerapan konstruk Pengetahuan Fizik guru (PK) 97 4.20 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi guru (PTP). 99 4.21 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Kandungan guru (PTK) 103 4.22 Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru (PTPK) 105 4.23 Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R1 108 4.24 Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R2 109 4.25 Perbandingan Ringkas Amalan PTPK Guru Fizik Baru dan Berpengalaman 110

SENARAI RAJAH NOMBOR RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Model PTPK dan Komponen Pengetahuan yang terlibat 4 1.2 Kerangka Kajian amalan PTPK dalam kalangan guru Fizik. 11

SENARAI SINGKATAN ABM - Alat Bantu Mengajar ICT IWB - Teknologi Komunikasi dan Maklumat - Interactive Whiteboard KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia P&P PBI PK PP PPK PPP PT PTK - Pengajaran dan Pembelajaran - Pembelajaran Berasaskan Inkuiri - Pengetahuan Kandungan - Pengetahuan Pedagogi - Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan - Program Pembangunan Profesional - Pengetahuan Teknologi - Pengetahuan Teknologi dan Kandungan PTM - Pengintegrasian Teknologi dalam Matematik PTP - Pengetahuan Teknologi dan Pedagogi PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Soalan Temubual Bagi Mengukur Tahap Kesediaan Guru dalam Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P Fizik 141 B Senarai Semak Pemerhatian Proses P&P Fizik Berlandaskan PTPK 143 C Pengesahan Instrumen Temubual 148 D Nota Lapangan 149 E Borang Penelitian Dokumen Dan Artifak 150 F Pengesahan Instrumen Kajian 2 151 G Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 152 H Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor 153 I Contoh Teks Naratif Pengkaji 154 J Contoh Penelitian Pengkaji 165 K Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R1 167 L Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R2 168 M Contoh Modul Pembelajaran Fizik Pelajar 169

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Arus pemodenan yang semakin berkembang telah banyak mengubah gaya hidup dan tahap kemahiran seseorang. Tidak dapat dinafikan lagi, pada abad ke-21 ini, penguasaan teknologi yang juga merangkumi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) adalah sangat penting dan menjadi suatu keperluan. Kehadiran teknologi telah membawa banyak perubahan dan kemajuan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Peralatan semakin canggih, sistem komunikasi semakin baik, maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat, gaya hidup semakin moden dan suasana kerja juga semakin selesa. Selaras dengan perkembangan teknologi, pelbagai usaha giat dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran berasaskan teknologi serta mengoptimumkan pengaplikasiannya dalam kebanyakan aspek. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia sentiasa memberi galakan dalam mentransformasikan rakyat Malaysia kepada masyarakat yang celik teknologi dan maklumat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga turut serta dalam usaha mempertingkatkan penggunaan dan kemahiran teknologi iaitu merangkumi aspek pendidikan dan pembelajaran. Rosnaini dan Mohd Arif (2010) menjelaskan bahawa KPM ada melaksanakan dan menyediakan pelbagai latihan dan kursus ICT kepada guru dan bakal guru kerana mereka perlu menguasai teknologi terlebih dahulu sebelum mampu melengkapkan pelajar dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi.

2 Hanuscin et al. (2010) menyatakan bahawa bidang sains telah ditekankan sebagai komponen literasi yang kritikal dalam konteks reformasi pendidikan sains. Menurut McCrorey (2008) pula, bilik darjah sains merupakan tempat semulajadi untuk penggunaan teknologi kerana sains pada hari ini banyak bergantung pada teknologi. Ini menunjukkan bahawa bidang pendidikan sains merupakan salah satu cabang pendidikan yang penting dan kompleks. Mata pelajaran Fizik merupakan salah satu daripada tiga mata pelajaran selain Kimia dan Biologi yang diberi penekanan penting dalam bidang pendidikan sains tulen di peringkat sekolah menengah (Tamby Subahan, 1999). Mata pelajaran fizik juga adalah salah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga serta perkaitan antara keduanya. Selain itu, fizik juga merupakan cabang ilmu sains yang dinamik, di mana ia sentiasa berkembang dan penggunaan ilmu ini mampu menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup khususnya pada zaman sains dan teknologi. Menurut Showalter (1984), tugas sebagai guru sains merupakan tugas yang kompleks dan dinamik di mana ia sentiasa mengalami perubahan dan peningkatan. Oleh itu, guru sains perlu berusaha secara berterusan dalam mengembangkan dan meningkatkan profesion mereka agar tidak ketinggalan dengan perkembangan dan peningkatan arus. Kemajuan teknologi yang banyak mempengaruhi bidang pendidikan telah menyebabkan guru-guru turut sama terkena tempias arus teknologi terkini. Mishra dan Koehler (2006) menjelaskan bahawa tidak memadai jika teknologi hanya diperkenalkan dalam bidang pendidikan tanpa menggabungkannya ke dalam proses pengajaran atau pedagogi. Ini bermaksud, selain pengetahuan tentang proses pedagogi, pengetahuan mengenai teknologi dan bagaimana untuk menggunakannya harus dikuasai guru sebagai prasyarat untuk membentuk pengetahuan bermakna yang berasaskan teknologi di dalam kelas. Sebagai persediaan kepada pelajar dari segi sains dan teknologi, Khairun Nadwa (2007) menjelaskan bahawa reformasi pendidikan sains umumnya dan Fizik khususnya meminta guru-guru mengintegrasikan pembelajaran berasaskan teknologi dan inkuiri dalam pengajaran mereka. Novak dan Krajcik (2006) juga bersetuju bahawa guru digalakkan menggunakan kepelbagaian teknologi seperti instrumen

3 pengukuran dan komponen penyiasatan saintifik yang ada di makmal bagi menyokong pembelajaran pelajar secara inkuiri atau penyiasatan. Dengan menggunakan alatan teknologi dalam pembelajaran subjek sains secara penyiasatan dalam bilik darjah atau makmal akan membawa pelajar kepada suasana penyelidikan seperti ahli saintis. Menurut Koehler dan Mishra (2008), konteks pendidikan pada hari ini di mana teknologi diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan telah membawa kepada konsep Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK). Seperti yang disarankan di dalam buku bertajuk Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008), banyak kajian perlu dijalankan untuk mengkaji peranan guru dan kesediaan mereka terhadap perkembangan PTPK. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji berkenaan dengan PTPK yang diamalkan oleh guru fizik peringkat menengah di Johor Bahru dengan lebih dekat. 1.2 Latar Belakang Masalah Pada awal sejarah teknologi pendidikan, guru diajar dalam kursus teknologi yang memberi tumpuan kepada kemahiran teknologi dan bebas daripada kursus pedagogi atau kandungan (Graham et al., 2004; Hargrave dan Hsu, 2000; Willis dan Mehlinger, 1996). Pengintegrasian teknologi kemudian menjadi ungkapan penting yang mencirikan kepada usaha untuk menggunakan teknologi dengan lebih efektif dalam konteks pendidikan. Mishra dan Koehler (2006) telah mewujudkan satu model rangka kerja yang menekankan perhubungan, interaksi, pengurusan dan batasan di antara domain teknologi, pedagogi dan kandungan. Ia menekankan interaksi kompleks yang wujud di antara tiga domain pengetahuan. Dalam model yang dihasilkan, pengetahuan tentang teknologi, pedagogi dan kandungan adalah berpusat dan bertindih dalam mewujudkan suasana pengajaran yang baik. Ini bermakna, pengetahuan tentang

4 kaedah pengajaran atau pedagogi serta isi kandungan mata pelajaran yang diajar perlulah diintegrasikan bersama kemudahan teknologi dan ketiga-tiga elemen ini tidak dipisahkan. Niess (2005), Hughes (2005) serta Margerum-Leys dan Marx (2002) turut bersetuju bahawa pengetahuan tentang teknologi tidak boleh dipisahkan kerana pengajaran yang baik memerlukan pemahaman tentang bagaimana teknologi boleh dikaitkan dengan strategi pedagogi dan kandungan subjek yang diajar guru. Rajah 1.1 menunjukkan model rangka kerja PTPK yang telah dihasilkan oleh Mishra dan Koehler (2006) di mana ketiga-tiga bulatan iaitu teknologi (T), pedagogi (P) dan kandungan (K) adalah bertindan seterusnya menghasilkan empat domain pengetahuan yang berasingan (PPK, PTK, PTP dan PTPK). Rajah 1.1 : Model PTPK dan komponen pengetahuan yang terlibat. Tiga bulatan mewakili konstruk pengetahuan Kandungan (K), Pedagogi (P) dan Teknologi (T). (diadaptasi daripada AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008; 12)

5 1.2.1 Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Beberapa kajian lepas yang dijalankan sebelum ini berhubung dengan PTPK mendapati segelintir guru bermasalah dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam corak pengajaran mereka. Contohnya, dalam kajian kes oleh Polly (2011), hasil kajian mendapati guru yang telah lama mengajar dan lebih berpengalaman mempunyai tahap PTPK yang rendah. Walaupun guru berpengalaman ini mempunyai inisiatif untuk mempertingkatkan corak pedagogi dengan mengikuti program profesional, namun guru tidak mengimplementasikan sepenuhnya hasil pembelajaran mereka ke dalam sesi P&P. Ini kerana guru masih memerlukan sokongan secara berterusan bagi membantu dan memperbaiki amalan PTPK mereka. Rosnaini dan Mohd Arif (2010) juga mendapati guru yang berpengalaman perlu dikenalpasti dan diberi perhatian kerana mereka memerlukan lebih banyak masa dan kesediaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam P&P. Dalam kajian kes yang melibatkan guru baru yang mengajar subjek sains (Guzey dan Roehrig, 2009), hasil kajian mendapati bahawa guru baru lelaki lebih cenderung dan selesa dalam menggunakan elemen teknologi seperti peta konsep CMap dan simulasi semasa proses P&P. Pelajar mereka digalakkan untuk menghantar kerja rumah secara atas talian dan simulasi pula digunakan kerana ia mampu membina kefahaman pelajar yang lebih baik dari segi konsep dan abstrak. Namun begitu, hasil kajian terhadap dua orang guru baru wanita mendapati mereka kurang selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P walaupun telah mempunyai asas pengetahuan teknologi yang baik dan merasakan perlu menjalani latihan berkaitan teknologi dengan lebih banyak. Sebagai cadangan, Guzey dan Roehrig (2009) menyatakan supaya kajian perbandingan perlu dilakukan ke atas guru sains yang berpengalaman dengan guru sains yang baru mengajar untuk melihat perkembangan berkaitan PTPK yang mereka amalkan. Oleh yang demikian, penyelidik akan mengkaji corak pengajaran yang

6 diamalkan oleh guru baru dan guru berpengalaman dalam mengajar fizik di sekolah. Ini akan membolehkan amalan PTPK dalam kalangan guru fizik berpengalaman dengan guru fizik baru dapat dikaji. 1.2.2 Tahap Kesediaan Guru Tahap kesediaan guru yang baik dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer juga merupakan aspek yang penting bagi mencapai proses P&P sains yang berkesan selain bagi membantu negara membentuk masyarakat saintifik dan progresif (Mohd. Izham dan Noraini, 2007). Kajian oleh Morton (1996) menyatakan bahawa kebanyakan guru di Sydney Barat sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam P&P mereka namun masalah timbul kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses P&P. Rosenthal (1999) memetik kajian yang dijalankan oleh National Center for Education Statistics mendapati hanya 20% daripada 2.5 juta guru di sekolah awam merasa selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P mereka. Ini kerana, hanya segelintir guru sahaja yang diberikan tunjuk ajar untuk mengajar subjek mereka dengan mengintegrasikan aplikasi berunsur teknologi. Di Malaysia pula, kajian oleh Norizan dan Salleh-Huddin (1997) mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah masih rendah dari segi penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran. Ini membuktikan bahawa mereka masih lagi tidak bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Ia selaras dengan kenyataan Graham et al. (2004) iaitu guru hanya mampu mengendalikan kemudahan teknologi sahaja tanpa mampu mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dengan berkesan dalam P&P sekaligus memberi kesan terhadap perkembangan pembelajaran pelajar. Sepuluh tahun kemudian, Mohd. Izham dan Noraini (2007) pula telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan teknologi berasaskan komputer bagi P&P sains di dalam bilik darjah. Terdapat dua

7 aspek yang diukur dalam kajian ini iaitu aspek pengetahuan terhadap teknologi dan sikap guru terhadap penggunaan teknologi. Dapatan mereka menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru sains di daerah Hulu Langat dari aspek pengetahuan adalah pada peringkat sederhana. Bagi aspek sikap pula, guru-guru menggunakan komputer adalah atas urusan pelbagai namun lebih kepada untuk memudahkan pengurusan seharian. Walaupun mereka tahu dan menyedari kegunaannya dalam membantu pengajaran di dalam kelas, namun sebahagian guru tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat ini dalam P&P mereka. Kajian yang dijalankan oleh Kumar et al. (2008) mengenai kesediaan guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris (SMI) dalam menggunakan teknologi di dalam kelas di sekitar Selangor mendapati bahawa kebanyakan guru SMI masih berada pada tahap yang sederhana. Selebihnya, hanya 38.4% guru SMI mempunyai tahap penggunaan teknologi yang tinggi. Didapati, aspek sikap merupakan aspek atau konstruk yang bersalingan dengan penerimaan teknologi dalam kalangan guru dan ia memberikan pengaruh yang besar terhadap tahap penggunaan teknologi guru. Dari sub-skala yang diukur, penggunaan teknologi adalah tinggi bagi urusan-urusan pentadbiran manakala sederhana bagi urusan P&P. Ini menunjukkan penggunaan teknologi bagi tujuan P&P masih sederhana berbanding tujuan pentadbiran yang berada pada tahap lebih tinggi, walhal urusan P&P merupakan urusan utama yang perlu diambilkira oleh guru-guru. Pendekatan penggunaan teknologi dalam proses P&P sebenarnya mampu membantu pembinaan kefahaman pelajar yang lebih mendalam bagi konsep sains serta mewujudkan suasana bilik darjah atau makmal yang lebih mesra pelajar (Novak dan Krajick, 2006). Selain itu, ia membolehkan pelajar-pelajar menerokai sendiri pengalaman belajar yang lebih bermakna dengan kaedah penerokaan maklumat. Jika permasalahan yang timbul seperti dalam kajian-kajian di atas tidak diperbaiki, maka perkembangan suasana bilik darjah yang mesra pelajar dan bermakna tidak dapat dinikmati oleh para pelajar.

8 1.2.3 Daya dan Gerakan Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang kompleks dan mempunyai konsep yang pelbagai (McCrory, 2008). Fizik pula merupakan salah satu cabang sains yang turut mempunyai pelbagai konsep yang perlu difahami dan juga bersifat abstrak. Namun begitu, Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa bidang ilmu fizik yang dinamik dan abstrak ini sebenarnya mampu menyumbang ke arah pembangunan negara dan masyarakat seandainya bidang ilmu ini diteroka dengan bijak dan meluas. Norasykin dan Normashita (2007) berkata negara perlu melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang fizik dan teknologi bagi membantu mencapai peningkatan taraf pembangunan negara. Namun begitu, mata pelajaran fizik bukanlah satu mata pelajaran yang mudah dikuasai oleh pelajar. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran ini dan pengkaji akan memfokuskan kepada pembelajaran tajuk Daya dan Gerakan, iaitu tajuk dalam bab 2 silibus fizik tingkatan empat sekolah menengah di Malaysia. Menurut Rohana dan Shaharom (2008), tajuk daya merupakan tajuk yang asas dan penting dalam subjek Fizik. Ia juga merupakan tajuk yang sering mengalami miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Ini kerana, ramai pelajar menganggap tajuk ini sebagai sukar kerana terdapat pelbagai eksperimen, formula, pengiraan, graf dan penerangan konsep yang perlu mereka fahami dan pelajari. Norasykin dan Normashita (2007) menjelaskan bahawa konsep Daya dan Gerakan dalam subjek fizik memerlukan pelajar memahami dengan menyeluruh terlebih dahulu berkenaan jisim, halaju dan pecutan kerana ia akan diaplikasikan ke dalam topik fizik yang lebih lanjut. Jika pelajar tidak dapat mengaitkan dengan pengetahuan yang sedia ada, pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami konsep dan prinsip keabadian dalam tajuk momentum contohnya. George et al. (2001) juga melaporkan bahawa di bawah topik ini, ramai pelajar mengalami kerumitan untuk memahami mengapa dan bila untuk menggunakan sesuatu konsep seperti konsep momentum, terutama prinsip keabadian. Selain itu, laporan oleh Tamby Subahan (1999) juga menyatakan bahawa ramai pelajar daripada pelbagai

9 negara mengalami masalah salah konsep dalam pembelajaran termasuklah dalam tajuk Daya dan Gerakan. Pengalaman harian pelajar akan mempengaruhi cara pemikiran mereka seterusnya menyumbang kepada masalah prekonsepsi dan salah konsep. 1.3 Pernyataan Masalah Walaupun teknologi sudah lama diperkenalkan dalam bidang pendidikan (Norizan dan Salleh-Huddin, 1997), namun kebanyakan guru masih mempunyai tahap kesediaan yang sederhana (Mohd. Izham dan Noraini, 2007). Oleh itu, pengkaji akan menyiasat dan mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P mereka. Selain itu, dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang lebih berpengalaman memerlukan lebih bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi dalam P&P mereka (Polly, 2011; Rosnaini dan Mohd Arif, 2010). Guru yang lebih muda dan baru pula biasanya sudah mempunyai asas dan pengetahuan tentang teknologi (Rosnaini dan Mohd Arif, 2010) namun masih ada yang tidak bersedia untuk menggunakannya dalam sesi P&P (Guzey dan Roehrig, 2009). Memandangkan rangka kerja PTPK ini dilaksanakan kurang dari sepuluh tahun, maka kajian yang dijalankan berkaitan dengan amalan PTPK dalam kalangan guru Fizik peringkat menengah di Malaysia umumnya dan di negeri Johor khasnya masih belum meluas. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendalami amalan PTPK guru Fizik sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Amalan PTPK guru pula akan berkisar kepada tajuk Daya dan Gerakan iaitu tajuk pembelajaran bab dua tingkatan empat. Ini kerana, sarjana-sarjana lepas telah mendapati bahawa pelajar mengalami masalah miskonsepsi dalam tajuk ini (Tamby Subahan, 1999) dan pelajar turut menganggap bahawa tajuk ini sebagai sukar (Rohana dan Shaharom, 2008). Norasykin dan Normashita (2007) pula menjelaskan bahawa pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari tajuk fizik dalam bab-bab seterusnya jika mereka tidak dapat menguasai konsep-konsep asas dalam tajuk ini. Dengan itu,

10 kajian terhadap amalan PTPK guru akan berlangsung bagi sesi P&P tajuk Daya dan Gerakan. 1.4 Objektif Kajian Berdasarkan beberapa permasalahan yang timbul seperti yang diterangkan dalam penyelidikan lepas, kajian ini dilakukan dengan objektif untuk: (i) Mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan guru fizik baru dalam mengintegrasikan teknologi semasa pengajaran fizik. (ii) Mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan guru fizik berpengalaman lebih lima tahun dalam mengintegrasikan teknologi semasa pengajaran fizik. (iii) Membandingkan corak pengajaran berlandaskan PTPK antara guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman lebih lima tahun bagi sesi P&P tajuk Daya dan Gerakan. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang ingin dijalankan, persoalan kajian yang ingin diselesaikan dalam kajian ini adalah seperti di bawah: (i) Apakah tahap kesediaan guru fizik baru di peringkat menengah dalam mengintegrasikan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran fizik?