SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

Similar documents
Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Signature Supervisor Name Date

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Final Year Project Report

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

PhD thesis before UPM senate

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROJEK PERUMAHAN KAWASAN PULAU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FIBER VIBRATION SENSOR MULTIPLEXING DEPLOYING KS CODE IN SAC-OCDMA WITH DIRECT DECODING TECHNIQUE TAIWO AMBALI ABIOLA

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

WONG SIONG JI UNG IN BOX TYPE SOLAR COOKER STUDY OF HUMIDITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MICROPROPAGATION OF ENDANGERED SLIPPER ORCHID, PAPHIOPEDILUM ROTHSCHILDIANUM (RCHB. F.) STEIN

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VARIATIONAL METHOD IN THE DESIGN OF AN OPTIMUM SOLAR WATER HEATER STORAGE TANK SUHAIMI BIN MISHA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Teknologi FALLING HEAD TEST FOR GEOTEXTILE DRAINAGE CAPACITY. Full Paper. Noor Hidayu Amran, A. Naser Abdul Ghani *

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

DETERMINATION OF WARNING DETECTION PARAMETERS BASED ON DATA PORTAL DETECTION OF RADIATION IN PORT KLANG, MALAYSIA

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

DESIGN AND DEVELOPMENT OF FOOD WASTE COMPACTOR ROZAIDI BIN ROZMAN

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

xviii CONTENTS CHAPTERS ITEMS PAGES TITLE PAGE SUPERVISOR S CERTIFICATION DECLARATION DEDICATION ACKNOWLEDGEMENT ABSTRAK LIST OF TABLES

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

TAIIAP PENGGUNAAN ICT DAN TEKNOLOGI DALAM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

Transcription:

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM) D.PRABU A/L DADAYAN SABRINA TIUN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini merupakan satu sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk memudahkan pelanggan mencari, membandingkan dan membuat penyewaan keatas pakej penyewaan fasilti majlis secara atas talian bagi mempermudahkan pentadbir sistem untuk menguruskan tempahan yang telah dilaksanakan oleh pelanggan. Selain itu, Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini juga memudahkan pentadbir sistem untuk menguruskan organisasi mereka dengan hanya memasukkan pakej-pakej penyewaan fasiliti majlis ke dalam sistem ini dan mengagihkan tugas pengurusan tempahan pakej penyewaan fasiliti majlis pelanggan kepada pengurus majlis yang telah berdaftar dibawah organisasinya. Sekiranya, dibandingkan dengan teknik penyewaan yang digunakan oleh pentadbir organisasi penyewaan fasiliti majlis menyukarkan pelanggan untuk mencari organisasi penyewaan serta mempunyai kekangan dalam membandingkan perkhimatan yang diberi. Dari segi organisasi yang kecil pula, mereka hanya mendapatkan tempahan penyewaan fasiliti majlis daripada pelanggan yang kenal. Dengan wujudnya Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini, masalah pelanggan dalam pencarian dan perbandingan pakej penyewaan berserta masalah pentadbir organisasi dalam pengurusan dan pengiklanan dapat diselesaikan. Akhir sekali, sistem ini dapat dibangunkan dengan baik berpandukan dengan objektif yang telah dinyatakan di dalam tesis ini. 1.0 PENGENALAN Seiring dengan dunia era globalisasi yang berkembang pesat dalam bidang informasi dan teknologi maklumat pada hari ini, ramai dari masyarakat yang berumur dari 15 hingga 60 tahun menggunakan platform membeli-belah dalam talian (Dato' Noh bin Omar, 2012). Kini hampir semua organisasi menggunakan platform sistem maklumat untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pengguna untuk mengakses maklumat dengan lebih meluas serta menangani perubahan perniagaan dengan cepat bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan yang disampaikan. Walaubagaimanapun, di dunia era globalisasi ini terdapat bidang perniagaan atau perkhidmatan yang masih sukar diketahui oleh masyarakat tetapi ia mempunyai permintaan yang

tinggi daripada segelintir masyarakat. Penyewaan fasiliti majlis merupakan sejenis perkhimatan penyewaan barang-barang fasiliti yang amat dikehendaki tetapi sukar diketahui oleh masyarakat mengenai siapakah pembekal serta perkhimatan yang ditawarkan. Namun begitu, mempunyai beberapa organisasi penyewaan fasiliti majlis yang besar sering ditumpukan oleh masyarakat hingga menyebabkan industri atau organisasi kecil yang menawarkan perkhidmatan sama dengan harga berpatutan tidak diketahui sehingga menjadi muflis atau ditutup. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia didapati bahawa dari tahun 2008 hingga 2013 mempunyai sebanyak 1300 industri atau organisasi penyewaan fasiliti majlis telah ditutup dengan isu kekurangan permintaan kepada perkhidmatan yang Ditawarkan (KPDNKK, 2013). Oleh disebabkan isu tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia telah membuat penyelidikan dan mendapati bahawa ramai pelanggan yang ingin menyewa fasiliti majlis tidak mengetahui dimana organisasi penyewaan fasiliti majlis yang lebih dekat dan murah. Selain daripada itu, proses penyewaan fasiliti majlis hanya dilakukan secara manual bermaksud pelanggan perlu membuat penempahan penyewaan fasiliti majlis di organisasi tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelanggan ingin mendapatkan maklumat senarai perkhidmatan organisasi perlu terus berhubung dengan organisasi tersebut. Bagi organisasi, proses penyimpanan dan pengrekodan data pelanggan serta pengagihan tugas penyewaan fasiliti majlis merupakan satu masalah kerana dengan rekod yang hanya ditulis dalam buku sukar untuk ditafsirkan serta untuk diketahui pihak pengurus majlis yang tersedia bagi menguruskan fasiliti majlis yang disewa oleh pelanggan. Tambahan pula, melalui penyelidikan dan pemerhatian yang telah dijalankan dari beberapa organisasi, didapati harga tawaran penyewaan fasiliti majlis bagi penyewaan fasiliti majlis adalah amat berbeza bagi setiap organisasi dan ini menyebabkan pelanggan sukar membuat perbandingan harga. Maka tidak hairanlah kebanyakan pelanggan terpaska membayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan penyewaan fasiliti majlis sedangkan organisasi penyewaan fasiliti majlis lain memberi tawaran dengan harga yang lebih murah. Oleh itu, pelanggan perlu mengguna sebuah kaedah baru sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini

bagi membantu membuat perbandingan harga penyewaan fasiliti majlis serta sebuah sistem yang menguruskan semua transaksi penyewaan fasiliti majlis sesebuah organisasi. 2.0 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap organisasi-organisasi penyewaan fasiliti majlis serta mentafsirkan rekod statistic oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia menunjukan bahawa kemerosotan perniagaan hingga menyebabkan sebanyak 1300 industri atau organisasi penyewaan fasiliti majlis terpaksa ditutup, disebabkan oleh beberapa masalah bukan sahaja berpunca dari dalam organisasi malahan juga luaran organisasi yang lebih menjurus kepada isu kekurangan permintaan kepada perkhimatan yang ditawarkan (KPDNKK, 2013). Tambahan lagi, isu kekurangan permintaan kepada perkhidmatan bukan hanya disebabkan oleh masalah organisasi itu sendiri tetapi kebanyakan dari rakyat Malaysia masih tidak mengetahui bahawa banyak organisasi di negara ini menawarkan perkhidmatan penyewaan fasiliti majlis mengikut kehendak penyewa. Selain daripada itu, antara masalah yang dihadapi oleh organisasi dan pelanggan dalam perkhidmatan penyewaan fasiliti majlis adalah organisasi penyewaan tidak mempunyai sebarang portal atau laman sesawang untuk memaparkan maklumat dan informasi perkhimatan yang diberi. Organisasi penyewaan masih menggunakan teknik tempahan penyewaan secara manual dari pelanggan serta menghadapi kesulitan untuk mengagihkan tugas penyewaan fasiliti majlis kepada pengurus majlis yang tersedia. Tambahan lagi, organisasi penyewaan masih menggunakan teknik penyiaran promosi dan pakej penyewaan dengan menggunakan katalog atau templat yang hanya boleh didapati dari organisasi tersebut. Kalau dibandingkan dari segi pelanggan, mereka tidak tidak dapat membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh setiap organisasi dan mengetahui siapakah yang akan menguruskan majlis mengikuti tempahan mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah untuk mengendali dan mengurus penyewaan fasiliti majlis dengan cara yang lebih cekap dan boleh dipercayai oleh pelanggan. Masalah semasa yang dihadapi oleh organisasi-organisasi penyewaan fasiliti majlis boleh diselesaikan dengan membina sebuah sistem pengurusan penyewaan fasiliti majlis yang boleh digunakan oleh organisasi penyewaan untuk mewar-warkan pakej-pakej yang hendak ditawakan serta portfolio organisasi tersebut kepada pelanggan bagi memudahkan pencarian maklumat yang diperlukan oleh pelanggan. Tambahan lagi, sistem tersebut perlu dibangunkan dengan sebuah fungsi pencarian bagi memudahkan pencarian penyewaan fasiliti majlis mengikuti kehendak pelanggan dengan mempunyai konsep perbandingan harga dalam satu pencarian. Sistem tersebut juga perlu mempunyai fungi pengurusan penyewaan fasiliti majlis untuk digunakan oleh organisasi penyewaan bagi mempermudahkan penagihan tugas kepada pengurus majlis dan mempermudahkan menjana rekod tempahan berserta dengan perbandingan urusniaga organisasi mengikut bulan dan tahun. 4.0 METODOLOGI Dalam pembangunan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti, metodologi yang dipilih ialah Kaedah Air terjun (Waterfall). Kaedah Air terjun (Waterfall) yang dipilih ini adalah kerana dalam pembangunan sistem penyewaan fasiliti majlis mempunyai kekangan pembangunan masa yang amat singkat dimana sistem ini perlu disiapkan dalam tempoh masa 28 minggu dan dibahagikan 14 minggu untuk menyiapkan dokumen spesifikasi sistem dan 14 minggu untuk pembangunan sistem penyewaan fasiliti majlis. Kaedah Air terjun (Waterfall) ini juga merupakan satu alternatif kepada pengurusan projek secara tradisional yang sering digunakan dalam kebanyakan pembangunan sistem. Disamping itu, kaedah Air terjun (Waterfall) juga dapat membantu jurutera perisian untuk

pembangunan perisian dengan efektif bagi menyelesaikan semua keperluan pembangunan tanpa terlepas pandang. Penggunaan kaedah Waterfall adalah sangat sesuai kerana proses membangunkan sistem akan mengikut turutan dimana kemajuan pembangunan sistem boleh dilihat sebagai pengaliran fasa iaitu melalui fasa perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk sistem, fasa prototaip, fasa pengekodan, fasa pengujian sistem dan yang akhir sekali adalah fasa sokongan. Rajah 1.0 : Kitaran Metodologi Waterfall 4.0.1 Fasa Perancangan Fasa permulaan untuk Model Air terjun adalah amat penting bagi mengumpul maklumat dan mengenalpasti masalah yang wujud kepada pengguna. Fasa ini juga memerlukan skop projek, objektif dan kaedah untuk membangunkan sistem dikenalpasti sebelum meneruskan kepada fasa analisis. Oleh itu, diperlukan untuk mendapatkan maklumatmaklumat penting daripada pengguna sistem iaitu Pihak Pentadbiran Organisasi Penyewaan Fasiliti Majlis, Pengurus Majlis Organisasi Penyewaan Fasiliti Majlis serta pelanggan.

4.0.2 Fasa Analisis Fasa analisis ini berperanan untuk memahami keperluan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti dan mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada pada sistem. Tujuannya, adalah untuk membangunkan sebuah Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti yang dapat memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah pengguna. Dengan itu, mempunyai beberapa kaedah yang sesuai yang boleh diaplikasikan iaitu dengan pembacaan jurnal, pencarian sistem sedia ada melalui internet serta berdepan dengan situasi penyewaan yang sebenar di organisasi penyewaan. Oleh itu, maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis untuk menentukan keperluan pengguna dalam pembanggunan sistem. 4.0.3 Fasa Rekabentuk Dalam fasa ini, ia terbahagi kepada dua jenis rekabentuk iaitu rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal. Rekabentuk logical gabungan dari beberapa rajah iaitu Carta Aliran Data (DFD), Rajah Hubungan Entiti (ERD), rajah aktiviti dan rajah urutan sistem yang perlu dihasilkan bagi tujuan kefahaman aliran fungsi Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti. Malah, Rekabentuk fizikal merupakan reka bentuk pangkalan data dan senibina antara muka sistem yang akan dihasilkan. 4.0.4 Fasa Pembangunan dan Implementasi Fasa ini terlibat dalam aktiviti pembangunan dan pengekodan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti berdasarkan keperluan pengguna dan rekabentuk yang telah ditentukan pada fasa rekabentuk. Kemudiannyan selepas selesai pembangunan sistem, proses pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem yang dibangunkan ini tidak mempunyai sebarang ralat dan berfungsi dengan baik sebelum digunakan oleh pengguna Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti. 4.0.5 Fasa Penyelenggaraan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam pembanggunan sistem yang akan digunakan oleh pengguna sepenuhnya. Tambahan pula, penyelenggaraan akan dilakukan apabila terdapat perubahan, penambah baikan atau permintaan untuk meningkatkan keupayaan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti.

5.0 HASIL KAJIAN Pada bahagian ini akan membincang lebih terperinci berkaitan hasil daripada proses pembangunan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti. Penerangan secara keseluruhan tentang rekabentuk dan pembangunan sistem yang telah dihasilkan dalam projek ini diperihalkan. Dengan itu, pada Rajah 2.0 akan menerangkan lapisan rekabentuk di dalam Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti. Pada muka rekabentuk pertama iaitu Antaramuka Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti adalah paparan umum bagi semua pengguna. Pada lapisan kedua, iaitu pencarian, perbandingan dan penyewaan pakej fasiliti majlis adalah fungsi penting yang diperlukan oleh pelanggan organisasi penyewaan. Selain itu, Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti mempunyai tiga bahagian pada lapisan ketiga iaitu bahagian pertama adalah untuk fungsi sistem kepada pentadbir sistem, bahagian kedua fungsi kepada pelanggan organisasi dan bahagian ketiga fungsi sistem kepada pengurus majlis organisasi. Dalam bahagian pentadbir sistem, fungsi yang terdapat dalam sistem adalah mendaftarkan pakej penyewaan fasiliti majlis yang baru, mendaftarkan pengurus majlis, menjana rekod tempahan pelanggan dan meluluskan tempahan pelanggan mengikut kekosongan masa organisasi. Manakala, pada bahagian pelanggan, fungsi yang terdapat dalam sistem adalah membuat pencarian pakej penyewaan, membuat perbandingan pakej penyewaan, membuat tempahan pakej penyewaan, mendapatkan kelulusan tempahan, menjana invois penyewaan dan memberi maklum balas kepada tempahan pakej penyewaan yang telah selesai diuruskan oleh pengurus majlis. Akhir sekali, pada bahagian pengurus majlis, fungsi yang terdapat dalam sistem adalah mendapatkan tugas pengurusan tempahan penyewaan fasiliti majlis yang telah diluluskan oleh pentadbir sistem.

Rajah 2.0 : Rajah Reka Bentuk Antara Muka Utama Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti Selain daripada itu, aliran data pada setiap fungsi akan diterangkan pada Rajah 2.1. Pengguna yang menggunakan Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini terdapat 3 orang sahaja iaitu pentadbir sistem, pelanggan dan pengurus majlis. Tugas utama pentadbir sistem adalah dengan memasukan pakej penyewaan fasiliti majlis baru, mendaftarkan pengurus majlis, menjana laporan tempahan pelanggan dan meluluskan tempahan yang telah dilakukan oleh pelanggan. untuk mengendalikan soalan, cadangan dan jana laporan analisis. Seterunya, pelanggan sistem memerlukan akaun untuk memasuki ke dalam Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti. Pendaftaran ini diperlukan agar sistem dapat menyimpan maklumat pelangan untuk membolehkan mereka untuk membuat penyewaan pakej fasiliti majlis, mendapatkan kelulusan tempahan dan memberi maklum balas terhadap tempahan yang telah diuruskan. Bagi pengguna ketiga sistem itu pengurus majlis hanya berkebolehan untuk mendapat tugas pengurusan tempahan pelanggan yang telah diluluskan oleh pentadbir sistem.

Rajah 2.1 : Rajah Aliran Data Paras 0 Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti Bermula daripada Rajah 2.2 sehingga Rajah 2.5 adalah antaramuka yang terdapat dalam Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti yang memfokuskan hanya pelanggan. Pada Rajah 2.6 sehingga Rajah 2.9 adalah antaramuka sistem yang akan digunakan oleh pentadbir sistem. Manakala pada Rajah 2.10 sehingga Rajah 2.11 adalah antaramuka sistem yang akan digunakan oleh pengurus majlis.

Rajah 2.2 : Antaramuka Utama Sistem Rajah 2.3 : Antaramuka Pencarian Pakej Penyewaan Rajah 2.4 : Antaramuka Senarai Tempahan Penyewaan Rajah 2.5 : Antaramuka Senarai Memberi Maklum Balas Tempahan Rajah 2.6 : Antaramuka Profil Pentadbir Sistem Rajah 2.7 : Antaramuka Senarai Pakej Penyewaan Fasiliti Majlis

Rajah 2.8 : Antaramuka Senarai Pengurus Majlis Rajah 2.9 : Antaramuka Menjana Laporan Penyewaan Rajah 2.10 : Antaramuka Profil Pengurus Majlis Rajah 2.11 : Antaramuka Senarai Tugas Mengurus Majlis 6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini telah berjaya dibangunkan dan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan pada mulanya. Tambahan lagi, Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini dapat mengurus semua proses tempahan serta penyewaan fasiliti majlis dengan mudah dan efektif kerana ia diurus menggunakan satu sistem yang sistematik. Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini juga menyelesaikan pelbagai masalah pelanggan seperti menjimatkan masa, kos, tenaga kerja, kepercayaan dan yang paling utama adalah membolehkan pelanggan membuat tempahan keatas pakej penyewaan yang ideal. Justeru

itu, Sistem Penyewaan Fasiliti Majlis Sehenti ini juga mewujudkan komunikasi tiga hala secara interaktif antara pelanggan, pentadbir sistem dan pengurus majlis terus di dalam sistem ini. RUJUKAN Judy L. Anderson, S. l., Rounds, T. & gorney, 1992. Event rental management to simplified and event needs of user. Event Management Simplified. Dato' Noh bin Omar, 2012. Statistik pembelian barang secara atas talian mengikut umur. Jurnal Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Edisi 2012. Robert E. Pfister, Patrick T. Tierney, 1992. Rental event equipment management. Recreation, Event, and Tourism Businesses of Start-up and Sustainable Operations. Dato 'Seri Hamzah bin Zainudin, 2013. Kekangan serta punca kemerosotan kepada organisasi di Malaysia. Majalah Laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Edisi 2014. Mark Christensen., Richard H. Thayer, 2002. System Development Software Requirement. The Project Manager's Guide to Software Engineering's Best Practices. Forrest Shull, Janice Singer, Dag I. K. Sjoberg, 2008. Technique to provide best questionnaire on Software Engineering. Guide to Advanced Empirical Software Engineering. Parag Himanshu Dave, Himanshu Bhalchandra Dave, 2008. To provide the best algorithms for system developed in object oriented consept. Design and Analysis of Algorithms. Judy L. Anderson, 2010. Processes are involved in event rental. Event Management Simplified. Prof. Jalaluddin Rakhmat, 2011. Perbandingan yang selalu digunakan dalam penyewaan fasiliti majlis. Komunika Majalah Ilmiah Komuikasi dalam Pembagunan Dan Pengunaan Sistem Komputer Edisi 2011.

Robert Meersman, Zahir Tari, Pilar Herrero, 2008. What actually required in rental system. On the move to meaningful Internet System: OTM 2008 Workshops. Brandon Turner, Heather Turner, 2015. Parental involvement in rental organization and their customer. The Book on Managing Rental Properties: A Proven System for Finding, Screening, and Managing Tenants with Fewer Headaches and Greater Profits. Hanif Al Fatta, STMIK Amikom, 2014. Langkah-langkah melaksanakan pengujian terhadap sistem berasaskan web. Analisis dan Perancangan dalam Pembangunan Sistem Informasi. Srinivasan Desikan, 2008. Phase and steps involve in Software Testing follow by IEEE standards. Software Testing Principles and Practices in Web-Based Platform. Firkhan A., 2010. Sistem maklumat pengujian keselamatan teknologi maklumat berasaskan princip MSTB Malaysia. Analisis dan Perancangan Sistem Informasi Menggunakan Model Terstruktur dan UML. Rajib Mall, 2009. Software and system testing life cycle models. Software Testing Principles, Practices, and Patterns.