PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

Similar documents
PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

Development of Anti-Theft Door System for Lecturer s Room

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

STORAGE WATER TANKS CLEANING ROBOT AFIZRUL IMAN BIN MOHAMED

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

Design and Fabrication of Solar Assisted Drying Machine

FENCE INTRUDER DETECTION SYSTEM (FIDS) CHUINK BENG CHEONG

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

Design and Development of Prototyping High Pressure and High Temperature Steam Cleaning Jet

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

PhD thesis before UPM senate

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SISTEM KA WALAN BANJIR DENGAN MENGGUNAKAN MIKROPENGA WAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDY OF INTERNAL HEAT EXCHANGER EFFECTS ON CAR AIR CONDITIONING SYSTEM CHAN HONG KET

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

Transcription:

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION) BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION) SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: P.O. BOX 105 KAMPUNG SEGONG SINGAI, BAU, 94000 BAU, SARAWAK. Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA DR. ZALEHA BT. ISMAIL Nama Penyelia Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION) BERNADETTE DORIS ANAK RIDIS RINYOD Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

ii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis :. Tarikh :.

iii Teristimewa buat ibu bapaku yang tercinta serta adik beradikku yang tersayang. Kalian adalah tempatku bernaung dan mendapat kasih sayang dan sokongan. Tanpa kalian, tidak mampu diriku menempuhi cabaran hidup ini.

iv PENGHARGAAN Salam perpaduan Syukur kepada Tuhan di atas limpah berkat dan pertolongan-nya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan teristimewa buat Prof Madya Dr Zaleha binti Ismail selaku penyelia bagi projek saya ini di atas tunjuk ajar serta bimbingan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh beliau kepada saya dalam menyempurnakan projek ini. Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia membantu dan berkongsi pengetahuan dalam menjayakan projek ini, Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik Shaharuddin b Md Salleh di atas sumbangan perisian Macromedia Flash bagi membina animasi dalam projek ini. Begitu juga kepada senior, Rohaliza binti ab Roshed, yang telah mengajar saya cara untuk menggunakan kemudahan dalam MOODLE, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan. Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini, sumbangan anda semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan kasih.

v ABSTRAK Teknologi e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di semua peringkat iaitu dari peringkat sekolah rendah hinggalah kepada peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). E-pembelajaran dijadikan sebagai satu alternatif pembelajaran namun keberkesanannya bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan didalamnya. Oleh itu, satu projek yang mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e- pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar serta bersifat mesra pengguna. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus telah dipilih kerana pendekatannya menyokong konstruktivisme sosial. Model ADDIE digunakan sebagai asas dalam merancang dan membangunkan projek ini. Bahan e- pembelajaran dibangunkan bagi topik Growth and Reproduction dalam Biologi Tingkatan 5. Bahan-bahannya merangkumi Student s Lesson, Teacher s Note, Student s Practice, Quizzes, Forum, Chat, Assignment, dan Glossary serta dilengkapi dengan elemen grafik dan animasi. Antara keistimewaan utama projek ini ialah ia menyediakan maklum balas informatif dan penilaian fleksibel bagi latihan dan kuiz yang disediakan. Diharapkan semoga projek yang dibangunkan ini dapat digunakan sebaiknya oleh murid, guru, ibu bapa, dan juga masyarakat serta memberikan manfaat kepada semua.

vi ABSTRACT E-learning technology has successfully influence the education system at all levels, that is from primary school level to university level. E-learning is an alternative to the popular face to face learning. However, the effectiveness of its usage depends on pedagogical elements that are being infused in it. Hence, a project that applies e-learning technology, known as Online Self Study Support System was developed to generate an effective, interactive, interesting, and user-friendly e-learning. In the development of this project, a course management system was chosen as the platform for the project as it arises from social constructivism. ADDIE model was used as the foundation in planning and developing this project. The e-learning materials were developed for a topic in Biology Form 5, which is Growth and Reproduction topic. The materials include Student s Lesson, Teacher s Note, Student s Practice, Quizzes, Forum, Chat, Assignment, Glossary and also some graphic and animation elements. Among the main specialties of this project is that it provide informative and instant feedback as well as flexible assessment for the exercises and quizzes given. It is hope that this project can be used to the fullest by the students, teachers, parents, and also society and bring benefit to all.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiii xv xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Projek 7 1.5 Kepentingan Projek 8

viii 1.5.1 Murid 8 1.5.2 Guru 9 1.5.3 Sekolah 9 1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 10 1.6 Skop dan Batasan Projek 10 1.7 Kerangka Teori Projek 11 1.8 Definisi Istilah 13 1.8.1 Sistem Sokongan 14 1.8.2 Pembelajaran 14 1.8.3 Kendiri 15 1.9 Penutup 15 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 16 2.2 E-Pembelajaran 17 2.3 Ciri-Ciri dan Kebaikan E-Pembelajaran melalui 17 Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian 2.4 Perbezaan antara E-Pembelajaran dengan Pembelajaran 19 Secara Tradisional 2.5 E-Pembelajaran di Luar Negara 20 2.6 E-Pembelajaran di Malaysia 22 2.6.1 Di Peringkat Sekolah 23 2.6.2 Di Peringkat Universiti, Institut, dan Maktab 25 2.7 Perisian Sumber Terbuka-MOODLE 28 2.7.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29 2.7.2 Pengurusan Laman Web 31 2.8 Masalah Pembelajaran bagi Topik Growth and 31 Reproduction 2.9 Penutup 32

ix 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 3.1 Pengenalan 34 3.2 Model ADDIE 34 3.2.1 Fasa Analisis (ANALYSIS) 35 3.2.2 Fasa Rekabentuk (DESIGN) 38 3.2.3 Fasa Pembangunan (DEVELOPMENT) 42 3.2.4 Fasa Perlaksanaan (IMPLEMENTATION) 52 3.2.5 Fasa Penilaian (EVALUATION) 52 3.2.5.1 Penilaian Formatif 53 3.2.5.2 Penilaian Sumatif 53 3.3 Penutup 54 4 BAHAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TOPIK GROWTH AND REPRODUCTION 4.1 Pengenalan 55 4.2 Cara mendaftar masuk (Login) ke dalam Sistem 56 Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.3 Skrin Menu 59 4.4 Penghasilan Bahan-bahan Sistem Sokongan Pembelajaran 60 Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.4.1 Bahan pembelajaran Teacher s Note dalam 61 Resource 4.4.2 Bahan pembelajaran Student s Lesson dalam 63 Lesson 4.4.3 Bahan pembelajaran Student s Practice dalam Quizzes 67

x 4.4.4 Bahan pembelajaran Quizzes menggunakan 69 perisian Hot Potatoes 4.4.5 Bahan pembelajaran animasi menggunakan 70 perisian Macromedia Flash 4.5 Pengaplikasian Forum dalam Sistem Sokongan 71 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.6 Pengaplikasian Chat dalam Sistem Sokongan 72 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.7 Pengaplikasian Assignment dalam Sistem Sokongan 74 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.8 Pengaplikasian Glossary dalam Sistem Sokongan 75 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.9 Penutup 76 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 77 5.2 Perbincangan Projek 77 5.2.1 Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 78 5.2.1.1 Keistimewaan Sistem Sokongan 79 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 5.2.1.2 Kebaikan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian kepada 80

xi murid 5.2.1.3 Kelemahan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian 82 5.3 Rumusan 82 5.4 Masalah-Masalah yang Dihadapi semasa Pembangunan Projek 83 5.4.1 Kepakaran yang terhad 83 5.4.2 Capaian Internet yang lembab 84 5.4.3 Proses penghasilan bahan pembelajaran 84 5.5 Cadangan Pembaikan Projek 85 5.6 Penutup 85 RUJUKAN 87 Lampiran A - E 89-117

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Perbezaan antara e-pembelajaran dengan 19 pembelajaran secara tradisional 3.1 Contoh jawapan yang diberi oleh murid 37 tingkatan 5 mengenai pemahaman tentang hormon dalam pembiakan 3.2 Taksonomi Bloom 38 3.3 Contoh item soalan yang melibatkan miskonsepsi di kalangan murid 41

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 12 3.1 Model ADDIE 35 3.2 Contoh nota guru (Teacher s Note) 43 menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 3.3 Contoh nota guru (Teacher s Note) 44 menggunakan perisian OpenOffice.org.2.3 (Impress) 3.4 Perisian Winzip 45 3.5 Perisian Hot Potatoes 46 3.6 Perisian Macromedia Flash MX 2004 47 3.7 Carta alir pembangunan Teacher s Note 48 dalam bentuk html 3.8 Carta alir pembangunan Teacher s Note 49 dalam bentuk PowerPoint 3.9 Carta alir pembangunan Student s Lesson 50 3.10 Carta alir pembangunan Student s Practice 51 3.11 Carta alir pembangunan Interactive Quiz 51 4.1 Skrin paparan utama 56 4.2 Skrin Login 57

xiv 4.3 Skrin create new account 58 4.4 Skrin antaramuka Sistem Sokongan 59 Pembelajaran Kendiri atas Talian bagi topik Growth and Reproduction 4.5 Skrin menu bagi topik Growth and 60 Reproduction 4.6 Skrin Teacher s Note dalam format html 62 4.7 Skrin Teacher s Note dalam format 63 PowerPoint 4.8 Skrin Student s Lesson (Learning 64 Objectives Subtopic 4.1) 4.9 Skrin Student s Lesson (Pengenalan) 65 4.10 Skrin Student s Lesson (isi kandungan 65 pembelajaran) 4.11 Skrin Student s Lesson (Soalan) 66 4.12 Skrin Student s Practice bagi jawapan yang 67 betul 4.13 Skrin Student s Practice bagi jawapan yang 68 salah 4.14 Skrin paparan rekod gred murid 69 4.15 Skrin Hot Potatoes JQuiz bagi subtopic 4.2 70 4.16 Skrin animasi bagi proses pembentukkan 71 kembar Siam 4.17 Skrin Forum 72 4.18 Skrin Chat on Topic 4 73 4.19 Skrin Chat on Assignment 73 4.20 Skrin Assignment 74 4.21 Skrin Glossary 75

xv SENARAI SINGKATAN CMS - Course Management System GIF - Graphic Interchange Format HTML - Hypertext Markup Language ICT - Information and Communication Technology KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia LMS - Learning Management System MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment PDA - Personal Digital Assistant PHP - Hypertext Preprocessor

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Jadual analisa soalan latihan (Student s 84 Practice) B Contoh borang soal selidik 109 C Jadual analisa penilaian Sistem Sokongan 111 Pembelajaran Kendiri atas Talian D Jadual analisa perbandingan Sistem 112 Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian (OSSS) dengan sistem pembelajaran e- learning yang lain E Surat memohon kebenaran mendapatkan maklumat 117

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menyedari betapa pentingnya sains dalam kehidupan dan kemajuan negara, matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk memastikan murid mampu menguasai konsep serta kemahiran tentang sains dan seterusnya melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Selain itu, KBSM ingin melahirkan murid yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang jadi segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) serta melahirkan insan yang sempurna dan berguna kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, guru yang merupakan pendidik anak bangsa memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai dengan jayanya. Guru harus bijak memilih serta menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan, sikap, serta minat murid agar suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjalan dengan berkesan. Dengan berkembangnya sains dan teknologi, setiap guru harus memiliki kemahiran untuk mengaplikasikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik, interaktif, dan dinamik.

2 Dalam mencapai wawasan 2020 iaitu untuk menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian yang berkembang maju serta membasmi kemiskinan dan melahirkan rakyat Malaysia yang celik IT, pengaplikasian ilmu sains dan teknologi perlu diperkenalkan dan diterapkan kepada masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai strategi telah dilaksanakan oleh sistem pendidikan untuk menerapkan penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan. Antaranya ialah menyediakan kemudahan komputer serta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan CD-ROM kepada sekolah-sekolah. Manakala, bagi program pendidikan di peringkat tinggi sama ada institusi awam ataupun swasta, setiap pelajar dikehendaki mempelajari dan mengaplikasikan penggunaan sains dan teknologi walaupun ianya mungkin bukan merupakan bidang khusus mereka. Ia bertujuan untuk memastikan setiap pelajar menjadi insan yang celik IT serta mempunyai pelbagai kemahiran yang berguna demi masa depan sendiri dan juga negara. Pelajar yang mengambil pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi pula perlu juga mempelajari bidang lain seperti sastera dan kemanusiaan supaya menjadi insan yang seimbang dan bepengetahuan luas. Ia selari dengan pernyataan Wawasan 2020 menerusi cabaran ke-6 yang menegaskan perlunya latihan untuk menambahkan tenaga profesional di bidang sains dan teknologi dan perlunya ditentukan keseimbangan antara golongan yang terlatih di bidang ini dengan mengikuti pengkhususan di bidang sastera, kemanusiaan, dan sosial. Dalam abad ke-21 ini, ledakan maklumat yang bersifat saintifik dan teknologi membolehkan sesuatu maklumat diperoleh dan disampaikan dengan mudah tanpa memerlukan seseorang untuk bergerak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain serta tidak mengambil masa yang lama dan memenatkan. Pendidikan siber, pendidikan jarak jauh serta proses capaian maklumat di Internet membolehkan pelajar melakukan pembelajaran berasaskan talian secara meluas. Internet merupakan satu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan berjuta komputer secara talian terus. Melalui Internet, manusia boleh berkongsi maklumat dan juga ilmu pengetahuan tanpa perlunya bertemu muka. Internet adalah singkatan dari perkataan Inter-Network atau a network of networks. Ianya bersifat antarabangsa dan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna seperti mel elektronik dan laman web

3 (Aris, B., et.al, 2003). Dunia tanpa sempadan di mana manusia dari seluruh pelusuk dunia dapat berhubung dan berkongsi maklumat menunjukkan kecanggihan Internet dalam menghubungkan manusia dari serata dunia. World Wide Web (WWW) telah menjadikan Internet mesra pengguna dan menarik di mana terdapatnya integrasi antara pelbagai elemen media seperti grafik, animasi, teks, audio, dan video di dalam sesebuah laman web. E-pembelajaran (pembelajaran elektronik) merupakan salah satu contoh pembelajaran melalui Internet di mana pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran dan belajar mengikut rentak tersendiri atau dalam erti kata lain, belajar secara tidak formal. Menurut Aris, B., et. al (2003), melalui kaedah pembelajaran web, suatu aspek penting adalah penglibatan pelajar kepada proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama pelajar sendiri mahupun interaksi bersama penyelia mereka. E-pembelajaran telahpun diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran. Ianya turut merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tradisional seperti kapur dan papan putih. Salah satu contoh e-pembelajaran yang telah pun dilancarkan adalah PORTAL pendidikan utusan di mana ia telah dilancarkan pada Julai 2001. Menurut sumber berita Utusan Melayu (16 September 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah menyediakan bahan-bahan untuk subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Selain daripada menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik, e-pembelajaran turut membenarkan perkongsian maklumat dan idea antara pengguna melalui media-media tertentu seperti ruangan Forum, Chat, email, dan juga video. Dalam erti kata lain, pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran di mana pelajar

4 boleh meneroka bahan pembelajaran sendiri dan mengikut rentak sendiri pada bila-bila masa dan di mana jua asalkan terdapatnya kemudahan Internet. Secara keseluruhannya, Internet memainkan peranan sebagai salah satu teknik pembelajaran dalam dunia pendidikan di era sains dan teknologi masa kini. Pelajar boleh memperoleh pelbagai maklumat dan bahan pendidikan melalui e-pembelajaran. Pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar menentukan pembelajaran mereka sendiri dan proses pembelajaran adalah aktif dan tidak formal. 1.2 Latar Belakang Masalah Matapelajaran sains merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran sains merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik untuk pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Ia selaras dengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Jabatan Perdana Menteri, 1991). Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Rubiah dan Ong (2005), masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar adalah berlainan daripada satu sama lain.

5 Namun, secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Mereka berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru, mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri. Bagi matapelajaran sains, masalah miskonsepsi dan kesalahan lazim merupakan masalah yang sering dihadapi para murid ketika mempelajari matapelajaran ini. Menurut Hershey (2004), terdapat beberapa miskonsepsi yang dikenalpasti dalam matapelajaran Biologi. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization), terlalu memudahkan (oversimplification), pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion), salah mengenalpasti (misidentifying), salah faham (misunderstanding), salah maklumat (misinformation), kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs), salah faham konsep (conceptual misunderstands), kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs), dan penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained) serta beberapa miskonsepsi yang lain. Masalah lazim pula seperti murid tidak menjawab seperti yang dikehendaki oleh soalan dan cuai dalam memilih jawapan yang tepat. Oleh itu, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian diperkenalkan untuk membantu para murid dan juga guru dalam menangani masalah-masalah yang dinyatakan sebentar tadi. Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri dalam Talian ialah nama bagi e-pembelajaran yang dibina khas oleh pembangun untuk membolehkan para murid belajar sendiri secara on-line. Melalui Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian, para murid boleh melakukan pembelajaran kendiri di mana murid boleh menentukan sendiri masa untuk belajar, kandungan bahan pelajaran yang ingin dipelajari serta hala tuju pembelajaran. Proses pembelajaran adalah fleksibel dan mengikut rentak murid sendiri. Selain itu, murid juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar untuk difahami berulang kali serta menjawab kuiz yang disediakan untuk menguji dan

6 mengukuhkan kefahaman. Ini dapat mengelakkan miskonsepsi pada masa akan datang kerana para murid didedahkan dengan soalan-soalan yang menjadi kesalahan lazim yang dilakukan sebelum ini. Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian turut menyediakan ruangan Forum dan Chat untuk membolehkan para murid menyatakan sebarang kemusykilan dan masalah pembelajaran serta mengadakan perbincangan berkenaan topik yang dipelajari. Justeru, perbincangan yang teratur dan terancang dapat dilaksanakan dengan adanya teknologi diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Apa yang pasti, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian menyimpan rekod pembelajaran secara berkesan dan sistematik untuk dijadikan rujukan murid sendiri, ibu bapa dan juga guru. Nota untuk guru juga disediakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru sekiranya guru tidak sempat menyediakan bahan pembelajaran sendiri disebabkan kekangan masa yang dihadapi. Beberapa elemen multimedia seperti animasi dan grafik turut diselitkan dalam pembelajaran untuk menjadikan proses pembelajaran suatu proses yang menarik dan lebih berkesan. Kesimpulannya, Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian merupakan satu kaedah pembelajaran yang dinamik dan amat sesuai dijalankan oleh para murid sama ada di dalam ataupun di luar waktu sekolah. Ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh e- pembelajaran menjadikan ia suatu kaedah pembelajaran yang berkesan sekiranya para murid memanfaatkan penggunaannya. Penggunaan Internet secara negatif juga dapat dikurangkan jika para murid menggunakan Internet untuk tujuan pembelajaran dan menimba ilmu pengetahuan.

7 1.3 Pernyataan Masalah Masalah mempelajari matapelajaran Sains (khususnya, Biologi) di kalangan murid telah pun wujud sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Murid seringkali menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Pelbagai initiasif telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini. Seiring dengan perubahan dan ledakan teknologi yang pantas, maka suatu bentuk e- pembelajaran iaitu Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dibangunkan untuk dijadikan sebagai salah satu alternatif bagi menangani masalah tersebut. Terdapat pelbagai bentuk e-pembelajaran yang sedia ada namun kebanyakannya tidak menyediakan suasana pembelajaran yang berkesan, interaktif, menarik, dan mesra pengguna. Sekiranya elemen-elemen tersebut ada, pembelajaran menggunakan teknologi mampu menjadikan murid semakin berminat untuk meneroka alam ilmu sains. Ini kerana melalui kaedah teknologi ini pelbagai cara maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh dengan mudah dan cepat. Maka Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri atas Talian dilaksanakan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang cuba untuk mengintegrasikan elemen-elemen tersebut. 1.4 Objektif Projek Objektif projek ini ialah untuk membangunkan satu sistem e-pembelajaran bernama Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian bagi topik Growth and Reproduction.