PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Similar documents
Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 9, Issue 3 (2017) 36-49

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

USCI. PHYSICS Workshop Success is depend on your mind and your will. You are the one, who decide it. PROVE IT!! Speaker : Thong KS

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

PROPOSE AND DESIGN A CANVAS SHOES CLEANER MACHINE NUR SYAFIQAH BINTI ISMUINI

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Menangkis krisis keyakinan sistem kehakiman Sunday, 25 November :44AM

TINJAUAN LITERATUR TERHADAP TEKNOLOGI DAN PRESTASI EKSPORT PKS DI MALAYSIA

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

National Green Technology Policy i

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

KAJIAN INOVASI PENGUNCIAN TURAPAN BLOK KONKRIT

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

NEW CONCEPT OF FURNITURE DESIGN BY USING SPACE SAVING APPROACH TAN BOON CHAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Final Year Project Report

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

ANALYSIS PERFORMANCE OF WAJA CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM MUHAMAD AMIRUDIN BIN KAMALRUL BADRI

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

ENGINEERING, TECHNOLOGY, CREATIVITY: MEMAKNAKANNYA KEPADA SEBUAH UNIVERSITI BERFOKUS

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PhD thesis before UPM senate

WONG SIONG JI UNG IN BOX TYPE SOLAR COOKER STUDY OF HUMIDITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNIFIED NEURAL NETWORK CONTROLLER OF SERIES ACTIVE POWER FILTER FOR POWER QUALITY PROBLEMS MITIGATION BEHZAD GHAZANFARPOUR

Transcription:

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan. Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang. Definisi teknologi ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Menurut Turban et al.(2005), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan perantiperanti yang lain. Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Manakala merujuk Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); Romizowski (1988) dalam buku Yusup Hashim dan Razmah Man (2006) yang bertajuk Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi telah menjelaskan bahawa teknologi membawa dua maksud: i. Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji. 1

ii. Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projector (perkakasan) dan filem, (perisian) adalah hasil teknologi. Yusup Hashim dan Razmah Man dalam buku Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi juga menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ditaksirkan dari dua sudut iaitu sudut produk dan sudut proses. Dari sudut produk teknologi maklumat merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk membina, mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti penggunaan komputer, peralatan telesidang, CD ROM dan perisian komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi komunikasi seperti Internet (email, www, forum dan laman web), telesidang video atau instruksi berasaskan komputer (IBK). Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan teknologi maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi. Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zawawi Jahya dalam Majalah Pendidik (2005): Kita masih menggunakan minda zaman batu tetapi beropersi dalam era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang sangat 2

canggih. Dalam ledakan teknologi maklumat masa kini, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Penggunaan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam bidang pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat bukan sahaja mengenai penggunaan komputer tetapi juga mencakupi penggunaaan komputer dan telekomunikasi yang kini digunakan secara berleluasa sebagai satu sistem memproses dan menyebarkan maklumat. Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat termasuk teknologi TMK dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pengurusan dan kemasyarakatan akan bertambah maju pada masa akan datang. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang proaktif dalam pembangunan infrastruktur dan infrostruktur di peringkat antarabangsa, adalah menjadi perubahan drastik dan terpengaruh dalam arus peralihan global ke arah perubahan teknologi yang pesat. Bukan mudah untuk membuat peralihan daripada pengguna manual pertanian kepada sains dan teknologi, daripada kefasihan berbahasa kepada kefasihan berteknologi. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau informartion technology and communication (ICT) dalam bidang pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan. 3

Pengaruh Tahap Kemahiran TMK dalam Meningkatkan Kemahiran Belajar Pelajar IPG Analisis Tajuk FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan aklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.fungsi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan cukup besar manfaatnya juga.justeru,teknologi maklumat dan komunikasi juga meninggalkan impak dan pengaruh yang cukup bermakna kepada kemahiran belajar pelajar IPG.Antara pengaruh tahap kemahiran TMK dalam meningkatkan kemahiran belajar pelajar IPG ialah: Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pelajar IPG dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong pelajar IPG untuk belajar dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis. Pelajar IPG juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. 4

Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar IPG membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun,pelajar IPG tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Pelajar IPG juga dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran. Pelajar IPG dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda yang memerlukan aktiviti pengayaan. Selain itu,pelajar IPG,berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan terhadap pelajaran.dalam pada itu,membolehkan pelajar IPG mengakses maklumat yang sukar diperolehi dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning.pelajar IPG juga dapat meningkatkan motivasi pelajar IPG dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan. Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar IPG tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut. 5

Hujah Sudah terang lagikan bersuluh,kemahiran teknologi maklumat komunikasi amat penting untuk para pelajar IPG meningkatkan kemahiran belajar.hal ini disokong dengan hujahhujah berikut: Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi manfaat kepada pelajar IPG dengan memudahkan pelajar IPG untuk: 1. Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat; 2. Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat; 3. Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat; 4. Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti; 5. Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah; 6. Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian; Memberi Kebaikan dan Kepentingan Teknologi terhadap Bidang Pendidikan Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini, terdapat banyak kebaikannya. Antaranya kita akan dapat berfikiran secara terancang dan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, aktif dan bermutu. Selain daripada itu, ianya juga terdapat perisian yang boleh kita gunakan dalam pengajaran kita. Perisian ini mempunyai nota, soalan dan ulangkaji yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara langsung dengan komputer. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alat 6

bantu mengajar bagi sesetengah guru yang juga boleh digunakan sebagai pengganti guru semasa guru tiada dalam kelas. Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh melibatkan internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus. Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus peperiksaan awam. Dengan pengajaran dan ulangkaji telah diselangseli dengan TMK dan didapati penumpuan pelajar lebih dan mereka lebih memberi perhatian sehingga di saat terakhir pengajaran. Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja ( chalk and talk method). Dengan penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh kementerian pendidikan hampir di setiap sekolah, pendidik akan dapat menggunakannya dengan lebih cemerlang. Pendidik haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan makmal komputer. Selain daripada itu, pendidik juga boleh menggunakan pelbagai perisian komputer berkaitan pendidikan yang kini mudah didapati di pasaran. Sepanjang proses pengajaran sebagai contoh bagi subjek sains, penggunaan teknologi amatlah berguna. Ini kerana ianya boleh melibatkan murid secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, murid juga akan dapat berinteraksi dengan guru lebih kerap untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang diajarkan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi amatlah berguna berguna kepada para pendidik sekarang. 7

Implikasi dalam Peningkatan Kemahiran Belajar Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus Kemahiran Belajar. Setinggi- tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada pensyarah subjek Kemahiran Belajar kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran serta mendorong kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap teknologi maklumat komunikasi contohnya dalam penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran Setelah menyiapkan tugasan ini, saya berpendapat bahawa saya telah belajar beberapa perkara penting dalam hidup saya yang boleh saya amalkan sepanjang kehidupan saya.saya telah diminta untuk menyiapkan dua tugasan keseluruhannya yang merangkumi tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Tugasan berkumpulan memerlukan saya untuk bekerjasama dengan dua orang rakan seperjuangan saya iaitu Fazlyna dan Aiman.Kami telah berkolaborasi untuk mencari dan menganalisa secara kritikal satu cabaran pembelajaran yang telah kami pilih.kami telah menyumbangkan idea kami masing-masing untuk melaksanakan tugasan ini.seterusnya,kami telah bentangkan hasil maklumat kami dalam bentuk perisian persembahan eletronik di hadapan pensyarah dan rakan sekelas kami yang lain. 8

Tugasan secara individu pula,saya dikehendaki untuk menghasilkan satu penulisan akademik yang bertajuk Implikasi Tahap Kemahiran TMK dalam Meningkatkan Kemahiran Belajar Pelajar Persediaan Institut Pendidikan Guru Malaysia.Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama di tambah dengan tajuk soalan yang agak mengelirukan saya. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Dalam pada itu, dari segi nilai-nilai murni yang lain yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya juga belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Watson (1991) menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan 9

nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Kini penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikatakan merangkumi setiap kegiatan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita lihat dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat adalah amat penting terutama sekali sebagai alat membantu pengurusan. Ianya digunakan untuk menyusun sistem data supaya menjadi kemas dan teratur selain dari cepat dan terkini. Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah terkini agar pelajar tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang pendidikan. Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan pelajar malah ia juga berjaya menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan pelajar lain. Teknik ini dan keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan satu budaya TMK di sekolah. Apa yang lebih memanafaatkan lagi ialah perkongsian bahan pengajaran kerana bakal guru tidak perlu menyediakan semua tetapi sebahagian bahan yang boleh dikongsi dengan kawan yang lain yang telah menyediakan bahan yang lain. Ini semestinya dapat menjimat masa pelatih guru dan menambah koleksi bahan pengajaran mereka. Dengan pengenalan teknologi di dalam pendidikan dan penggunaan bahan tersebut, secara tidak sedar guru sekolah telah celik teknologi maklumat. Sekiranya ditugas mengganti guru yang tidak hadir pun, mereka hanya perlu membawa seunit laptop ke dalam kelas untuk melaksanakan tugasan dengan efektif dan tanpa rasa bosan kerana pelajar IPG telah dilatih untuk berkemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi.. Sebelum saya mengakhiri penulisan refleksi saya,sekali lagi ingin saya tegaskan sekali lagi kepentingan untuk berkemahiran dalam teknologi maklumat komunikasi amat penting untuk terus bersaing dalam dunia global dan kompetitif ini. Akhir sekali, saya bersyukur kerana 10

dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya. 11

LAMPIRAN 12

BIBLIOGRAFI Abd Rahim,(2003).Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan.Penerbit U.M:Kuala Lumpur Sufean Hussin,(2004).Pendidikan di Malaysia:Sejarah,Sistem dan Falsafah.DBP:Kuala Lumpur Tor Geok Hwa,(2004).Mengembangkan Pemahaman Global:Cabaran Arus Globalisasi Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia.IBS Buku Sdn.Bhd.Petaling Jaya Rejab Saad,(2012).Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam http://mdrejabsaad.blogspot.com/2012/09/p-bahasa-melayu-berbantukan-komputer.html Dimuat turun pada 25 Ogos 2015 Muhamad Ali Harun,(2010).Pengurusan Pengajaran dalam http://muhamadaliharun.blogspot.com/2010/09/pengurusan-pengajaran.html Dimuat turun pada 27 Ogos 2015 Yunus,(2012).Cabaran Pendidikan dan Usaha-usaha dalam http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.html Dimuat turun pada 20 Ogos 2015 13