Menangkis krisis keyakinan sistem kehakiman Sunday, 25 November :44AM

Similar documents
LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

PETRONAS LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT CAIUGALI DAN PENGELUAR MINYAKIGAS DI MALAYSIA

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

Final Year Project Report

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ENTER TATAKELAKUAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

PANDUAN PENGGUNAAN PEMBERSIH VAKUM

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

PhD thesis before UPM senate

ENGINEERING, TECHNOLOGY, CREATIVITY: MEMAKNAKANNYA KEPADA SEBUAH UNIVERSITI BERFOKUS

PANDUAN PENGGUNAAN PEMBERSIH VAKUM

National Green Technology Policy i

WONG SIONG JI UNG IN BOX TYPE SOLAR COOKER STUDY OF HUMIDITY

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

PEMBERSIH VAKUM PANDUAN PENGGUNA MODEL: MVC-14P-OR & MVC-14P-GR

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

INDOOR UNIT/OUTDOOR UNIT

PEMBERSIH VAKUM PANDUAN PENGGUNA. No. Model: MVC-V12K-GR SILA BACA ARAHAN-ARAHAN KESELAMATAN SEBELUM PENGGUNAAN

TINJAUAN LITERATUR TERHADAP TEKNOLOGI DAN PRESTASI EKSPORT PKS DI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF FOOD WASTE COMPACTOR ROZAIDI BIN ROZMAN

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WHAT IS LANDSCAPE? Webster s New Universal Unabridged Dictionary.

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDOOR UNIT/OUTDOOR UNIT

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

Ketua Pustakawan- muka 4

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INDOOR UNIT/OUTDOOR UNIT

INDOOR UNIT/OUTDOOR UNIT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Signature Supervisor Name Date

Urban Planning: The Urgent Needs to Redevelop Ex-Landfill Sites as Public Parks in Malaysia

Transcription:

Menangkis krisis keyakinan sistem kehakiman Sunday, 25 November 2007 09:44AM Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran) Suruhanjaya Diraja siasat kes klip video patut diberi kuasa lebih luas KLIP video yang dikatakan memaparkan seorang peguam terkenal bercakap menggunakan telefon dengan seorang hakim kanan bai mengatur perlantikan Ketua Hakim Negara, menggemparkan seluruh negara. Pelbagai dakwaan timbul berikutan kewujudan klip video itu. Kerajaan tidak berdiam diri dan menubuhkan Panel Bebas Khas untuk melakukan siasatan, tetapi dibantah pelbagai pihak seperti Majlis Peguam Malaysia dengan antara alasan, panel itu mempunyai kuasa terbatas. Selepas dua bulan, akhirnya panel dipertikaikan itu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes klip video itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudian mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu. Apakah reaksi Majlis Peguam Malaysia yang sebelum ini bukan saja tidak bersetuju, malah mengadakan perarakan di Putrajaya menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja. Ikuti pandangan Presidennya, Ambiga Sreenevasan kepada wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, mengenai isu ini. ANDA sebelum ini menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan bukan hanya Panel Bebas Khas bagi menyiasat kes klip video. Kerajaan sudah menyatakan persetujuan. Pandangan anda. Kami menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Diraja. Dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam Khamis lalu, lebih 1,500 peguam menghadiri mesyuarat itu dan antara usul ialah peguam menyokong keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu. Memang lewat dua bulan, tetapi tidak mengapa kerana mungkin kerajaan ketika itu terlebih dulu hendak melihat kewajaran penubuhannya. Selepas mendapati memang ada keperluan, saya gembira kerana akhirnya penubuhan suruhanjaya itu menjadi kenyataan. Bagaimanapun, kami hendak lihat bidang tugas suruhanjaya itu adalah seluas yang boleh supaya bukan hanya menyiasat kes klip video, tetapi semua perkara berkaitan sistem kehakiman disiasat dan dikaji supaya suruhanjaya itu boleh membuat cadangan berkaitan institusi ini. Keadaan yang berlaku sekarang bukan hanya mengenai klip video. Ini adalah masalah yang pada pandangan kami berlaku sejak 20 tahun lalu, iaitu pada 1988. Ada banyak perkara yang perlu dikaji. Ini yang menyebabkan kami berharap bidang tugas suruhanjaya ini seluas mungkin yang boleh. Penubuhan Suruhanjaya Diraja ini baik kerana berkuasa memanggil sesiapa yang berkaitan atau mendapatkan dokumen yang diperlukan. Malah, orang ramai boleh menghadiri suruhanjaya ini dan memberi keterangan atau bukti. Orang ramai tidak perlu takut tampil ke depan. Apakah sistem kehakiman berada dalam keadaan kurang meyakinkan hingga anda mencadangkan bidang kuasa Suruhanjaya Diraja perlu melampaui isu klip video.

Ya! Keadaan ini sudah berlanjutan sejak 20 tahun lalu. Malah sejak kebelakangan ini, iaitu dalam tempoh dua tahun lalu, hampir setiap bulan ada perkara mengenai sistem kehakiman dilaporkan dalam surat khabar. Antara yang dilaporkan dalam surat khabar, termasuk isu hakim tidak menulis penghakiman dan pelantikan hakim. Itu adalah bukti bahawa ada masalah dan wujud krisis keyakinan dalam sistem kehakiman. Kami sebagai peguam tahu masalah sebenar yang berlaku. Di kalangan pelanggan, ada yang bertanya mengenai kredibiliti hakim. Orang ramai banyak yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Kita juga tahu apabila menderaf kontrak, ada pihak mahu dilakukan di luar negara dan tidak mahu ke mahkamah negara ini. Sudah tentu ada yang difailkan di sini, tetapi ini kerana pihak berkenaan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa pergi ke mahkamah negara ini. Kadang-kadang dalam kes tertentu, mereka bimbang jika berlaku sesuatu dalam sistem kehakiman. Kami tahu ini adalah krisis keyakinan terhadap sistem kehakiman. Bagaimanapun jangan silap, negara mempunyai ramai hakim yang bagus dan banyak kes mahkamah tiada masalah. Bagaimanapun, sedikit kes sudah cukup menimbulkan masalah. Majlis Peguam juga mendapati tidak ada sistem yang telus berhubung kenaikan pangkat hakim. Kami tidak tahu mengapa ada hakim tertentu dinaikkan pangkat, tetapi ramai hakim yang lebih kanan dan bagus tidak dinaikkan pangkat. Mengapa? Kami sebagai peguam tahu siapa hakim yang bagus. Kami tahu siapa hakim bekerja keras. Apabila hakim yang bagus tidak dinaikkan pangkat, kami hairan dan timbul persoalan mengapa ini berlaku. Sistem pelantikan dan kenaikan pangkat hakim mesti mempunyai sistem yang baru. Inilah antara sebab Majlis Peguam mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Berdasarkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, tidakkah ini menunjukkan kerajaan bersikap telus dan ingin melihat sebarang perbuatan salah laku atau keadaan yang tidak betul dalam sistem kehakiman diperbetulkan. Benar! Itu yang kami nampak. Kami menyambut baik dan ini jelas adalah langkah positif. Sekarang yang penting ialah jika kerajaan benar-benar mahu menyelesaikan masalah, kami mahu melihat bidang kuasa suruhanjaya itu. Begitu juga siapa dilantik sebagai anggota suruhanjaya itu menunjukkan sejauh mana kerajaan mahu menyelesaikan masalah berlaku.

Majlis Peguam sebelum ini mempertikaikan pemilihan anggota Panel Bebas Khas. Bagaimana pula kali ini. Apakah kriteria yang anda lihat perlu ada pada anggota suruhanjaya. Pemilihan anggota sangat mustahak. Bagaimanapun, ada ramai calon layak dipilih. Negara mempunyai ramai hakim bersara yang boleh dipilih. Kita juga mempunyai ramai calon, termasuk mereka yang menganggotai Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, peguam kanan boleh dipilih. Ada ramai orang boleh dipilih dan saya fikir lebih baik kita mempunyai suruhanjaya yang besar. Kita juga boleh meminta anggota Panel Bebas Khas menganggotai suruhanjaya itu. Walaupun siapa yang dipilih, mereka mesti orang yang dihormati masyarakat. Jika masyarakat tidak menerima mereka, tidak guna Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Masyarakat mesti berasakan bahawa suruhanjaya ini akan bertindak adil, tidak menyembunyikan sesuatu dan menyiasat. Tidak cukup jika hanya kerajaan yakin terhadap suruhanjaya itu. Masyarakat juga mesti yakin. Bagaimana hendak mengukur keyakinan masyarakat terhadap Suruhanjaya Diraja. Menerusi perundingan. Jika berunding dengan pihak yang relevan, kerajaan boleh mendapat nama yang dihormati masyarakat. Inilah cara kerajaan boleh memastikan bahawa masyarakat menerima mereka yang menganggotai suruhanjaya ini. Adakah Majlis Peguam sendiri akan mencadangkan nama yang sesuai untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja. Majlis Peguam belum diminta berbuat demikian dan jika diminta mengemukakan nama, kami sudah tentu akan memenuhi permintaan itu. Kami mempunyai idea dan berasakan mempunyai calon cukup bagus menganggotai suruhanjaya. Kami mengalu-alukan jika kerajaan mahu wakil Majlis Peguam menganggotai suruhanjaya itu. Ini bukan perkara baru kerana bekas Presiden Majlis Peguam, Khutubul Zaman Bukhari, turut dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apakah yang anda harapkan dengan penubuhan suruhanjaya itu.

Saya berpendapat suruhanjaya ini mempunyai peranan sangat penting dan perlu diberi masa yang cukup untuk menjalankan tugas. Kita tidak boleh mendesak supaya suruhanjaya dapat menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap semua isu yang timbul. Ini boleh dilakukan seperti Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila ramai anggota masyarakat tampil ke depan dan memberi bukti. Jika hendak mendapat keputusan baik, biarkan suruhanjaya ini melakukan kerja dengan kuasa yang luas, iaitu bukan saja dalam kes klip video. Selain itu, bidang kuasa itu mesti membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan. Suruhanjaya mesti memberi cadangan dan melihat semua kes terbabit. Jika suruhanjaya mendapat ada kebenaran dalam dakwaan, mereka perlu melihat perkara ini kerana ada ramai orang yang menjadi mangsa. Perkara utama ialah mereka mesti mengemukakan cadangan untuk tindakan seterusnya. Kita perlu melihat ke belakang dan melihat bagaimana boleh membetulkan kesalahan serta mara ke depan serta tidak membenarkan ini berulang. Ini bergantung jika dakwaan itu adalah benar. Bagaimana jika kuasa Suruhanjaya Diraja dihadkan hanya menyiasat kes klip video. Kami akan kecewa. Sudah tentu banyak yang hendak disiasat dalam kes klip video, tetapi itu masih sempit. Kami berharap bidang kuasa suruhanjaya itu lebih luas daripada isu klip video. Kami tetap akan ambil bahagian. Kita mesti berikan suruhanjaya itu kebebasan. Apakah keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman dapat dipulihkan dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Pemulihan semula keyakinan terhadap sistem kehakiman mesti dilakukan secara berperingkat. Apabila ada usaha dilakukan, kita akan melihat masyarakat berasa yakin semula terhadap sistem kehakiman. Sebab itu saya katakan bahawa peringkat ini adalah genting dan penentuan bidang kuasa suruhanjaya sangat penting. Majlis Peguam sangat gembira dan menyokong kerajaan menubuhkan suruhanjaya dan ini adalah langkah penting yang baik untuk negara. Adakah kita memerlukan anggota suruhanjaya dari luar negara, terutama untuk meningkatkan keyakinan antarabangsa terhadap institusi kehakiman.

Ini boleh dilakukan jika kerajaan mahu membawa orang luar menganggotai suruhanjaya itu, tetapi kita mempunyai cukup orang berkelayakan dan boleh menjalankan kerja. Bagaimanapun, jika hendak mendapatkan cadangan atau mendapatkan kepakaran daripada sistem kehakiman negara lain, itu tidak menjadi masalah. Suruhanjaya Diraja boleh melakukan tugas ini. Kita boleh mendapatkan idea daripada hakim luar negara melakukan perubahan terhadap sistem kehakiman. Apa pula tindakan Majlis Peguam apabila Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Kami sudah menubuhkan satu pasukan dan berharap untuk menghadiri apa saja perbicaraan oleh suruhanjaya itu. Majlis Peguam akan memberi pandangan dan menolong setakat mana yang kami boleh dalam isu ini. Antara isu yang timbul ialah hubungan antara peguam dan hakim. Apakah keadaan yang sepatut wujud dalam hubungan antara peguam dan hakim. Apabila seseorang dilantik sebagai hakim, dia perlu berhati-hati. Dia tidak boleh terlalu mesra dengan peguam tertentu. Dalam keadaan majlis sosial seperti Peguam Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan menentang rakan sejawat dari Singapura, itu tidak menjadi masalah kerana majlis dilakukan secara terbuka. Keadaan yang tidak dibenarkan ialah perhubungan atau persahabatan istimewa. Maaflah, apabila seseorang menjadi hakim, dia perlu menjarakkan diri atau mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang, terutama apabila orang itu menghadiri mahkamahnya. Ini tidak bermakna dia tidak boleh bercakap atau menghadiri majlis makan malam jika dilakukan secara terbuka. Isunya ialah bagaimana ia dilakukan? Adakah terlalu rapat dan selalu hadir bersama hakim sama. Kita tidak boleh menyatakan tiada hubungan langsung kerana setiap orang adalah manusia. Perhubungan boleh, tetapi mesti dilakukan secara profesional. Kami bukan hanya mengkritik sistem kehakiman. Majlis Peguam juga tidak suka apa yang berlaku di kalangan peguam. Dalam usul AGM Khamis lalu, kami tidak suka peguam melakukan perbuatan yang boleh memberi kesan terhadap kehakiman. Kami mengkritik ahli begini.

Apakah tindakan boleh diambil terhadap peguam yang mempunyai hubungan terlalu istimewa dengan hakim. Kami boleh mengambil tindakan disiplin jika kelakuan ini menjejaskan integriti sistem kehakiman. Kami akan merujukkan aduan kepada Lembaga Disiplin untuk menyiasat kes ini. Kadang-kadang orang ramai sendiri perlu mengemukakan aduan supaya kami dapat menjalankan tindakan. Apakah yang menyebabkan sistem kehakiman sesebuah negara mendapat pengiktirafan dan dihormati. Pertama, sistem pelantikan itu tiada pilih kasih dan hakim terbaik boleh dinilai berdasarkan penghakimannya. Sebenarnya sangat mudah untuk menghakimi hakim kerana hanya perlu melihat penghakiman. Bagaimana untuk meraih keyakinan? Prosedur kehakiman sangat penting, Pihak yang kalah dalam perbicaraan perlu tahu mengapa mereka kalah. Menerusi penghakiman, kita dapat menilai sama ada hakim adalah adil, cekap dan ciri lain yang perlu ada pada hakim. Jika kita mahu mempertingkatkan mutu penghakiman, seorang hakim mesti menunjukkan dia bebas. Faktor seperti kuasa eksekutif atau individu hadir di mahkamah adalah tidak relevan. Hakim hanya menjunjung undang-undang. Apabila ini dapat dilakukan, keyakinan akan datang. Secara jujur, saya berpendapat bahawa negara mempunyai ramai hakim yang bagus. Saya tidak mahu orang memikirkan bahawa Majlis Peguam hanya mahu mengkritik sistem kehakiman. Kami hanya mengkritik unsur yang tidak baik. Inilah cara memperkukuhkan sistem kehakiman dan faktor kepemimpinan sangat penting. Jika Ketua Hakim Negara, hakim kanan di bawahnya menunjukkan mereka tegas dan jujur, tidak ada apa yang perlu kita bimbangkan. Sejauh manakah faktor campur tangan pihak luar terhadap sistem kehakiman. Sudah tentu pada 1988, kami berasakan berlaku campur tangan daripada pihak eksekutif. Kebelakangan ini, kami tidak boleh menyatakan kerajaan campur tangan, tetapi dalam beberapa kes, kami mendengar ada campur tangan terhadap kehakiman. Ini antara perkara yang boleh menjejaskan keyakinan. Jika wujud tanggapan bahawa pihak di luar boleh campur tangan, keyakinan terhadap kehakiman akan terjejas.