SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

Similar documents
ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EVALUATING THE USE OF BUILDING INFORMATION MODELLING IN RESORT DEVELOPMENT IN REBUPLIC OF THE MALDIVES

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

APPROVAL. Signature : Supervisor name : Date : Signature : Panel name : Date :

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

PhD thesis before UPM senate

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

INSTRUCTION: This paper consists of SIX [6] structured questions. Answer any FOUR [4] questions.

PETRONAS LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT CAIUGALI DAN PENGELUAR MINYAKIGAS DI MALAYSIA

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

EME 431 Refrigeration & Air Conditioning [Penyejukan & Penyamanan Udara]

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

Final Year Project Report

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

FIRE ALARM WITH SECURITY SYSTEM MOHAMED FAIZ BIN MOHAMED MUSA

Signature : MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM

TAIIAP PENGGUNAAN ICT DAN TEKNOLOGI DALAM

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BRIKUETING PANAS HABUK KAYU AHMAD SUFI BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

NAZANEEN AHMED NASROULLA

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE) ILLYANA KASIM AMELIA NATASYA ABDUL WAHAB Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pembangunan yang pesat dalam teknologi maklumat mengakibatkan peningkatan masalah e-waste di seluruh dunia. Komponen peralatan e-waste terdiri daripada bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar. Implikasi yang besar oleh e-waste kepada manusia dan alam sekitar tersebut perlu diberi perhatian. Kesedaran dan pengurusan e-waste dalam konteks yang lebih kecil perlu diterap dan disiasat. Objektif artikel ini adalah mengkaji sistem pengurusan peralatan elektrik dan elektronik sedia ada serta mengenal pasti kekangan semasa dan keperluan kepada pengurusan peralatan elektrik dan elektronik yang sistematik di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (FTSM, UKM). Kaedah pemerhatian dan temu bual dijalankan dalam kajian ini sebagai kajian awal. Keputusan kajian awal mendapati bahawa peralatan e-waste diurus secara manual oleh pegawai aset di FTSM dan hanya melibatkan pengurusan peralatan milik UKM sahaja. Peralatan peribadi para pensyarah atau pelajar seperti toner, drum, papan kekunci, monitor, tetikus dan peralatan e-waste yang tidak berfungsi perlu diurus sendiri secara individu. Senario ini menyebabkan peralatan e-waste di FTSM tidak diurus dan dilupus dengan betul. Oleh itu, keperluan kepada satu sistem pengurusan e-waste FTSM berasaskan Web (SISE-Waste) dicadangkan bagi menambahbaik sistem pengurusan peralatan e-waste semasa. Aplikasi dibangunkan berdasarkan metodologi kitar hayat pembangunan sistem model air terjun yang diubahsuai. Pembangunan sistem ini melibatkan penggunaan perisian Sublime Text dan phpmyadmin dalam membangun antara muka sistem dan pangkalan data. Aplikasi tersebut terdiri daripada dua jenis pengguna iaitu pengguna dan staf. Modul e-waste, FTSM dan serahan adalah tiga jenis modul yang ditawar kepada kategori pengguna manakala staf pula ditawarkan modul serahan baru dan peralatan FTSM. PENGENALAN Electronic Waste ataupun singkatannya e-waste ditakrif sebagai bahan buangan yang terdiri daripada peralatan elektrik atau elektronik yang sudah lama dan tidak lagi berfungsi seperti sedia kala (Wath et al. 2011). Contoh peralatan e-waste adalah komputer riba, televisyen, pemain DVD, peti sejuk, telefon bimbit, tetikus, mesin pencetak, dan lain-lain peralatan elektrik. Walaupun peralatan teknologi banyak membantu pengguna menjalani aktiviti harian dengan lebih mudah, namun, peralatan e-waste boleh memberi kesan negatif kepada pengguna dan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik. Semakin maju sesebuah negara maka semakin besar nilai Gross Domestic Product (GDP) dan ini mencetus peningkatan e-waste di kebanyakan buah negara (Gaidajis et al. 2010). Penyataan Gadjais et al. (2010) ini terbukti apabila berlaku peningkatan angka e-waste secara global iaitu 5.5 metrik tan pada tahun 2010 kepada 9.8 metrik tan pada tahun 2015. Menurut sumber akhbar tempatan iaitu akhbar kosmo pula, Malaysia dilaporkan mengeluar sejumlah 47,963 metrik tan e-waste untuk dilupus pada tahun 2015 (Norlida 2016). Angka ini menunjukkan betapa seriusnya permasalahan e-waste sekiranya pengurusan yang cekap tidak dijalankan. Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun turut merasai tempias kepesatan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang terutamanya telekomunikasi. Jangka hayat yang pendek sesebuah peralatan komunikasi khususnya telefon pintar mengakibatkan peralatan e- waste yang tidak berfungsi dibuang merata tempat. Setiap peralatan elektrik dan elektronik mempunyai had jangka hayat dan akan rosak serta perlu dilupus apabila tiba masanya. Proses pelupusan setiap peralatan adalah berbeza mengikut kandungan komposisi komponen bagi sesuatu peralatan. Setiap peralatan perlu dilupus dengan cermat kerana bahan yang terkandung dalam peralatan mungkin sangat berbahaya sekiranya terdedah secara berterusan kepada orang

awam. Oleh yang demikian, pengurusan e-waste perlu dititik beratkan agar negara dapat menangani masalah yang lebih serius seperti kekurangan tempat pelupusan dan pencemaran. Peningkatan penggunaan peralatan elektrik dan elektonik pada masa kini turut memberi implikasi negatif kepada bumi contohnya, kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada terbebas. Fenomenon tersebut menyebabkan bumi menjadi panas selain faktor pembakaran peralatan elektrik secara terbuka. Gas-gas yang dikeluarkan oleh sebahagian peralatan menyebabkan alam sekitar terjejas. Oleh yang demikian, pengguna perlu didedah dan diberi pengetahuan serta kesedaran mengenai bahaya e-waste kepada alam sekitar. Antara cara mengurangkan e-waste ialah memperbaiki peralatan e-waste yang rosak atau mengitar semula kepada peralatan baharu yang selamat dan berguna melalui pengurusan yang berkesan. Isu kesihatan dan keselamatan pengguna dan alam sekitar ini menunjukkan keperluan kepada pengurusan e-waste yang berkesan. PENYATAAN MASALAH Hasil kajian awal melalui pemerhatian penyelidik di bangunan FTSM mendapati bahawa peralatan e-waste seperti toner, CD, komputer, papan kekunci, dan tetikus dibuang ke dalam tong sampah, bawah tangga, hujung atau sudut koridor. Senario ini menunjukkan tiada mekanisme khusus bagi pengurusan e-waste para pensyarah atau pelajar di FTSM. Longgokan peralatan pada tempat yang tidak sepatutnya ini boleh menjejaskan reputasi FTSM akibat daripada kelemahan pengurusan dan tahap kesedaran pengguna yang lemah dalam kalangan warga FTSM yang celik IT. Selain itu, peralatan e-waste yang tidak diurus dengan baik boleh mencetus implikasi negatif kepada pengguna dan alam sekitar. Keputusan temu bual bersama pegawai pengurusan aset FTSM melapor bahawa FTSM mengguna suatu sistem manual bagi mengurus inventori yang rosak ataupun yang masih boleh diperbaiki. Pegawai aset perlu mengisi borang aduan peralatan bagi melapor kerosakan aset yang berdaftar atas nama UKM sahaja iaitu sama ada kategori inventori atau aset UKM. Inventori ditakrif sebagai peralatan hak milik UKM yang bernilai sekurang-kurangnya tiga ribu ringgit Malaysia manakala aset UKM pula merujuk kepada peralatan yang bernilai melebihi tiga ribu ringgit. Pegawai pengurusan aset merekod maklumat peralatan yang dilaporkan rosak dan kemudian menentukan status peralatan tersebut sama ada boleh diperbaiki ataupun tidak. Peralatan dengan kos penyenggaraan yang melebihi separuh daripada harga asal tidak akan disenggara tetapi dikumpul untuk dilupus oleh pembekal. Manakala, peralatan yang dipinjamkan oleh pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UKM pula dikembalikan semula. Unit pengurusan FTSM akan mengumpul kesemua peralatan rosak milik UKM bagi membolehkan kontraktor yang dilantik oleh Unit Bendahari UKM mengutip peralatan tersebut di fakulti iaitu bagi dijual secara pukal ataupun dilupus serta merta. Memadangkan proses pelupusan peralatan di FTSM hanya melibatkan peralatan UKM sahaja, maka, para pensyarah dan pelajar FTSM perlu mengurus sendiri peralatan peribadi mereka di FTSM. Sehubungan itu, satu aplikasi dikenali sebagai Sistem Pengurusan E-Waste FTSM Berasaskan Web (SISE-Waste) dibangun bagi menambahbaik isu pengurusan peralatan e-waste di peringkat FTSM. OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengkaji sistem pengurusan peralatan e-waste di FTSM. ii. Membangun sistem pengurusan e-waste FTSM yang berasaskan web.

METOD KAJIAN Model Air Terjun yang diubahsuai digunakan untuk membangun sistem pengurusan e-waste FTSM yang dilakukan secara berperingkat (Rajah 1). Terdapat enam fasa utama dalam pembangunan aplikasi ini iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi, fasa pengujian dan fasa penilaian. Fasa Perancangan Rajah 1 Model Pembangunan Sistem Pengurusan E-Waste FTSM Fasa perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan SISE-Waste. Maklumatmaklumat dikumpul melalui kajian susastera dan kajian awal bagi mengenalpasti isu dan masalah kajian. Kajian awal melibatkan kaedah pemerhatian dan temu bual bersama pegawai aset daripada Unit Pengurusan FTSM, UKM. Instrumen temu bual dibangun bagi mendapatkan data penting dalam temu bual separa berstruktur khususnya pengurusan dan pelupusan peralatan e-waste semasa. Kekangan atau masalah serta penambahbaikan yang diperlukan kepada sistem semasa juga dikenalpasti pada fasa ini. Skop, objektif kajian dan perancangan aktiviti pembangunan (carta Gantt) turut dibangun pada fasa ini. Pembangunan carta Gantt membantu aktiviti pembangunan dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Fasa Analisis Fasa analisis melibat analisis dokumen, keputusan temu bual, dan kajian susastera. Analisis dokumen melibat data yang diguna dalam borang aduan dan borang pelupusan. Kajian susastera turut melibat analisis perbandingan bagi ciri dan fungsi sistem pengurusan e-waste sedia ada di pasaran. Hasil analisis digunakan bagi mendapatkan keperluan spesifikasi pengguna yang akan dibangunkan melalui pembangunan aplikasi SISE-Waste. Fasa Reka Bentuk

Fasa reka bentuk melibatkan aktiviti pembangunan carta alir, rajah konteks, DFD dan antara muka aplikasi SISE-Waste. Penggunaan perisian seperti Sublime Text, Hypertext Markup Language (HTML), Cascading Style Sheet (CSS) untuk mereka bentuk antara muka web dengan lebih menarik. Fasa Implementasi Fasa implementasi melibat pembangunan sistem pengurusan e-waste FTSM yang melibatkan pengekodan. Bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Processor) diguna bagi membangun sistem ini sementara PHP myadmin diguna bagi pangkalan data. Perisian Xampp juga digunakan untuk menghubungkan pangkalan data dengan laman sesawang. Fasa Pengujian Fasa pengujian melibatkan aktiviti pengujian ke atas aplikasi bagi memasti aplikasi SISE-waste bebas daripada ralat dan mencapai objektif kajian. Artikel ini turut mengenalpasti spesifikasi dan keperluan perkakasan dan perisian bagi pembangunan aplikasi SISE-waste. Keperluan perkakasan adalah berbentuk fizikal dan memberi sokongon teknikal bagi membangunkan aplikasi SISE-waste. Antara contoh keperluan perkakasan ialah komputer, tetikus dan thumb drive. Spesifikasi perkakasan perlu diutamakan agar tidak memberi kesan yang negatif terhadap perisian yang digunakan dalam aktiviti pembangunan. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk menghasil SISE-waste adalah seperti berikut: i. Sistem pengoperasian : Microsoft Windows XP Professional (SP3 atau ke atas) ii. Pemprosesan : Intel(R) Core(TM) i3cpu iii. 1 Tera HDD iv. Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 4GB DDR3 RAM atau ke atas v. Tetikus Berikut merupakan jenis perisian yang digunakan untuk membangunkan SISE-Waste: i. XAMPP XAMPP bermaksud Cross-Platform (X), Apache (A), MariaDB (M), PHP(P) dan Perl (P). XAMPP merupakan sebuah perisian sumber terbuka yang membolehkan cross-platform antara pelayan web yang dibangunkan oleh Apache. XAMPP yang terdiri daripada pangkalan data Apache HTTP Server, MariaDB, dan jurubahasa skrip yang ditulis dalam bahasa PHP dan bahasa pengaturcaraan Perl. Perisian ini memudahkan pembangun untuk membangunkan web server tempatan untuk tujuan pengujian dan penggunaan sesebuah sistem. XAMPP digunakan dalam kajian ini kerana ia boleh dicapai dan diguna dalam sistem pengoperasian Linux, Mac, dan juga Windows. Ciri ini memudahkan pembangun untuk mencapai dan membangunkan aplikasi dengan mengguna pelbagai peranti. ii. PHP MyAdmin MyAdmin adalah perisisan sumber bebas dan terbuka yang ditulis dalam bahasa PHP bertujuan untuk mengendalikan pengurusan MySQL atau MariaDB dengan menggunakan pelayar web. Ia boleh melakukan pelbagai tugas seperti mencipta, mengubah suai atau memadam pangkalan data, jadual, bidang atau baris, melaksanakan kenyataan SQL atau

menguruskan pengguna dan kebenaran. PHP MyAdmin digunakan sebagai pangkalan data bagi menyimpan data dan maklumat dalam sistem ini. iii. Sublime Text 3 Sublime Text 3 adalah perisian Cross-Platform editor kod di mana ia boleh digunakan di dalam persekitaran berbilang platfom dan bahasa pengaturcaraan. Sublime Text 3 menghubungkan sumber proprietari dengan antara muka pengaturcaraan penggunaan Python. Ia secara asal menyokong banyak bahasa pengaturcaraan dan bahasa penanda Markup Languages, dan fungsinya boleh dilanjutkan oleh pengguna-pengguna dengan plugin. iv. PHP (Hypertext Preprocessor) PHP adalah bahasa skrip yang digunakan secara meluas terutama untuk pembangunan web dan boleh dibenamkan ke dalam HTML. PHP juga merupakan skrip yang diguna pada HTML dan bersifat server-side. Kod yang mengandungi skrip akan dilaksana pada pelayan (server), menjana HTML yang kemudiannya dihantar kepada pelanggan. Pengguna akan menerima keputusan yang dijalankan oleh skrip tersebut namun pengguna tidak dapat mengetahui kod di sebalik keputusan tersebut. v. Google Chrome Google Chrome digunakan untuk pelayan web bagi menguji pelaksanaan sistem pengurusan e-waste FTSM yang ingin dibangunkan. Google Chrome dapat memberikan paparan yang terbaik daripada segi grafik, warna, teks dan imej bagi membangunkan sistem ini. HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil pembangunan SISE-waste merangkumi dua jenis pengguna secara terperinci. Hasil pengujian juga dijelaskan pada bahagian ini bagi memasti hasil pembangunan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan. Secara umum, aplikasi SISE-waste terbahagi kepada dua jenis pengguna iaitu staf dan pengguna. Staf ialah kakitangan FTSM yang bertanggung jawab mengurus peralatan e-waste di FTSM manakala pengguna adalah warga FTSM seperti pensyarah dan pelajar. Pembangunan modul adalah berdasarkan jenis pengguna aplikasi. Modul pengguna terbahagi kepada tiga iaitu e-waste, FTSM dan serahan. Modul staf pula ialah serahan baru dan peralatan FTSM. Rajah 2 merupakan antara muka halaman utama bagi kategori pengguna yang memapar video berkaitan pengetahuan umum mengenai e-waste. Selain memberi pengetahuan, antara muka ini dibangunkan bagi tujuan memupuk kesedaran berkenaan implikasi e-waste. Pengguna biasa iaitu pensyarah dan pelajar boleh memilih butang bagi modul e-waste, modul FTSM atau modul Serahan. Komponen butang diuji untuk memastikan butang menghubungkan antaramuka yang dikehendaki oleh pengguna.

Rajah 2 Halaman Utama Antara Muka Pengguna Rajah 3 adalah paparan skrin bagi modul e-waste sekiranya pengguna memilih butang e-waste pada antara muka utama sebelum ini. Modul ini menerangkan takrif, kategori, dan contoh peralatan e-waste secara ringkas bagi memberi maklumat dan kefahaman awal kepada pengguna. Rajah 3 Modul e-waste Rajah 4 adalah paparan skrin bagi modul FTSM oleh pengguna. Modul ini memapar maklumat lokasi pengumpulan peralatan e-waste di bangunan FTSM dan jadual pengutipan peralatan e-waste di FTSM. Modul ini membantu pengguna merancang masa dan menghantar peralatan e-waste yang ingin diserah kepada pihak FTSM.

Rajah 4 Modul FTSM Rajah 5 merupakan paparan skrin yang akan dipapar kepada pengguna yang memilih butang serahan pada antara muka utama. Modul ini mengandungi borang yang memuat butiran diri dan maklumat peralatan e-waste yang ingin diserah kepada pihak FTSM. Nombor serahan dan ID peralatan dijana secara automatik oleh sistem. Maklumat seperti nama, kategori dan kuantiti yang diberi oleh pengguna akan disimpan ke dalam pangkalan data pengguna dan pangkalan data serahan. Hasil pengujian menunjukkan maklumat yang diisi oleh pengguna berjaya disimpan ke dalam pangkalan data phpmyamin. Maklumat yang telah disimpan tersebut boleh diperoleh oleh pengguna kategori staf yang mengurus modul Serahan Baru. Rajah 5 Modul Serahan

Rajah 6 pula adalah paparan skrin bagi antara muka utama pengguna kategori staf yang mengurus peralatan e-waste di FTSM. Antara muka utama pengguna staf terdiri daripada tiga modul utama iaitu serahan baru, peralatan FTSM dan kontraktor. Staf boleh memilih butang mengikut tujuan penggunaan. Rajah 6 Halaman utama staf FTSM Rajah 7 adalah paparan skrin bagi antara muka serahan baru kepada staf yang memilih modul serahan baru pada antara muka utama. Modul ini berfungsi memapar maklumat peralatan e-waste daripada modul serahan pengguna yang disimpan dalam pangkalan data. Terdapat ralat yang berlaku kerana tiada maklumat yang disimpan kerana pangkalan data phpmyadmin belum dihubungkan dengan sistem. Rajah 7 Modul Serahan Baru

Rajah 8 merupakan paparan skrin bagi modul peralatan FTSM. Modul ini memapar senarai peralatan e-waste yang telah didaftar dan akan dilupuskan oleh staf SISE-waste. Staf SISE-waste juga boleh menambah peralatan e-waste sekiranya terdapat peralatan e-waste berdaftar atas nama FTSM yang rosak. Rajah 8 Modul Peralatan FTSM KESIMPULAN Secara keseluruhannya, aplikasi SISE-waste yang dibangunkan menepati keperluan asas pengurusan peralatan e-waste di FTSM. Aplikasi tersebut membantu staf SISE-waste untuk mengurus log masuk peralatan e-waste FTSM yang hendak dilupus dan membantu para pensyarah dan pelajar FTSM mengurus peralatan e-waste dengan lebih baik dan selamat. Bagi para pensyarah dan pelajar, aplikasi SISE-waste dapat membantu mereka untuk merancang masa yang sesuai bagi menyerah peralatan e-waste bagi tujuan pelupusan. Selain itu, notifikasi dalam bentuk e-mail akan dihantar ke akaun berdaftar pengguna untuk memberi peringatan mengenai lokasi dan tarikh pengutipan peralatan. Penambahbaikan pada masa hadapan perlu dilakukan bagi memastikan sistem sentiasa berjalan dengan lancar berserta fungsian dan modul baharu mengikut keperluan pengguna yang selalu berubah.

RUJUKAN Gaidajis, G., K. Angelakoglou, and D. Aktsoglou. 2010. E-waste: Environmental Problems and Current Management. Journal of Engineering Science and Technology Review 3.1,193 199. Norlida 2016. 2015."47,962 tan metrik E-waste dilupus tahun lupus." Kosmo. Wath, Sushant B., P. S. Dutt, and T. Chakrabarti. 2011. E-waste Scenario in India, Its Management and Implications. Environmental Monitoring and Assessment, 249 262. Web.