TINJAUAN LITERATUR TERHADAP TEKNOLOGI DAN PRESTASI EKSPORT PKS DI MALAYSIA (LITERATURE REVIEW ON TECHNOLOGY AND SME EXPORT PERFORMANCE IN MALAYSIA) Farah Najwa Md Isa farahnajwamdisa@gmail.com PhD Candidate, School of International Studies, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Mohammad Basir Saud basir372@uum.edu.my Lecturer, School of International Studies, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Mohd. Azwardi Md. Isa azwardi@uum.edu.my Lecturer, School of International Studies, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Abstrak : Teknologi merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada prestasi eksport PKS di Malaysia. Perkembangan teknologi hari ini memudahkan aktiviti-aktiviti melibatkan pengeksportan PKS. Penggunaan dan aplikasi teknologi yang optimum dan sesuai dapat meningkatkan produktiviti sesebuah firma eksport terutamanya PKS di Malaysia. Seiring dengan perubahan teknologi, prestasi eksport PKS semakin mendapat perhatian dengan wujudnya insentif-insentif yang menggalakkan PKS menjadi pemain eksport global. Perbincangan lanjut secara konsep dan tinjauan kajian-kajian lepas akan dihuraikan dalam kertas ini. Kata Kunci: Prestasi Eksport, Teknologi, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Abstact :Technology is one of the important factors contributing to the performance of SMEs exports in Malaysia. Today's technology development facilitates activities involving the export of SMEs. Optimal and appropriate technology applications and adoptions may enhance the productivity of an export firms, especially SMEs in Malaysia. Along with technological change, SME's export performance is gaining momentum with the incentives that encourage them to become global export players. Further discussion of concept and literature of past studies will be discussed in this paper. Keywords: Export Performance, Technology, Small and Medium Enterprise (SME) 2018 JHLCB 56
Pengenalan Salah satu aspek penting perdagangan negara-negara perindustrian adalah teknologi (Fagerberg, 1996). Teknologi mengalami perubahan yang cepat dan berevolusi dengan pantas menyebabkan PKS dapat mengeksploitasi pengeluaran atau perkhidmatan mereka di pasaran luar (OECD, 2017). Menurut Bocquet dan Musso (2010), penerapan teknologi baru atau menaik taraf kualiti produk merupakan salah satu faktor utama untuk menjelaskan produktiviti yang kukuh dan keputusan untuk memasuki pasaran baru oleh sesebuah firma. Keputusan ini boleh menberikan kesan ke atas produktiviti dan keuntungan masa depan sekiranya melabur dalam teknologi atau menyertai pasaran eksport. Berdasarkan Bajet 2018 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2017), agensi kerajaan serta persatuan perdagangan diminta bergiat aktif dalam mendorong perniagaan kecil dan pengeluar untuk melihat penggunaan teknologi dapat meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti selain dapat meningkatkan jualan. Tambahan pula, PKS di Malaysia dilihat tidak serius untuk menaik taraf dan menggunakan teknologi selain tidak mengambil sepenuhnya kesempatan terhadap dunia teknologi yang pesat membangun walaupun Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai insentif dan program-program berkaitan. Sorotan Literatur Teknologi Terdapat pelbagai tafsiran dan definisi yang menerangkan konsep teknologi. Menurut Skrbina (2015), teknologi berasal daripada perkataan Techne yang menerangkan prinsip penciptaan, yang mana ahli falsafah Greek (pre-socratic) turut menyatakan persamaan dengan prinsip ketuhanan (pencipta) melalui perkataan Logos. Pemahaman terhadap teknologi perlu diperhati berdasarkan perbezaan sesuatu daripada pembuatan manusia dengan sesuatu yang berlaku secara semulajadi (Brey, 2009). Kumar, Kumar dan Persaud (1999), teknologi terdiri daripada komponen fizikal (produk, kelengkapan, teknik) dan komponen maklumat (pengetahuan dalam pengurusan, pemasaran). Sahal (1981) pula melihat teknologi sebagai satu konfigurasi dengan pemerhatian terhadap sesuatu objek bergantung kepada proses yang tertentu. Manakala Dunning (1994) menyatakan kajian semasa teknologi berhubung secara langsung dengan pengetahuan dan proses pembangunan dan penyelidikan (R&D). Maskus (2003) memberikan takrifan teknologi sebagai the information necessary to achieve a certain production outcome from a particular means of combining or processing selected inputs which include production processes, intra-firm organizational structures, management techniques, and means of finance, marketing methods or any of its combination. Menurut Lan dan Young (1996), teknologi sentiasa berkait rapat dengan mendapatkan hasil, keputusan, menyelesaikan masalah tertentu dengan menggunakan kemahiran, pengetahuan tertentu serta mengeksploitasikan aset. 57
Kepentingan Teknologi Perkembangan dan pembangunan teknologi yang pesat memberikan banyak kesan terhadap sesebuah firma. Penggunaan dan adaptasi teknologi semakin luas kerana manfaat dan kelebihannya. Berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Ketiga oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2006), industri tempatan kekurangan keupayaan teknologi dengan kadar pemindahan teknologi yang kurang memberangsangkan kerana pembekalan keupayaan teknologi yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan penyelidikan. Ketidakupayaan ini menyebabkan produktiviti sesebuah firma eksport terutamanya PKS tidak mengalami peningkatan. Kerajaan komited dalam menggalakkan pembangunan dan penggunaan teknologi tempatan dengan menyediakan insentif, namun keberkesanan pemindahan teknologi masih rendah. Usaha-usaha meningkatkan keupayaan mengadaptasi teknologi penting dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi serta dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. Hubungan antara Teknologi dan Prestasi Eksport Penggunaan dan adaptasi teknologi oleh sesebuah firma memberikan kelebihan dalam pasaran global (Dhanaraj & Beamish, 2003). Ia merupakan salah satu faktor utama untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa kerana dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti sesuatu produk (Mody & Wheeler, 1987; Naik & Chakravarty, 1992). Menurut MacPherson (1994), penggunaan teknologi memberikan kesan positif terhadap prestasi pengeksport. Aaby dan Slater (1989), Wagner (1995) dan Pla-Barber dan Alegre (2007) turut menyokong terdapat hubungan postif penggunaan teknologi dengan prestasi eksport. Penggunaan teknologi memainkan peranan penting dan memberikan kesan positif kepada firma pengeksport dengan mencapai prestasi eksport yang lebih baik untuk bersaing dalam pasaran asing (Dornberger, 2012). Walau bagaimanapun kajian oleh Reid (1986) mendapati hubungan yang sedikit korelasi antara teknologi dengan prestasi eksport. Berdasarkan perbincangan di atas, hipotesis berikut dicadangkan: H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara teknologi dengan prestasi ekport PKS. Kerangka Konseptual Sorotan karya menunjukkan wujud hubungan antara teknologi dan prestasi eksport dengan teknologi merupakan pembolehubah yang bebas manakala prestasi eksport PKS merupakan pembolehubah bersandar. Kerangka konseptual yang dapat dibina adalah seperti berikut: Teknologi Prestasi Eksport PKS Rajah 1 : Kerangka Konseptual 58
Kesimpulan Perubahan pesat teknologi dan peningkatan persaingan di pasaran global mengurangkan nilai tambah sesuatu produk dan perkhidmatan yang sedia ada (Gunday, Ulusoy, Kilic & Alpkan, 2011). Perubahan teknologi ini memberikan kesan yang tidak menentu yang boleh membawa kepada perubahan kepada strategi, struktur pengurusan, polisi, sistem komunikasi dan lain-lain lagi (Damanpour & Aravind, 2011). Pelbagai insentif dan program Kerajaan Malaysia laksanakan bagi menggalakkan keupayaan penggunaan teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti serta prestasi eksport PKS. Kajian yang berkaitan adaptasi dan penggunaan teknologi masih relevan untuk dijalankan selain menambah khazanah ilmu berkaitan. Rujukan Aaby, N-E., & Slater, S. F. (1989). Management influences on export performance: A review of the empirical literature 1978-88, International Marketing Review, 6(4): 7-26. Bocquet, R. & Musso, P. (2010). Product Innovation and Export Performance, Post-Print halshs-00721783, HAL. Brey, P. (2009). Philosophy of Technology Meets Social Constructivism: A Shopper s Guide. In Readings in the Philosophy of Technology, 2nd ed. Edited by David M. Kaplan. Lanham: Rowman & Littlefield Publishers, pp. 268 324. Chantanaphant, J., Nabi, M.N. and Dornberger, U. (2012). Impact of Technological Capability on the Export Performance of SMEs in Thailand., presented in the 17th Nordic Conference on Small Business Research, May 23-25, 2012, Helsinki, Finland. Damanpour, F., & Aravind, D. (2011). Managerial innovation: Conceptions, processes, and antecedents. Management and Organization Review, 8, 423 454. Dhanaraj, C., & Beamish, P. W. (2003). A resource-based approach to the study of export performance. Journal of Small Business Management, 41, 242 261. Dunning, J. H. (1994). Multinational Enterprises and the Global of Innovatory Capacity. Research Policy, 23, 67-88. Fagerberg, J. (1996). Technology and Competitiveness. Oxford Review of Economic Policy. 12(3), 39-51. Gunday, G., Ulusoy, G., Kilic, K., & Alpkan, L. (2011). Effects of innovation types on firm performance. International Journal of Production Economics, 133, 662 676. Kementerian Kewangan Malaysia. (2017). Ucapan Bajet 2018: Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju ASPIRASI TN50. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2006). IMP3: Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2020; Malaysia - ke arah daya saing global. ISBN 9834313713, 9789834313715. Kumar, V., Kumar, U., & Persaud, A. (1999). Building Technological Capability through Importing Technology: The Case of Indonesian Manufacturing Industry. Journal of Technology Transfer, 24, 81-96. Lan, P., & Young, S. (1996). International Technology Transfer Examined at Technology Component Level: A Case Study in China. Technovation, 16 (6), 277-286. 59
MacPherson, A. D. (1994). Industrial Innovation Among Small and Medium-sized Firms in a Declining Region. Growth and Change, 25, 145 63. Maskus, K. E. (2003). Encouraging International Technology Transfer. UNCTAD/ICTSD Capacity Building Project. On Intellectual Property Rights and Sustainable Development. Mody, A., & Wheeler, D. (1987). Prices, costs, and competition at the technology frontier: A model for semiconductor memories. Journal of Policy Modeling, Elsevier, 9(2), 367-382. Naik, B., & Chakravarty, A. K. (1992). Strategic acquisition of new manufacturing technology: A review and research framework. International Journal of Production Research, 30(7), 1575 1601. OECD. (2017). Enhancing the Contributions of SMEs in a Global and Digitalised Economy. Meeting of the OECD Council at Ministerial Level, Paris, 7-8 June 2017. Pla-Barber, J., & Alegre, J. (2007). Analysing the link between export intensity, innovation and firm size in a science-based industry. International Business Review, 16, 275 293. Sahal, D. (1981). Alternative Conceptions of Technology. Research Policy, 10, 2-24. Skrbina, D. (2015). The Metaphysics of Technology. New York: Routledge. Wagner, J. (1995). Exports, firm size, and firm dynamics. Small Business Economics, 7, 29 32. 60