BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

Development of Anti-Theft Door System for Lecturer s Room

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Design and Fabrication of Solar Assisted Drying Machine

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

STORAGE WATER TANKS CLEANING ROBOT AFIZRUL IMAN BIN MOHAMED

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

FENCE INTRUDER DETECTION SYSTEM (FIDS) CHUINK BENG CHEONG

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Design and Development of Prototyping High Pressure and High Temperature Steam Cleaning Jet

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SISTEM KA WALAN BANJIR DENGAN MENGGUNAKAN MIKROPENGA WAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

.,- '. '.. I.. \ " ; \. " / [i IlilrJII~'~ri1l1~m i ~:III'j'11 II. II ' ' ..' 1-- '. _.:"". h, ".,'.".

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

Final Year Project Report

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NAZANEEN AHMED NASROULLA

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

STUDY OF INTERNAL HEAT EXCHANGER EFFECTS ON CAR AIR CONDITIONING SYSTEM CHAN HONG KET

PENGAPLlKASIAN PENGGUNAAN ANYAMAN VENIR BULUH KE DALAM REKA BENTUK PERABOT. Helmy Fauzan Bin Mohd Basar (26420)

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

PhD thesis before UPM senate

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BRIKUETING PANAS HABUK KAYU AHMAD SUFI BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Transcription:

1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: REKABENTUK INSTRUMEN PENGERING KASUT MUDAH ALIH SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHAMED RAFI BIN M S SOLAIMAN (801019-01-5203) (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 275 JLN KEMPAS 9, BANDAR PUTRA DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 81000 KULAIJAYA, Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 05/05/2009 Tarikh: 05/05/2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

1 REKACIPTA INSTRUMEN PENGERING KASUT MUDAH ALIH MOHAMED RAFI BIN M S SOLAIMAN Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2009

ii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Tanda tangan : Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR Tarikh : MEI 2009

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Pelajar : MOHAMED RAFI BIN M S SOLAIMAN Tarikh : MEI 2009

iv DEDIKASI Teristimewa buat, Ayah dan bondaku yang disayangi M S Solaiman Bin Sahiboo Rahamatunnisa Begam Binti Mohd Ali Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman, Untuk isteriku yang dicintai. Siti Aida Suriani Binti Maskam Yang sering memberi dorongan dan semangat, Puteraku yang dikasihi. Muhammad Naufal Bin Mohamed Rafi Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasi, Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Insyaallah

v PENGHARGAAN Segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad s.a.w. yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus. Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, Dr Mohad Anizu bin Mohd Nor atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga 4 SPS. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.

vi ABSTRAK Pada masa kini ramai orang menghadapi masalah mengeringkan kasut terutamanya mereka yang kerap terlibat dengan aktiviti di tempat yang lembab atau kesan peluh yang dihasilkan mengakibatkan kasut menjadi basah atau lembab. Kesan dari itu, kasut tidak selesa digunakan serta menyebabkan penyakit kulit pada bahagian kaki. Kaedah yang kerap digunakan sehingga ke hari ini ialah mengeringkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu instrumen portable dryer shoes ini dicipta. Objektif instrumen ini adalah untuk membantu pengguna mengeringkan kasut yang basah atau lembab dalam masa yang singkat serta mudah alih. Alat ini dapat membantu pengguna mengeringkan kasut yang basah pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa menunggu cuaca panas. Instrumen ini menggunakan teknologi elektronik dan teknologi micro controller yang mana boleh mengawal operasi instrumen bagi mengeringkan kasut. Mempunyai 3 butang masa yang membolehkan pengguna mengeringkan kasut mengikut tahap kelembapan pada kasut. Hasil kajian menunjukkan 100% subjek menyatakan alat ini sesuai digunakan terutamanya dari aspek keselamatan, mudah alih, kesesuaian rekabentuk dan mudah digunakan. Cadangan pada masa akan datang agar instrumen ini dapat dipertingkatkan lagi kualitinya. Kesimpulannya, daripada analisis yang dijalankan didapati bahawa alat yang dibina ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi terutamanya dalam proses pengeringan yang sempurna.

vii ABSTRACT Many people especially those doing activities at a damp place or sweat that causes the shoes become wet and damp, encounter a problem when it comes to dry their shoes. As the result, the shoes become unsuitable to be worn thus would cause harm to the skins around the foot. The method that people usually used is by drying the shoes under the heat of sun. This is why a device called portable dryer shoes was invented. It can help user drying their shoes in a short period of time and at the same time it is also portable. With the invention of this instrument, user does not have to wait for a sunny day to dry their shoes because they can do it anytime they want with this device. This device developed using electronic technology as well as micro controller technology that enables the user to control the device. It comes with three time buttons where user can choose the button based on how wet their shoes are. From a study conducted, 100% of the respondents agreed that this device is safe, very portable, and the design is simple and easy to use. From the analysis done, it is proved that this device is high in validity especially in terms of its ideal drying effect. In the future, it is hope that the quality of this device can be improved.

viii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iv v vi vii viii xi xii xiii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Penyataan Masalah 4 1.4 Objektif Rekacipta 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 5 1.7 Limitasi Kajian 6 1.8 Skop Kajian 7 1.9 Definisi Operasional 7

ix 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 8 2.2 Teori Berkaitan Dengan Rekabentuk 8 2.3 Sains Dan Teknologi Dalam Sukan 10 2.4 Kesimpulan 13 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 14 3.2 Rekabentuk Projek 15 3.2.1 Mengenalpasti Kompenan Dan Peralatan 15 3.2.2 Carta Alir Proses Penghasilan Projek 16 3.2.3 Menganalisis Litar 17 3.2.4 Membuat PCB Board 17 3.2.5 Littering (Surihan Litar) 18 3.2.6 Ecthing 19 3.2.7 Proses Menebuk Lubang 19 3.2.8 Mematri (Soldering) 20 3.2.9 Pengujian Litar 21 3.3 Populasi dan Persampelan 21 3.4 Instrumen Kajian 21 3.5 Prosedur Kajian 22 3.6 Pengumpulan Data 23 3.7 Penganalisisan Data 23 3.8 Kesimpulan 23

x 4 REKABENTUK INSTRUMEN 4.1 Pengenalan 24 4.2 Bahagian Pengeringan 25 4.3 Bahagian Pemanasan 26 4.4 Bahagian Elektronik 27 4.5 Micro Controller 30 4.6 Bekalan Kuasa 31 5 PENGANALISISAN DATA 5.1 Pengenalan 32 5.2 Analisis Soal Selidik Bahagian A 33 5.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B 36 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 43 6.2 Perbincangan 43 6.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 45 6.4 Cadangan 46 6.5 Kesimpulan 46 BIBLIOGRAFI 47 LAMPIRAN A-E 49

xi SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Perkakasan bahagian pengeringan 25 4.2 Perkakasan bahagian pemanasan (Compressor) 26 4.3 Perkakasan bahagian elektronik 27

xii SENARAI RAJAH RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta alir proses penghasilan projek 16 4.1 Instrumen pengering kasut mudah alih 24 4.2 Bahagian pengeringan 25 4.3 Bahagian corong pemanasan 27 4.4 Litar skematik 28 4.5 Latering 29 4.6 PCB Board 29 4.7 Micro Controller 30 4.8 Perisian Atmel 30 4.9 Roda dan penarik 31 5.1 Jantina subjek 33 5.2 Umur subjek 34 5.3 Jenis-jenis sukan 35 5.4 Kesesuaian rekabentuk instrumen 37 5.5 Jangkamasa pengeringan 38 5.6 Aspek keselamatan 39 5.7 Mudah alih 40 5.8 Peningkatan instrumen 41 5.9 Penggunaan instrumen dalam proses pengeringan kasut 42

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang soal selidik (Bahagian A) 49 B Borang soal selidik (Bahagian B) 51 C Surat Perlantikan Subjek 53 D Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 54 E Kos Perbelanjaan Instrumen 55

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia sebuah negara yang sedang membangun dengan teknologi-teknologi ciptaan baru. Oleh itu penghasilan teknologi baru tempatan sangat penting kerana Negara tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi daripada negara luar. Wawasan 2020 adalah untuk mencapai era pembangunan negara dan masyarakat yang memerlukan keseimbangan pembangunan rohani dan jasmani. Antara lain dalam wawasan 2020 negara ingin mewujudkan masyarakat saintifik dan maju pernyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi. Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini dan masa hadapan. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea yang tercetus dengan tersendiri atau diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan. Daripada rekaan-rekaan yang terdapat di pasaran sekarang membuatkan teknologi moden semakin hari semakin dirasai oleh semua manusia. Adanya teknologi moden ini, dapat membantu meringankan

2 pekerjaan seharian seperti membasuh baju, mengeringkan baju, memotong rumput, dan bermacam-macam lagi. Pengeringan ialah satu aktiviti yang kerap dilakukan untuk mengeringkan sesuatu peralatan, pakaian dan lain-lain perkakasan yang berada dalam keadaan basah atau lembab. Antara peralatan yang yang kerap dikeringkan ialah baju, rambut, kasut dan lainlain lagi. Pelbagai cara digunakan untuk mengeringkan, contohnya pengeringan menggunakan cahaya matahari yang mana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi. Kaedah ini memerlukan masa yang lama untuk memastikan pengeringan berlaku dengan sempurna. Jikalau cuaca hujan atau mendung maka ia tidak dapat kering sepenuhnya. Selain itu, kaedah pengeringan menggunakan haba panas di bawah peti sejuk atau pun menggunakan pengering rambut (hair dryer) juga dijadikan cara pengeringan. Menggunakan haba panas bawah peti sejuk juga memerlukan jangka masa yang lama dan kebiasaanya kasut tidak kering sepenuhnya. Manakala penggunaan hair dryer untuk mengeringkan peralatan selain daripada rambut boleh menyebabkan litar pintas di tempat tersebut. Ini adalah disebabkan kandungan lembapan selalunya berbeza. Selain kaedah itu, terdapat juga pengguna menggunakan kipas angin untuk mengeringkan peralatan mereka. Kaedah ini juga memerlukan jangka masa yang lama dan kebiasaannya pengeringan tidak sempurna. Pengeringan merupakan satu aktiviti yang penting bagi mereka yang sibuk dengan kerja harian dan tidak mempunyai masa untuk menunggu sesuatu peralatan dan keperluan untuk kering dengan sepenuhnya. Terdapat pelbagai jenis pengering yang kini dijual dalam pasaran, dan yang paling popular hanyalah pengering rambut. Mereka yang mementingkan gaya amat memerlukan pengering rambut untuk bergaya. Malaysia mempunyai iklim hujan dan panas sepanjang tahun. Kini ianya lebih sukar untuk diramalkan samada hari tersebut hujan atau panas walaupun pusat kaji cuaca telah membuat ramalan. Pada masa kini ramai pelajar sekolah atau atlit menghadapi masalah apabila ingin mengeringkan kasut mereka. Ini adalah kerana bilangan kasut

3 mereka kebiasaanya maksimum dua pasang. Walaupun mereka mempunyai 2 pasang kasut, apabila sepasang kasut basah maka terdapat sepasang lagi kasut untuk digunakan tetapi hujan yang berterusan menyukarkan kasut yang pertama untuk kering dan keputusannya kedua-dua pasang kasut basah. Selain itu, aktiviti harian contohnya ketika bersukan, peluh yang terhasil menyebabkan kasut menjadi lembab. Keadaan ini membawa kepada ketidakselesaan pemakaian kasut dan berbau. Sendainya terdapat sebuah alat yang boleh membantu mengeringkan kasut maka ianya pasti memberikan banyak faedah kepada pengguna. Selain itu seseorang yang kerap menggunakan kasut tidak perlu risau apabila kasut mereka basah dan tidak kering kerana mereka dapat mengeringkan kasut tersebut menggunakan alat ini. 1.2 Latar Belakang Kajian Pada masa kini banyak orang yang terlibat dengan kegiatan aktiviti outdoor atau pun indoor. Iklim yang yang tidak menentu di Malaysia terutamanya hujan menyebabkan kasut basah. Perpeluhan merupakan satu proses yang biasa terhasil apabila seseorang itu terlibat dalam aktiviti fizikal. Peluh akan terus turun ke bawah dan membasahi kasut yang digunakan ketika itu. Keadaan ini menyebabkan kasut menjadi lembab dan tidak selesa digunakan. Apabila kasut tersebut ingin digunakan lagi keesokan hari bagi tujuan melakukan aktiviti penting seperti menghadapi perlawanan, ianya sukar dikeringkan dalam masa yang singkat. Di Malaysia masih belum terdapat alat pengering kasut yang spesifik dan boleh mengeringkan dalam masa yang singkat. Maka dengan ini sebuah alat pengering kasut perlu direkacipta bagi membantu pengguna mengeringkan kasut dengan mudah digunakan serta menjimatkan masa.

4 1.3 Penyataan Masalah Kaedah pengeringan kasut di bawah cahaya matahari, dry cleaner, hair dryer dan meletakkan kasut di bawah peti sejuk merupakan kaedah yang menyukarkan pengguna mendapat hasil pengeringan yang memuaskan. Kaedah pengeringan cahaya matahari, pengguna perlu meletakkan kasut ditempat yang ada cahaya sahaja. Pengguna perlu menunggu kerana khuatir jika hujan. Ini menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama untuk proses pengeringan. Kaedah pengeringan kasut menggunakan dry cleaner yang boleh didapati di kebanyakkan pusat dobi juga merupakan salah satu cara kaedah pengeringan. Pengeringan sebegini tidak dapat mengeringkan kasut sepenuhnya malah boleh menyebabkan kasut serta mesin dry cleaner rosak kerana dry cleaner dicipta untuk pakaian. Kaedah pengeringan kasut menggunakan hair dryer memerlukan masa yang lama kerana pengguna perlu menghalakan haba dari hair dryer ke semua sudut kasut. Lintas pintas sentiasa berlaku kerana hair dryer tidak dapat menerima kesan lembapan yang tinggi sekaligus keadaan ini akan menyebabkan kerosakkan pada hair dryer kerana alat ini dicipta khas untuk mengeringkan rambut. Pengeringan menggunakan haba panas dibawah peti sejuk pula memerlukan masa yang lama. Kaedah ini tidak dapat mengeringkan kasut sepenuhnya. Kaedah ini semakin kurang digunakan kerana kebanyakkan bahagian bawah peti sejuk tiada ruang untuk meletakkan kasut. Semua kaedah di atas memerlukan masa yang lama dan sukar digunakan. Keadaan ini membawa ketidakselesaan di mana sekaligus mempengaruhi kesihatan pengguna terutamanya apabila terkena cagu, blister (melecet) atau jangkitan tinea pedis akibat daripada kelembapan kasut yang digunakan. Selain itu, kasut yang tidak dapat kering akan menyebabkan berlaku kereputan serta perubahan saiz pada kasut tersebut.

5 1.4 Objektif Rekacipta Objektif rekacipta ini ialah bertujuan untuk: 1.4.1 Merekacipta sebuah alat berteknologi elektronik untuk mengeringkan kasut dalam masa yang singkat, mudah digunakan serta boleh dibawa ke mana-mana. 1.4.2 Mengenalpasti kesesuaian alat terhadap pengguna terutamanya dari aspek keselamatan.