SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

Similar documents
PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PhD thesis before UPM senate

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

Menangkis krisis keyakinan sistem kehakiman Sunday, 25 November :44AM

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

NAZANEEN AHMED NASROULLA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

Final Year Project Report

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

PUBLIC PARTICIPATION ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT Investigation of the Level of Sustainable Environmental Development Understanding and Awareness

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IDENTIFICATION OF SUSTAINABILITY INDICATORS FOR OIL AND PETROCHEMICAL INDUSTRIES DEVELOPMENT IN SOUTHWEST COAST OF IRAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

EME 431 Refrigeration & Air Conditioning [Penyejukan & Penyamanan Udara]

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

Transcription:

AHLI MA.JLIS BANDAkAYA-r<IJCHrr~<i~ELATAN (MBKS): SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING V Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian daripada syarat - syarat Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Politik dan Pemerintahan (SmSS) FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SAMWAK 2003

PENGBARGAAN Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga ini saya khaskan untuk En Stanley Bye Kadam Kiai selaku penyelia saya. Selama tempoh menjalankan penyelidikan ini,beliau.. telah banyak membantu saya melalui panduan dan bimbillgan yang,diberikan: Segala sumbangan yang telah beliau berikan tidak akan saya lupajaln. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua Pensyarah Program Politik dan Pem~rintahan, pihak Fakulti Sains Sosial dan UNIMAS. Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya tujukan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang membenarkan penyeliqik menjalankan kajian ini. Terutamanya kepada Datuk Bandar MBKS YB Chan Seng Khai, Pemangku Datuk Bandar Cr. Haji Mohamad Amin bin Hassan, Cik Lilian Liew dan semua councilor MBKS. Segala bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak MBKS amat bermakna dan telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Saya juga berbangga dengan kerjasama serta layanan baik yang telah diberikan oleh pih~ MBKS. Istimewa buat keluarga saya yang tersayang terutama ibuj:>apa saya, Encik Goh Kuan Tong dan Puan Antoinette Hii serta kakak saya yang dikasihi. Terima kasih saya ucapkan kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan k~pada saya. Akhir sekali, terima kasih buat kak Rozila, Livinia, Yati, MeeD, Eli, Doli, dan Roseline. Segala kenangan bersama kalian tidakakan saya lupakan. Buat rakan - rakan seperjuangan dan pihak yang terlibat, terima kasih di atas bantuan kalian. 1

ABSTRAK Kumpulan elit mempunyai pengaruh yang tertentu dalam sesebuah masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sarna ada Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan kumpulan elit. Untuk: tujuan ini, penyelidik akan melihat kepada latar belakang keluarga ahli majiis tahap pendidikan ahli majlis, penglibatan ahli majlis dalam politik, ekonomi, dan sosial. Kajian ini melibatkan dua puluh tiga orang responden yang terdiri daripada Datuk Bandar MBKS, Pemangku Datuk Bandar MBKS, dan dua puluh satu orang councilor MBKS. Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik. M~kala cara yang digunakan untuk penggumpulan atau mendapatkan data dan maklumat adalah melalui temu ramah dan telephone questionnaire. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai ciri - ciri golongan elit seperti berpendidikan tinggi, berpendapatan tinggi berdasarkan taraf hidup di Malaysia, terlibat dalam bidang peroiagaan atau terdiri dappada golongan professional, terlibat secara aktif dalam dalam bidang politik dan sosial. 11

ABSTRACT Elite groups are always influence in all sorts of societies. The study aims to investigate whether the member of Majlis Bandaraya Kuching Selatan (Kuching City South Municipal) are members of elite group. For this purpose, the research is looking at the family background of the members of Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), their education level, the involvement in politics, economic and social activities. There are twenty three respondents consist of MBKS Mayor, Deputy Mayor and twenty one ofmbks councilors. The research instrument employs in this study is in the form of questionnaire. The data are collected through face - to-face interview and telephone interview. The results of the study show that over whelming majority of the members ofmbks are the elite group people. Some of them are professional and highly educated. Some have own businesses, while those who are employed also earning high level by Malaysian standard. 111

KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN I II iii x xii BABI 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 PENGENALAN Pendahuluan Latar Belakang Kajian 1.1.1 Majlis Bandaraya Kuehing Selatan 1.1.2 Peneapaian Majlis Perbandaran Kuehing (KMC) 1.1.3 Ahli Majlis Bandaraya Kuehing Selatan Kenyataan Masalah Objektif kajian Hipotesis Kepentingan Kajian Limitasi Kajian Struktur Penulisan 1 1 2 2 3 3 5 7 8 9 10 1 BAB2 2.0 ULASAN KARYA Pendahuluan 13 13 IV

2.1 Definisi Kumpulan Elit 13 2.2 Ahli MajIis 20 2.2.1 Ahli Majlis Perbandaran 24 2.2.2 Ahli Majlis Daerah 24 2.3 Peranan Ahli Majlis 25 2.3.1 Peranan Datuk Bandar 27 2.3.2 Peranan Councilor 29 2.4 Kajian Lepas 30 2.5 Profil Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan Yang Lepas 34 2.5.1 Profil Tan Sri Datuk William ran 34 2.5.2 Profil Tan Sri Datuk Ong Kee Hui 34 2.5.3 Profil Encik Song Thian Cheol<: 36 2.5.4 Profil Tuan Haji Abdul Kadir Marican 36 2.5.5 Profil Datuk Amar Stephen Y ong 37 2.5.6 Profil Datuk Song Swee Guan 38 2.6 Kesimpulan 39 BAB3 METODOLOGI 40 3.0 Pendahuluan 40 3.1 Populasi Kaj ian 40 3.2 Sampel Kajian 40 3.3 Kaedah Penyelidikan 41 3.3.1 Kaedah Borang Soal Selidik 41 v

3.4 Cara Pengumpulan Data 42 3.4.1 TemuRamah 42 3.4.2 Telephone Questionnaire 43 3.4.3 Penye1idikan Sekunder Libr~ Research 43 3.5 Cara Menganalisis Data 44 3.6 Kesimpulan 45 BAB4 BASIL KAJIAN DAN PERBlNCANGAN 46 4.0 Pendahuluan 46 4.1 Cm - Ciri Demografi Responden 46 4.1.1 Analisis Jantina Responden 47 4.1.2 Analisis Status Perkahwinan Responden 48 4.1.3 Analisis Umur Responden 49 4.1.4 Analisis Kaum Responden 50 4.1.5 Analisis Agama Responden 51 4.1.6 Analisis Pendapatan Sebulan Responden 52 4.2 Pendidikan Responden 54 4.2.1 Analisis Penerimaan Biasiswa atau Pinjaman Responden 54 4.2.2 Analisis Tahap Pendidikan Responden 55 4.2.3 Analisis Bahasa Pengantar Responden Semasa DaIjah 1 hingga DaIjah 6 57 4.2.4 Analisis Bahasa Pengantar Re~ponden VI

Semasa Tingkatan 1 hingga Tingakatan 5 58 4.2.5 Analisis Bahasa Pengantar Re&ponden Semasa Kolej dan Universiti 60 4.3 Analisis Penglibatan Dalam Bidang Perniag~ oleh Responden 60 4.4 Penglibatan Politik Responden 62 4.4.1 Analisis Penglibatan Politik R~sponden Sebelum Menjadi Ahli Majlis MBKS 62 4.4.2 Analisis Parti Politik Respondf;'!n Sebelum Menjadi Ahii MajIis MBKS 64 4.4.3 Analisis Penglibatan Politik Rf;'!sponden Sekarang 65 4.4.4 Analisis Parti Politik Respondf;'!n Sekarang 66 4.4.5 Analisis Penglibatan Respond~n dalam Bidang Perkhidmatan Sosial 66 4.4.6 Analisis Pendorong Kepada R~sponden Melibatkan Diri Dalam Politik 67 4.4.7 Analisis Hubungan Erat Deng~n Ahli MajIis Sebelum Responden Menjadi Ahli Majlis MBKS 68 4.4.8 Analisis Hubungan Erat Deng~n Ahli Vll

Parti Politik Sebelum Responden Menjadi Ahli Majlis MBKS 69 4.4.9 Analisis Responden Mengenai Sesiapa Yang Menjadi Ahli Majlis Sebelum Responden Menjadi Ahli MajIis MBKS 70 4.4.10 Analisis Responden Mengenai Sesiapa Yang Menjadi Ahli Politik Sebelum Responden Menjadi Ahli Majlis MBKS 71 4.4.11 Analisis Tempoh Tabun Responden Terlibat Dalam Politik 72 4.4.12 Analisis Tempoh Tabun Responden Menjadi Ahli Majlis MBKS 73 4.4.13 Analisis Sejak Bila RespondeQ mula Mempunyai Minat Dalam Politik 74 45 Analisis Terhadap Keluarga Responden 76 4.5.1 Analisis Penglibatan Bidang P~rniagaan Keluarga Responden 76 4.5.2 Analisis Jenis Perniagaan Kel rga Responden 77 4.5.3 Analisis Penglibatan Politik Bflpa Responden 77 4.6 Analisis Pendapat Dari Councilor Tentang Faktor Yang Menyebabkan Parti Politik Mereka Memilih Mereka V111

Untuk Dilantik Menjadi Ahli Majlis MBKS 78 4.7 Kesimpulan 81 BABS KESIMPULAN DAN CADANGAN 82 5.0 Pendahuluan 82 5.1 Ahli Majlis MBKS Sebagai Kumpulan Elit 82 5.2 Cadangan Kajian Akan Datang 84 5.3 Apa yang Dipelajari Melalui Kajian Ini 85 5.3.1 Dalam Penyelidikan Primer 85 5.2.1 Dalam Penyelidikan Sekunder 86 5.4 Kesimpulan 87 BffiLIOGRAFI 89 LAMPIRAN 93 IX

SENARAI JADUAL Jaduall Taburan J antina Responden 48 Jadual2 Taburan Status Perkahwinan Responden 48 Jadual3 Taburan Umur Responden 50 Jadual4 Taburan Kaum Responden 51 Jadual5 Taburan Agama Responden 52 Jadual6 Taburan Pendapatan Sebulan Responden 53 Jadual7 Taburan Penerimaan Biasiswa atau Pinjaman Semasa Belajar 55 Jadua18 Taburan Tahap Pendidikan Responden 56 Jadua19 Taburan Bahasa Pengantar Responden Semasa Darjah 1 58 Hingga Darjah 6 Jadual10 Taburan Bahasa Pengantar Responden Semasa Tingkatan 1 59 Hingga Tingkatan 5 Jadual1 I Taburan Bahasa Pengantar Responden Peringkat Kolej dan 60 Jadual12 Universiti Taburan Penglibatan Dalam Bidang Perniag8fU1 oleh Responden 62 Jadual13 Taburan Penglibatan Politik Responden SebeJum Menjadi Ahli 63 Jadual14 MajlisMBKS Taburan Parti Politik Responden Sebelum M~njadi Ahli Majlis 64 MBKS Jadual 15 Taburan Penglibatan Politik Responden Sek ang 65 Jadual 16 Taburan Parti Politik Responden Sekarang 66 x

SENARAI SINGKATAN Cr. DBKU Councilor Dewan Bandaraya Kucbing Utara KMC = Majlis Perbandaran Kuching KRDC Majlis Daerah Luar Bandar Kucbing (Kucbing Rural District Council) MBKS Majlis Bandaraya Kuching Selatan PBB = Parti Bangsa Bersatu PBDS Parti Bangsa Dayak Sarawak SNAP = Sarawak National Party SPM = Sijil Pelajaran Malaysia STPM SUPP YB Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Parti Bersatu Rakyat Sarawak Yang Berhonnat XlI

Jadual17 Taburan Penglibatan Responden Dalam Bidap.g Perkhidmatan 67 Sosial ladual18 Taburan Pendorong Kepada Responden Melibatkan Diri Dalam 68 Politik ladual19 Taburan Hubungan Erat Dengan Ahli Majlis Sebelum 69 Responden Menjadi Ahli Majlis ladua120 Taburan Hubungan Erat Dengan Ahli Parti Politik sebelum 70 Menjadi ahli Majlis Jadual21 Taburan Responden Mengenali Sesiapa yang Menjadi Ahli 71 Majlis Sebelum Menjadi Ahli Majlis ladual22 Taburan Responden Mengenai Sesiapa Yang Menjadi Ahli 72 Majlis Sebelum Menjadi Ahli Majlis ladua123 Taburan Tempoh Tahun Responden Terlibat palam Politik 73 ladua124 Taburan Tempoh Tahun Responden Menjadi Ahli Majlis MBKS 74 Jadua125 Taburan Sejak Bila Responden Mula Mempupyai Minat 75 Dalam Bidang Politik Jadua126 Taburan Penglibatan Bidang Perniagaan Keluarga Responden 76 ladual27 Taburan Jenis Perniagaan Keluarga Respond~n 77 ladual28 Taburan Penglibatan Politik Bapa Responden 78 Xl

BAD 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Kajian ini membincangkan tentang Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Selain itu, dengan lebih khusus, penyelidik: akan mengkaji serta menganalisis tentang profil individu yang dilantik menjadi Ahli Majlis MBKS. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis - jenis orang yang atau dilantik menjadi Ahli Majlis MBKS. Kajian ini akan memberi jawapan terhadap persoalan sama ada Ahli Majlis MBKS yang dilantikdapat dikategorikan sebagai golongan elit atau tidak berdasarkan profil ahli majlis tersebut. Dalam kajian penyelidikan ini, penye1idik juga akan mengkaji dan menganalisis latar belakang ahli majlis, pendidikan, etnik, penglibatan secara aktif dalam bidang politik, ekonomi serta sosial. Selain ito, penyelidik juga akan mengkaji sarna ada kriteria - kriteria ini merupakan faktor yang penting dalam perlantikan seseorang Ahli Majlis MBKS. Walau bagaimanapun, diharapkan bahawa kajian ini dapat mengenalpasti dan mernberi satu gambaran tentang apakah jenis - jenis indiviqu yang dilantik menjadi ahli MajIis MBKS. 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1.1.1 Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sejarah Majlis Bandaraya Kuching Selatan bennula pada tahun 1921 apabila Kuching Sanitary dan Lembaga Penasihat Perbandaran 1 ditubuhkan. Kemudiannya pada 1 Januari 1934, Kuching Sanitary dan Lembaga Penasihat Perbandaran menjadi Penguasa Perbandaran Kuching 2. Ini menunjukkan bermulalah fungsinya sebagai sebuah kerajaan tempatan bagi Kuching yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuching 3. Seterusnya, pada tahun 1949, Gabenor Sarawak telah mengarahkan Pengerusi Lembaga Perbandaran Kuching untuk mengambil iangkah menjadikan Bandar Kuching sebagai sebuah kerajaan tempatan yang berdasarkan kepada entiti tertentu, dan berupaya untuk menanggung pengurusan kewangannya serta hal - hal bandar secara berdikari. Dengan itu, hasrat menjadikan Bandar Kuching sebagai sebuah bandar yang berdikari telah tercapai. Pada 1 Januari 1953, Bandar Kuching telah menjadi sebuah kerajaan tempatan yang 'autonomous,4 dan ditadbir oleh MajIis Perbandaran Kuching (KMC). Dengan perubahan selepas merdeka, Bandar Kuching telah dinaikkan tarafnya. Pada logos 1988, Kuching secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Kuching. Kemudian, Bandaraya Kuching telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewaq Bandaraya Kuching Utara 1 Municipal Advisory Board 2 Municipal Authority for Kuching 3 Kuching Municipal Council (KMC) 4 Sebuah kerajaan tempatan yang berupaya untuk mentadbir sendiri dan mengawal segala hal majlls secara berdikari 2

(DBKU). Tujuan utama Bandaraya Kuching dibahagikan kepada dua bahagian adalah untuk mewujudkan kecekapan yang membenarkan pembangunan dan pengagihan populasi yang semgam untuk dua kawasan tersebut. Ini juga untuk memastikan supaya Majlis Bandamya Kuching Selatan tidak menjadi halangan kepada tanggungjawab pembangunan oleh Dewan Bandamya Kuching Utara yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Luar Bandar Kuching (KRDCi. 1.1.2 Pencapaian Majlis Perbandaran Kuebing (KMC) Majlis Perbandaran Kuching (KMC) telah mencapai beberapa pencapaian. Antara pencapaian penting yang dicapai oleh KMC ialah: 1. Pada pertengahan SOan, KMC telah membina 532 unit flat di Jalan Ban Hock bertujuan untuk membekalkan Rumah Kos Rendah kepada penduduk 2. Membina satu perpustakaan di Jalan P.Ramlee pada 1970 untuk memenuhi keperluan pelajar dan orang awam. Perpustakaan itu diperbesarkan pada 1984. 1.1.3 Ahli MajIis Bandaraya Kuching Selatan Pada tahun 1953, Majlis Perbandamn Kuching (KMC) ditubuhkan bersama dengan 24 orang perwakilan dati rakyat dan pengerusi majlis adalah pegawai dati Britain yang dilantik oleh Gabenor Sarawak. Pengerusi majlis dibantu oleh 24 wakil dari pelbagai kaum iaitu 6 orang councilori dilantik oleh Gabenor Sarawak dan mereka ini 5 Kucbing Rural District Council 6 Ahli majiis 3

adalah terdiri dari pelbagai nasionaliti yang boleh mewakili pelbagai kepentingan kehidupan dalam komuniti tempatan. Tambahan pula, Gabenor juga berkuasa dalam melantik 18 orang councilors yang lain dari pelbagai persatuan yang boleh menjaga kepentingan kaum masing - masing seperti masyarakat Cina, Melayu, India, Dayak, dan British. Pada tahun 1956, ahli majiis dipilih melalui pilihanraya. Majlis Perbandaran Kuching (KMC) telah mengadakan pilihanraya yang pertama pada tabun tersebut. Seramai 58 calon telah bertanding 9 wards' 7 dan 27 kerusi di MajIis Perbandaran Kuching. Calon yang berjaya dipilih akan memegangjawatan sebagai ahli majlis selama 3 tahun. Seterusnya pada tahun 1963, parti - parti politik mula terlibat dalam pilihanraya MajIis Perbandaran Kuching. Seramai 58 calon dari 3 parti politik dan 11 calon persendirian bertanding dalam pilihanraya tersebut. Semua ahli majlis yang telah berjaya dipilih akan melanjutkan jawatan mereka selama 3 tahun perkhidmatan dan sistem ini digunakan selama 18 tabun iaitu hingga 15 Oktober 1981 oleh kerajaan tempatan 8. Kemudiannya, pada 15 Oktober 1981, ahli majlis telah dilantik oleh Yang Di- Pertua Negeri sebagai gantian kepada sistem pilihanraya. Ini sejajar dengan pindaan perlembagaan pada 5 Disember 1971. Pada tahoo 1981, ahli - ahli baru Majlis Perbandaran Kuching yang dilantik oleh Yang Di-Pertua Negeri terdiri daripada 26 ahli 7 satu kawasan Bandar yang dibahagikan semasa pilihanraya dan kawasan tersebut diwakili oleh ah1i dalam majlis tempatan tertentu. g Majlis Perbandaran Kuching 4

yang diketuai oleh pengerusi iaitu Datuk Amar Stephen Y ong dan pemangku pengerusi, Haji Abdul Karim Abol. Ahli Majlis Perbandaran Kuching yang dilantik akan menjawat jawatan selama tempoh dua tahun. Walau bagaimanapun, selepas satu tahun perkhidmatan, Datuk Amar Stephen Yong meletak jawatan dan menjadi Menteri Persekutuan. Pada 1 September 1982, Encik Song Swee Guan telah menggantikan Datuk Amar Stephen Yong sebagai pengerusi Majlis Pemandaran Kuching. Kini, ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan dilantik dan ditentukan oleh kerajaan negeri dalam tempoh '2 years basis.9. Majlis Bandaraya Kuching Selatan mempunyai 27 ahli majlis yang terdiri daripada seorang Datuk Bandar (Mayor), seorang Pemangku Datuk Bandar (Deputy Mayor) dan 25 orang councilors. Majlis Bandaraya Kuching Selatan sekarang dipengerusi oleh YB Chan Seng Khai sebagai Datuk Bandar dan Cr. Haji Mohamad Amin Bin Hassan sebagai Pemangku Datuk Bandar. 1.2 Kenyataan Masalah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terdiri daripada 27 ahli majus, iaitu seorang Mayor, seorang Deputy Mayor dan 25 orang councilor. AhU Majlis MBKS adalah terdiri daripada pelbagai bangsa seperti kaum Cina, Melayu dan Dayak. Dalam Ordinance Majlis Bandaraya Kuching Selatan mengatakan bahawa ahli majlis (councilor) adalah dilantik oleh Yang di-pertua Negeri iaitu berdasarkan kepada faktor latar belakang mereka. Seseorang yang dilantik untuk menjadi ahli majlis mesti 9 Tempoh menjawat jawatan sehagai ahli majlis MBKS selama 2 tahun. 5

boleh mewakili golongan majoriti di kawasan tertentu, atau beliau perlu mempunyai kelayakan profesional atau beliau berperanan penting dan ajctif dalam bidang perniagaan atau perindustrian. Persoalannya, siapakah orang ini? Adakah mereka ini dikategori sebagai golongan elit? Menurut Bingham, Richard D. dan Hedge David (1991 :260), beliau menerangkan kajian yang menunjukkan bahawa ahli majiis di majiis Perbandaran di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada orang yang mempunyai kriteria - kriteria seperti berpendidikan tinggi, orang yang terlibat dalam bidang perniagaan, atau golongan profesional dan biasanya ahli majlis adalah terdiri daripada orang putih (white males). Menurut Saffel, David C. (1987 : 162) pula, beliau menjelaskan bahawa sejak tabun 1930 di Chicago, semua mayor adalah beragama Katolik (kecuali Harold Washington) dan mereka ini adalah aktifterlibat dalam orgapisasi parti tempatan. Di San Francisco dan St. Louis pula, biasanya orang yang terlibat dalam bidang perniagaan selalunya akan dipilih menjadi mayor. Persoalannya, adakah kriteria kriteria seperti fak:tor latar belakang individu, pendidikan, bjdang pengkhususan, 'party line' dan kedudukan ekonomi merupakan kriteria penting dalam mempengaruhi perlantikan untuk menjadi seorang ahli Majlis MBKS? 6

Penjelasan yang dinyatakan tadi adalah diharapkan akan mampu untuk merangkumi masalah untuk mengenalpasti apakah jenis - jenis individu yang menjadi ahli majlis MBKS. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian adalah penting dalam sesebuah penyelidikan. Tujuan objektif kajian dikenalpasti adalah untuk memastikan bahawa kajian yang ingin dijalankan adalah tidak menyimpang dari skop asalnya. Terdapat dua kategori objektif dalam kajian ini iaitu Objektif Am atau Umum dan Objektif Khusus. Objektif Umum merupakan objektif utama yang ingin dikaji oleh penyelidik. Manakala, Objektif Khusus adalah perkara lain yang berkaitan dengan ObjektifUmum dan diperlukan bagi mengukuhkan lagi hasil kajian ini. Objektif umum bagi penyelidikan ini adalah untuk menganalisis jenis - jenis individu yang dilantik menjadi Ahli Majlis MBKS. Manakala Objektif Khusus bagi penyelidikan ini pula adalah untuk menganalisis profil ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan dengan mengkaji dari segi latar belakang keluarga ahli majlis, pendidikan, pendorong kepada ahli majlis menjadi ahli majlis dan pengljbatan ahli majlis secara aktif dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya, penyelidik juga membuat analisis untuk: mengenalpastikan bahawa sarna ada Ahli Majlis MBKS yang dilantik dapat dikategori sebagai golongan elit atau 7

tidak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sarna ada faktor latar belakang seseorang ahli majlis merupakan kriteria - kriteria penting dalam mernpengaruhi peerlantikan rnenjadi seorang ahli rnajlis. Melalui pengenalpastian kedua - dua objektif urnum dan objektif khusus ini diharapkan kajian ini akan menfokus kepada tajuk kajian sebenar dan seterusnya rnenghasilkan kajian penyelidikan yang bermutu tinggi. 1.4 ffipotesis Penyelidik telah membuat beberapa hipotesis bagi rnemperolehi jawapan kepada persoalan penting mengenai profil Ahli MajIis MBKS. Jenis hipotesis yang digunakan adalah hipotesis yang dinyatakan dalam bentuk yang mudah. Hipotesis jenis ini menjejaskan pertalian yang terus antara dua pemboleh ubah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hipotesis dalam penyelidikan ini yang ditentukan oleh penyelidik. 1. Faktor latar belakang keluarga memainkan peranan penting bagi seseorang untuk menjadi seorang Ahli Majlis MBKS. 11. Faktor penglibatan secara aktif seseorang dalam bidang politik iaitu dilihat kepada jawatan yang dipegang, ekonorni dan sosial merupakan salah satu syarat untuk menjadi Ahli Majlis MBKS. iii. Faktor pendidikan dan professional iaitu Ahli majlis lebih rarnai yang terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi dan golongan profesional. 8

IV. Faktor 'party line' iaitu perlantikan Ahli Majlis MBKS melalui parti politik. v. Ahli majlis MBKS dikategorikan sebagai golongan elit. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian mengenai analisis terhadap profil individu yang menjadi Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Kuching Selatan merupakan kajian yang pertama sekali dijalankan di Sarawak. Tambahan pula, kajian mengenai profil ahli majlis juga merupakan kajian yang pertama dijalankan di seluruh Malaysia. Dengan itu, kajian ini dijangka akan dapat mendatangkan kepentingan dan sumbangan kepada ilmu Sains Sosial pada masa akan datang. Selain itu, kajian ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan umum mengenai jenis jenis individu yang dilantik menjadi Ahli Majlis rvtbks dan memberi gambaran tentang siapa bakal individu yang akan dilantik menjadi Ahli Majlis rvtbks dengan menganalisis tentang profil ahli majlis. Dengan itu, kajian ini membolehkan orang awam mengetahui jenis - jenis individu yang dilantik Plenjadi ahli majlis. Walau bagaimanapun, diharapkan bahawa kajian awal Inl dapat memperbanyakkan dan menggalakkan lagi kajian - kajian dan penulisan mengenai profil ahli majlis bukan sahaja terhad kepada sebuah majlis tetapi dengan skop yang lebih besar iaitu membuat kajian tentang profil ahli majlis di seluruh Malaysia. 9

1.6 Limitasi Kajian Dalam proses menjalankan kajian penyelidikan ini, telah wujud beberapa limitasi dan masalah yang menjadi penghalang kepada kajian untuk djjalankan dengan lebih sempurna dan berkualiti. Antara limitasi dan masalah yang telah mkenalpasti ialah, skop kajian penyelidikan ini adalah terhad kepada Ahli Majlis MBKS sahaja dan analisis hanya mjalankan terhadap profil inidividu yang menjam Ahli Majlis MBKS. Selain itu, semasa menjalankan kajian penyelidikan ini, penyelidik telah menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat tentang ahli majlis MBKS yang Iepas (Previous Council Members). Khasnya Ahli Majlis MBKS yang telah meninggal dunia dan maklumat yang diperoleh adalah terhad dan tidak lengkap. Seterusnya, penyelidik juga menghadapi masalah dalam membuat temu duga dengan semua Ahli majlis MBKS. Ini msebabkan oleh masa yang terhad dan suntuk. Dengan itu, penyelidik terpaksa menggunakan cara Telephone questionnaire' untuk mendapatkan maklumat tentang profil AhU majis MBKS. Walaupun terdapat beberapa masalah dan limitasi yang wujud semasa menjalankan kajian ini, namun penyelidik sentiasa berusaha mencari cara penyelesaian dan alternatif lain untuk menghasilkan kajian yang bermutu dan berkualiti supaya kajian ini dapat menyumbang kepada ilmu sains sosial. 10

1.7 Struktur Penulisan Secara keseluruhannya, kajian ini memhincangkan tentang jenis - jenis individu yang dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Bah Satu daiam kajian ini memberi pengenalan s~ara am kepada kajian ini. Secara keseluruhannya hah ini membincangkan tentang la~ belakang kajian, kenyataan masalah, objektifkajian, hipotesis, kepentingan kajian dan limitasi kajian. Seterusnya, Bab Kedua dalam kajian ini membincangkan ulasan karya berkenaan definisi kumpulan elit, definisi ahli majlis. peranan ahli IIlajIis, kajian lepas dan profil Ahli Majlis MBKS yang lepas. Selain itu, dalam Bab Tiga pula, penyelidik membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan tentang populasi kajian, sample kajian, cara pengumpulan data dan cara menganalisis data. Manakala dalam Bab Empat pu1a, penyelidik membincangkan hasil kerja kajian yang telah dijalankan. Dalam bab ini penyelidik membincangkan ciri - ciri demografi responden, latar belakang keluarga responden, pendidikan responden, pendorong kepada responden menjadi Ahli Majlis MBKS, penglibatan respoden dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 11