BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA SEBAGAI MEDAN ALTERNATIF PENYEBARAN MAKLUMAT NUKLEAR MALAYSIA BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION Mohd Hasnor Bin Hasan, Norzehan Binti Ngadiron, Mohd Hafizal Bin Yusof, Habibah Binti Adnan, Rosmawati Binti Hasan, Iberahim Bin Ali 2 Unit Perkhidmatan Maklumat, 2 Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Agensi Nuklear Malaysia Bangi, 43000 KAJANG, MALAYSIA Abstract This paper discusses the technical aspects of development 'Nuklear Technology Blog in Malaysia', developed by the Division of Information Management (BPM) and can be access through the official website Malaysian Nuklear Agency (Nuklear Malaysia). This blog features general information in the form of electronic or e-books such as pamphlets, Warta Nuklear Malaysia, Nada Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia in the News and annual report issued by Malaysian Nuklear Agency circulated in hard copy to the public. In addition, this blog also embedded with the video such as plant and facilities at this agency. This blog is expected to help the public to retrieve information about nuklear technology and its application in various fields more quickly, accurately and easily. Abstrak Kertas kerja ini membincangkan aspek pembangunan teknikal Blog Teknologi Nuklear di Malaysia yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan boleh di capai melalui web rasmi Agensi Nuklear Malaysia. Blog ini memaparkan maklumat-maklumat umum berbentuk eletronik atau e-book seperti risalah-risalah, Warta Nuklear Malaysia, Nada Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia in the News, laporan tahunan terbitan Agensi Nuklear Malaysia yang lazim diedarkan secara bercetak kepada orang awam. Di samping itu, blog ini turut memuatkan paparan video seperti loji dan kemudahan di agensi ini. Adalah diharap dengan kewujudan blog ini dapat membantu orang awam mencapai maklumat mengenai teknologi nuklear dan aplikasinya di dalam pelbagai bidang dengan lebih cepat, tepat dan mudah. Katakunci/keyword : blog, teknologi nuklear, ebook, orang awam
Pengenalan Mutakhir ini, orang awam khususnya di Malaysia mula menunjukkan minat terhadap perkembangan teknologi nuklear. Di antara faktor yang mendorong minat ke arah itu termasuklah perkembangan teknologi nuklear di seluruh dunia di samping negara ini turut mempunyai agensi yang mengaplikasikan dan menjalankan penyelidikan di dalam bidang teknologi nuklear iaitu Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Manakala Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bertanggungjawab di dalam penguatkuasaan Akta 304 iaitu pemantauan dan kawalan aktiviti-aktiviti berkaitan teknologi nuklear di Malaysia. Di Agensi Nuklear Malaysia, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) menggalas tanggungjawab dalam aktiviti menyebarluaskan maklumat yang betul dan tepat mengenai teknologi nuklear yang digunakan secara aman di Malaysia. Di antara usaha yang dijalankan adalah melalui siri ceramah kesedaran awam mengenai teknologi nuklear yang dijalankan di seluruh Malaysia dan sirkulasi bahan-bahan bercetak termasuklah risalah-risalah umum tentang teknologi nuklear, Warta Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia in the News, laporan tahunan dan sebagainya. Dengan perkembangan teknologi maklumat, internet dan komunikasi, orang awam sudah mula celik IT. Oleh yang demikian, di antara objektif blog ini diwujudkan supaya orang awam boleh mendapat maklumat dan informasi berkaitan teknologi nuklear dengan lebih cepat, efisien dan sumber yang boleh dipercayai. Blog Teknologi Nuklear di Malaysia Usaha untuk membangunkan blog ini timbul apabila interaksi dengan orang awam mengenai kesukaran untuk mendapatkan maklumat berkaitan teknologi nuklear yang betul dan tepat di sepanjang siri ceramah yang telah diadakan. Mengambil kira pandangan dan pendapat orang awam adalah menjadi keperluan apabila ada suatu sumber yang boleh dipercayai untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku sesuatu yang berkaitan dengan teknologi nuklear termasuklah kejadian yang menimpa Fukushima, Jepun pada tahun 2011 yang lepas. Manakala sirkulasi bahan-bahan bercetak adalah terhad dan masih tidak menyeluruh ke akar umbi. Tambahan pula, ia bergantung kepada peruntukan yang disalurkan untuk tujuan penerbitan bahan-bahan bercetak tersebut. Oleh yang demikian, Blog Teknologi Nuklear di Malaysia telah mula diwujudkan pada 8 Mac 2012 dengan artikel pertama yang dimasukkan ialah Warta Nuklear Malaysia: Tenaga Nuklear dalam bentuk flipbook. Kini hampir ke semua penerbitan bahan-bahan bercetak sebelum ini telah didigitalkan dan dimuatnaikkan ke dalam blog ini bagi memudahkan capaian kepada orang awam. Menurut Wikipedia flipbook didefinisikan; a flip book or flick book is a book with a series of pictures that vary gradually from one page to the next, so that when the pages are turned rapidly, the pictures appear to animate by simulating motion or some other change. Flip books are often illustrated books for children, but may also be geared towards adults and employ a series of photographs rather than drawings.
Paparan Blog Teknologi Nuklear di Malaysia Blog Teknologi Nuklear di Malaysia boleh dicapai melalui laman web rasmi Agensi Nuklear Malaysia di bawah tab Publication >> General Publications. Seterusnya orang awam akan mendapat paparan blog yang penuh informasi berkaitan teknologi nuklear.
Di samping itu, orang awam turut boleh menonton video berkaitan dengan kemudahankemudahan utama yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia di ruangan Video Corner. Analisis Blog Teknologi Nuklear di Malaysia Capaian ke atas blog berinformasi ini semakin hari menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan lebih 3000 kali capaian telah direkodkan semenjak ia diwujudkan. Kebanyakan capaian datang melalui carian oleh guru-guru sekolah di seluruh Malaysia terutamanya guru-guru yang mengajar subjek Sains. Menurut seorang responden melalui telefon iaitu seorang guru dari Melaka menyatakan blog ini sangat membantu dengan maklumat yang lengkap bagi menerangkan perkembangan teknologi nuklear kepada para pelajar. Adalah diakui, maklumat teknologi nuklear yang terkandung di dalam buku teks sekolah adalah terhad. Adalah menjadi harapan beliau usaha murni seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Paparan dashboard/ backend Blog Teknologi Nuklear di Malaysia di mana penerbitan bahan-bahan bercetak yang telah didigitalkan dimuatnaikkan melalui dashboard ini.
Kesimpulan Adalah diharapkan kewujudan blog ini dapat membantu dalam merancakkan lagi perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan perkembangan teknologi nuklear terutamanya di Malaysia dan dunia amnya agar orang awam di Malaysia sentiasa sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Promosi yang berterusan terhadap kewujudan blog ini perlu di sokong oleh semua warga Nuklear Malaysia agar blog berinformasi ini dapat memberikan manfaat yang optimum bukan sahaja kepada warga kerja malahan orang awam di luar sana yang masih dahagakan ilmu dan maklumat teknologi nuklear yang tepat, cepat dan boleh dipercayai. Ini secara tidak langsung dapat memberikan impak sokongan orang awam terhadap pembangunan dan aplikasi teknologi nuklear di Malaysia pada masa akan datang. Maklumat nuklear kini di hujung jari! Penghargaan Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Pengarah Kanan (Program Pengurusan), Dr. Dahlan Hj. Mohd, Bahagian Sokongan Teknikal (Pusat IT) serta Pengarah BPM, Tn. Hj. Iberahim Ali, Unit Penerbitan dan Unit Perkhidmatan Maklumat, BPM kerana telah memberi sokongan, pendapat serta cadangan yang berterusan bagi mempertingkatkan dan menambahbaik Blog Teknologi Nuklear di Malaysia dari masa ke semasa. Rujukan: 1. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Pengurusan Laman Web /Portal Sektor Awam 2. Garis Panduan Pelaksanaan Blog bagi Agensi Sektor Awam Tahun 2012 3. Choo, Chun Wei Information management for the intelligent organization: the art of scanning the environment, 3rd ed., Information Today Inc., 143 Old Marlton Pike, Medford NJ, 2002, 325 pp. 4. Flipbook definition,http://en.wikipedia.org/wiki/flip_book, accessed on 28 September 2013 5. Blogger Tutorial, http://danielcraig.wikispaces.com/file/view/blogger+tutorial.pdf, accessed on 1 March 2012