UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Similar documents
PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Design and Fabrication of Solar Assisted Drying Machine

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

STORAGE WATER TANKS CLEANING ROBOT AFIZRUL IMAN BIN MOHAMED

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

Development of Anti-Theft Door System for Lecturer s Room

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

FENCE INTRUDER DETECTION SYSTEM (FIDS) CHUINK BENG CHEONG

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN PEMBINAAN: SATU KAJIAN KES PROJEK PEMBINAAN JALAN SIMPANG PULAI- LOJING-GUA MUSANG-KUALA BERANG

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENYEWAAN FASILITI MAJLIS SEHENTI (ONE STOP EVENT RENTAL SYSTEM)

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

Fakulti Kejuruteraan Sains Dan Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG DALAM PENILAIAN GREEN BUILDING INDEX (GBI) MARYANTI BINTI MOHD RAID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN E-WASTE FTSM BERASASKAN WEB (SISE-WASTE)

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI KAMPUNG IBOI, SADONG JAYA KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURFARHANAH BINTI SARBINI (32305)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

Design and Development of Prototyping High Pressure and High Temperature Steam Cleaning Jet

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

PELAN STRATEGIK PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

KAJIAN KELAKUAN PASIR PENYAMBUNG TURAPAN PENGUNCIAN BLOK KONKRIT PADA JARAK SAMBUNGAN DAN KECERUNAN YANG BERBEZA NUR IZZI MD.

PhD thesis before UPM senate

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structure questions. Answer FOUR (4) questions only.

Transcription:

i UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA PEMINDAHAN TEKNOLOGI: KEPAKARAN TENAGA MAHIR DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SESI PENGAJIAN: 2017/2018 Saya, FARAH IFFAH FAQIHAH BINTI ROSLAN @ ISKANDAR, mengaku membenarkan Laporan Projek sarjana Muda ini di simpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda ini adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: (TANDATANGAN PENYELIA) DR. ROSHARTINI BINTI OMAR NO, 10 JALAN BAKTI 10, TAMAN MUTIARA RINI 81300, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR Tarikh: Tarikh: CATATAN: ** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

ii PEMINDAHAN TEKNOLOGI: KEPAKARAN TENAGA MAHIR DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR FARAH IFFAH FAQIHAH BINTI ROSLAN @ ISKANDAR Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

iii Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Pelajar :... FARAH IFFAH FAQIHAH BINTI ROSLAN @ ISKANDAR Tarikh :... Penyelia :... DR. ROSHARTINI BINTI OMAR Tarikh :...

iv DEDIKASI Kepada Ayahanda tersayang iaitu Encik Roslan @ Iskandar Bin Ismail dan Bonda tersayang iaitu Puan Zainura Binti Abu Bakar serta keluarga tercinta Farah Asma Athirah Binti Roslan @ Iskandar Muhamad Muzaffar Zakwan Bin Roslan @ Iskandar Muhamad Haziq Syahmi Bin Roslan @ Iskandar Farah Adlina Haziqah Binti Roslan @ Iskandar

v PENGHARGAAN Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W penghulu sekalian alam. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapatlah Laporan Projek Sarjana Muda yang bertajuk Pemindahan Teknologi: Kepakaran Tenaga Mahir Dalam Penggunaan Teknologi Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua Ibubapa iaitu Encik Roslan @ Iskandar Bin Ismail dan Puan Zainura Binti Abu Bakar serta keluarga tercinta yang telah banyak membantu dalam menjayakan Laporan Projek Sarjana Muda dengan memberi sokongan serta dorongan samada dari segi semangat, motivasi dan kewangan sepanjang menjalankan kajian ini. Di kesempatan ini juga, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda iaitu Dr. Roshartini Binti Omar yang telah banyak membantu, membimbing, memberikan panduan, memberi tunjuk ajar, berkongsi suka dan duka sepanjang tempoh menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda serta memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan projek kajian ini berjalan dengan lancar dan berkualiti tinggi. Berkat bimbingan dan ikhlas beliau dalam membantu dan melayan karenah, segala masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan baik dan positif. Tidak lupa juga penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para responden yang telah memberikan kerjasama dengan baik serta meluangkan masa sepanjang terlibat dalam kajian semasa proses pengumpulan data dijalankan. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan, sahabat baik dan teman istimewa yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan demi kejayaan ini. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan hidayah ke atas semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini. Sekian Terima Kasih.

vi ABSTRAK Di dalam industri pembinaan, pemindahan teknologi (TT) melalui projek-projek pembinaan infrastruktur ini menarik banyak organisasi pembinaan di negara-negara membangun dan juga Malaysia. Pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir. Namun, jika ianya tidak diambil berat oleh industri pembinaan menyebabkan tenaga mahir tidak mampu mengaplikasi pemindahan teknologi yang berlaku. Ini kerana, pemindahan teknologi tidak dapat diserap kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur berikutan masalah ketandusan pengetahuan serta kekurangan kemahiran dalam penggunaan teknologi tersebut dan masalah terhadap pemindahan teknologi tidak dapat diselesaikan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jenis teknologi yang akan dipindahkan kepada tenaga mahir dan mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur serta kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif iaitu temubual telah digunakan dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Pihak yang ditemubual ialah Arkitek Projek, Pengurus Kanan, Jurutera Awam Kanan dan Jurutera Awam seramai empat orang responden. Jenis teknologi yang dipindahkan terhadap tenaga mahir adalah melibatkan pengetahuan, kemahiran, perisian, peralatan dan teknologi baru. Kesan daripada pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur iaitu tahap kemahiran serta pengetahuan tenaga mahir semakin berkembang dan meningkat dalam penggunaan teknologi ini. Langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir ialah usahasama antara pihak awam dengan pihak swasta perlu dipergiatkan lagi. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan dan ianya menjadi kepentingan khususnya kepada industri pembinaan bagi menjalankan pemindahan teknologi melibatkan kepakaran tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur.

vii ABSTRACT In the construction industry, technology transfer (TT) through these infrastructure construction projects attracts many construction organizations in developing countries as well as Malaysia. Various government initiatives to enhance technology transfer to professional. However, construction industry need professional manpower to apply technology transfer. This is because technology transfer absorbed into skilled manpower in infrastructure construction projects due to lack of knowledge and lack of skills in the use of such technologies and the problem of technology transfer cannot be solved. This study was conducted to examine the types of technologies that would be transferred to professional and study the effect of technology transfer influencing the performance of skilled in infrastructure construction projects and this study also conducted to identify improvement the effectiveness of technological transfer of professional manpower. In order to achieve the objective of the study, qualitative methods of questionnaire were used and analysed using content analysis. The type of technology that transferred to professional are knowledge, skills, software, equipment and new technology. The impact of technology transfer affects the performance of professional manpower in infrastructure construction projects is skills as well as professional knowledge is growing and increasing in the use of this technology. The improvement of effectiveness technology transfer to professional manpower is joint ventures between the public and the private sector need to be intensified. The results of the study are used as a reference in the future and it is particularly important to the construction industry to carry out technology transfer involving skilled expertise in infrastructure construction projects.

viii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN TAJUK PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI CARTA SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iv v vi vii viii xii xiii xiv xv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1 1.3 Permasalahan Kajian 3 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 6 1.8 Metodologi Kajian 6 1.9 Organisasi Tesis 8 1.9.1 Bab 1: Pendahuluan 8

ix 1.9.2 Bab 2: Kajian Literatur 9 1.9.3 Bab 3: Metodologi 9 1.9.4 Bab 4: Dapatan Dan Analisis Kajian 9 1.9.5 Bab 5: Cadangan Dan Kesimpulan 10 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 11 2.2 Konsep Pemindahan Teknologi 12 2.3 Jenis Pemindahan Teknologi 13 2.3.1 Pemindahan Antarabangsa 13 2.3.2 Pemindahan Teknologi Antara Kawasan Daerah 14 2.3.3 Pemindahan Teknologi Antara Sektor Industri 14 2.3.4 Pemindahan Teknologi Antara Interfirma 15 2.3.5 Pemindahan Teknologi Antara Intrafirma 15 2.4 Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir 15 2.4.1 Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir Di Malaysia 16 2.4.2 Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir Di Luar Negara 17 2.5 Jenis Teknologi Yang Dipindahkan kepada Tenaga Mahir 18 2.6 Kesan Pemindahan Teknologi Mempengaruhi Prestasi Tenaga Mahir 20 2.7 Langkah Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir 21 2.8 Kesimpulan 22 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 23 3.2 Rekabentuk Kajian 23 3.2.1 Data Sekunder 24 3.2.2 Data Primer 24 3.3 Metodologi Kajian 25 3.4 Instrumen Kajian 26

x 3.5 Lokasi Kajian 27 3.6 Responden Kajian 27 3.7 Populasi Responden 28 3.8 Persampelan Kajian 28 3.9 Proses Analisis Kajian 29 3.10 Kesimpulan 30 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 31 4.2 Pengumpulan Data Temubual 31 4.3 Latar Belakang Responden 32 4.4 Analisis Data 33 4.4.1 Jenis Pemindahan Teknologi 33 4.4.1.1 Sumber Teknologi Yang Dipindahkan Kepada Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 35 4.4.2 Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir 36 4.4.3 Jenis Teknologi Yang Dipindahkan Kepada Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 37 4.4.4 Kesan Pemindahan Teknologi Mempengaruhi Prestasi Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 39 4.4.5 Langkah Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 42 4.5 Perbincangan 44 4.6 Kesimpulan 48 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 49 5.2 Rumusan 49 5.2.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Jenis

xi Teknologi Yang Dipindahkan Kepada Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 51 5.2.2 Objektif Kedua: Mengkaji Kesan Pemindahan Teknologi Mempengaruhi Prestasi Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 52 5.2.3 Objektif Ketiga: Mengenalpasti Langkah Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pemindahan Teknologi Terhadap Tenaga Mahir Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur 52 5.3 Limitasi Kajian 52 5.4 Cadangan 53 5.4.1 Cadangan Untuk Industri Pembinaan 53 5.4.2 Cadangan Untuk Penyelidikan Masa Akan Datang 54 5.5 Kesimpulan 54 RUJUKAN 55 LAMPIRAN A 61 LAMPIRAN B 67

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Rangka Metodologi Kajian 7

xiii SENARAI CARTA NO. CARTA TAJUK HALAMAN 3.1 Carta Alir Metodologi Kajian 25

xiv SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.2 Jenis Teknologi 18 2.3 Kesan Pemindahan Teknologi 21 2.4 Langkah Dalam Meningkatkan Keberkesanan 22 4.1 Latar Belakang Responden 32 4.2 Sumber Teknologi 35 4.3 Jenis Teknologi 38 4.4 Kesan Pemindahan Teknologi 41 4.5 Langkah Dalam Meningkatkan Keberkesanan 43 4.6 Jenis Teknologi 45 4.7 Kesan Pemindahan Teknologi 46 4.8 Langkah Dalam Meningkatkan Pemindahan Teknologi 47

xv SENARAI SINGKATAN TT - Technology Transfer CIDB - Construction Industry Development Board

xvi SENARAI LAMPIRAN A Borang Temubual 61 B Transkrip Data Temubual 67

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tenaga mahir merupakan aset kepada pemindahan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur kerana tenaga mahir akan mempengaruhi matlamat pemindahan teknologi. Selain itu, pemindahan teknologi juga merupakan kaitan di antara kepakaran tenaga mahir dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur. Ini kerana, apabila berlaku pemindahan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur, tenaga mahir perlu efisien dalam mengendalikan teknologi tersebut. Dalam penggunaan teknologi, tenaga mahir juga perlu memastikan kepakaran terhadap mengolah atau menggunakan teknologi itu berlaku. Oleh itu, pemindahan teknologi akan berlaku dengan baik dan efektif (Rodney dan Waroonkun, 2007). 1.2 Latar Belakang Kajian Pemindahan teknologi secara meluas dianggap sebagai satu sumber berpotensi penggerak inovasi yang boleh memberikan firma pembinaan dengan teknologi baru yang boleh dan sesuai serta mengubah dan melengkapkan teknologi terkini untuk mencipta dan mengekalkan tahap atau prestasi yang lebih baik (Sexton et al., 2004.; Nonaka dan Takeuchi, 1995; Kogut dan Zander, 1992). Pemindahan teknologi dilihat sebagai pergerakan pengetahuan dan teknologi melalui beberapa saluran dari seorang individu atau firma yang lain (Inkpen dan Dinur, 1998; Gibson dan Smilor, 1991; Devine et al., 1987). Selanjutnya, organisasi perlu mengambil pandangan yang luas mengenai teknologi, mendefinisikan ia sebagai pengetahuan mengenai transformasi operasi teknologi dan proses; teknologi bahan dan teknologi pengetahuan (Wilson, 1986; Hickson et al., 1969).

2 Tenaga mahir didefinisikan sebagai orang yang bekerja serta memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya sebagai contoh bekerja di tapak projek pembinaan infrastruktur. Selain itu, mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu dikenalpasti sebagai buruh mahir manakala buruh separuh mahir mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja atau latihan separuh profesional (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, bersama dengan pusat penilaian dan bahagian latihan iaitu Akademi Binaan Malaysia (ABM), melancarkan kempen #SKILLSPOWER sebagai sebahagian daripada strategi untuk menambah bilangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan. Dengan membawakan tema 'Kompeten dan Holistik', #SKILLSPOWER bertunjang menarik minat anak-anak muda Malaysia menyertai sektor pembinaan dengan meningkatkan profil industri ini sebagai pilihan kerjaya yang berpendapatan tinggi, mapan dan bermakna. Tenaga mahir memerlukan juga kepakaran terhadap pemindahan teknologi tertentu yang diserap masuk ke dalam projek pembinaan infrastruktur tersebut. Selain itu, tenaga mahir juga perlu pakar dalam penggunaan teknologi bagi melancarkan proses projek pembinaan infrastruktur (Rodney dan Waroonkun, 2007). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid meskipun ekonomi dunia tidak menentu, industri pembinaan menunjukkan prestasi yang positif pada tahun 2016, yang meliputi aspek infrastruktur, serta mengungguli senarai projek-projek mega berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Sehingga November tahun 2016, 5,024 projek mega bernilai RM121 bilion didaftarkan dengan CIDB. Dari Januari hingga November 2016, nilai projek mega meningkat kepada 36 peratus kepada RM121 bilion (Januari-November 2015: RM89 bilion) manakala jumlah projek mega menunjukkan penguncupan tiga peratus kepada 5,024 projek. Hal yang sedemikian, tenaga mahir perlu pakar dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur kerana nilai peratusan projek pembinaan infrastruktur yang meningkat menjadi asbab pemindahan teknologi berlaku. Hampir separuh daripada projek pembinaan yang diluluskan (47 peratus) melibatkan kategori infrastruktur, diikuti kediaman, bukan kediaman dan kemudahan sosial. Jumlah projek yang diluluskan kebanyakannya disumbangkan oleh 14 projek mega bernilai lebih RM1 bilion setiap satu, dengan gabungan nilai kira-kira RM35 bilion (Bernama, 2016).

3 Menurut Utusan (2016), pertumbuhan sektor pembinaan yang rancak membolehkan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir turut menyumbang kepada sasaran kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.5 peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang bagi membolehkan negeri ini mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030 (Bernama, 2016). Kesimpulannya, tenaga mahir perlu ada kemahiran serta pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan teknologi di projek pembinaan infrastruktur supaya pemindahan teknologi dapat berjalan dengan lancar (Rodney dan Waroonkun, 2007). 1.3 Permasalahan Kajian Pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur menjadi satu masalah kerana sifat pembelajaran organisasi, terutamanya dalam bentuk yang tersirat, pemindahan itu berlaku agak sukar kerana tanpa pengetahuan teknikal mengenai teknologi tersebut penggunaan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur sukar berlaku (Yim-Yu Wong et al., 2003). Tenaga mahir menurut Rodney dan Waroonkun (2007) juga tidak mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan teknologi itu sendiri. Ini akan membantutkan lagi sistem atau proses pemindahan teknologi itu untuk berkembang dengan baik. Antara masalah lain ialah ahli projek pembinaan infrastruktur yang terlibat tiada atau tidak ingin mewujudkan semangat kerjasama satu kumpulan yang tinggi untuk mencapai objektif pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir. Ini menyukarkan lagi tenaga mahir itu sendiri untuk menambahkan kemahiran serta pengetahuan mereka di dalam penggunaan teknologi tersebut (Rodney dan Waroonkun, 2007). Walau bagaimanapun, usaha-usaha perindustrian, termasuk pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir sukar kerana kurangnya kemahiran dalam pengurusan industri dan kemahiran teknikal di kalangan tenaga mahir dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur (Dean, 2013). Dalam kes-kes organisasi yang mempunyai masalah pemindahan teknologi di kalangan tenaga mahir, pemindahan teknologi juga melibatkan banyak perkara atau kesan seperti tidak konsisten dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur. Oleh itu, ia akan mempengaruhi kepakaran tenaga mahir dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur (Olavi Uusitalo, 2013).

4 Produktiviti pembinaan di semua peringkat yang dikenalpasti perlu penambahbaikan untuk menjadikan projek pembinaan infrastruktur berkesan. Seperti yang ditunjukkan daripada pihak berkuasa kerajaan. Oleh itu, perlu untuk mendapatkan kerjasama daripada industri pembinaan dalam pemindahan teknologi, kerana mereka sebahagian aspek utama dalam tapak pembinaan infrastruktur ini (Serdar et al., 2016). Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) sedang membangunkan projek pembinaan infrastruktur yang memerlukan pemindahan teknologi dan ia mengambil tempoh matang yang lebih lama berikutan daripada krisis tenaga mahir. Namun begitu, projek tersebut mempunyai harapan yang cerah. Hal ini kerana, projek pembinaan perumahan yang dibina telah mendapat sambutan yang memberangsangkan menurut New Straits Times (2016). Justeru itu, tenaga mahir amat memainkan peranan yang penting dalam pemindahan teknologi bagi mencapai objektif kajian. Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir, mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir serta mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan permasalahan kajian yang hendak dikaji terdapat beberapa persoalan yang timbul seperti di bawah: 1. Apakah jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur? 2. Sejauhmanakah kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur? 3. Apakah langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur?

5 1.5 Objektif Kajian Objektif bagi kajian ini ialah: 1. Mengenalpasti jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. 2. Mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. 3. Mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. 1.6 Skop Kajian Skop kajian ini lebih fokus kepada kawasan Johor Bahru, Johor. Hal ini kerana, pembangunan yang semakin rancak atau maju di sekitar daerah Johor Bahru, Johor. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gadang Holdings Berhad Tan Sri Kok Onn iaitu ketika ini Johor Bahru dan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) diibaratkan seperti 'gula atau madu yang dihurung oleh lebah-lebah', dengan syarikat-syarikat daripada dalam dan luar negara berlumba-lumba memasuki pasaran hartanah di Iskandar Malaysia. Tambahan lagi, Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) kini merupakan kawasan pertumbuhan yang kedua penting dalam negara selepas Kuala Lumpur. Justeru, mewujudkan pemindahan teknologi dalam pembinaan infrastruktur (Bernama, 2013). Kaedah kajian yang dilakukan ialah melalui kaedah kualitatif kerana dengan cara ini maklumat yang diperolehi daripada responden dapat dengan lebih mendalam untuk melengkapkan hasil kajian. Responden yang terlibat ialah konsultan dan klien yang berkaitan dengan projek pembinaan infrastruktur. Organisasi yang akan ditemubual ialah M&R Architect Sdn Bhd, Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan organisasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) telah menyediakan dokumentasi lengkap berkaitan infrastruktur di pusat bandaraya Johor Bahru seiring pembangunannya yang bertaraf antarabangsa.

6 1.7 Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini adalah merujuk kepada: Akademik Menambah kemahiran atau kepakaran tenaga mahir dalam penggunaan teknologi dalam projek pembinaan infrastruktur. Tenaga mahir akan berpengetahuan tinggi dari segi penggunaan teknologi. Selain itu, kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan untuk kajian akan datang. Kontraktor Bertujuan untuk mengenalpasti jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. Selain itu, sektor pembinaan serta bahagian tenaga mahir juga akan mudah untuk mengenal jenis teknologi yang wujud. Bagaimana pemindahan teknologi itu berlaku terhadap tenaga mahir serta mengendalikan teknologi itu dan mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. Pemindahan teknologi ini memberi kesan positif atau negatif terhadap tenaga mahir atau sebaliknya. Tenaga mahir Dengan penambahbaikan pemindahan teknologi dapat memenuhi objektif pemindahan teknologi supaya berkesan terhadap tenaga mahir binaan di Malaysia. Sekaligus, dapat mencapai matlamat negara untuk memajukan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir di sektor pembinaan. Projek pembinaan infrastruktur Dapat memainkan peranannya untuk mengaplikasikan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir ini dan akhirnya, pemindahan teknologi ini dapat dijalankan dengan baik. 1.8 Metodologi Kajian Merujuk rajah 1.1 bagi proses awal untuk kaedah kajian ini ialah menggunakan data sekunder iaitu hasil kajian diperolehi melalui kajian lepas seperti buku, jurnal, web, laporan, internet dan sebagainya. Data sekunder ini bertujuan untuk memperolehi maklumat yang merujuk daripada objektif kajian. Di mana, sumber dari data sekunder ini untuk mengetahui masalah atau isu kajian lepasan mengenai kajian yang ingin

7 dijalankan. Kajian yang dijalankan melibatkan tiga peringkat iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga. Rajah 1.1 Rangka Metodologi Kajian Pada fasa pertama merujuk rajah 1.1 melibatkan peringkat pernyataan masalah di mana penyelidik membuat tajuk berdasarkan pencarian isu kajian lepas yang bersumber daripada buku, jurnal, tesis, artikel, akhbar dan internet. Seterusnya,

8 penyelidik menetapkan objektif kajian iaitu pertama penyelidik mengenalpasti jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur, kedua pula ialah penyelidik mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi tenaga buruh dalam projek pembinaan infrastuktur dan objektif yang terakhir ialah mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. Skop kajian juga melibatkan fasa pertama di mana penyelidik menjalankan kajian di projek pembinaan infrastruktur di sekitar daerah Johor Bahru, Johor. Pada fasa kedua pula melibatkan fasa kaedah kajian dan responden kajian. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu temubual akan dijalankan terhadap responden yang terlibat seperti konsultan dan klien yang berkaitan dengan projek infrastruktur. Fasa yang ketiga iaitu fasa terakhir merupakan fasa pengumpulan data, analisis data dan hasil kajian. Pengumpulan data melalui hasil temubual yang dijalankan kepada responden dan penyelidik akan dicatat. Kemudian, penyelidik akan menganalisis data dengan cara menyalin hasil temubual, transkrip dan analisis kandungan temubual tersebut. Hasil kajian akan menghasilkan perbincangan kajian, cadangan serta penambahbaikan dan kesimpulan bagi mengetahui objektif kajian dapat dicapai atau sebaliknya. 1.9 Organisasi Tesis Bagi menghasilkan kajian yang tersusun, maka pembahagian bab serta penjelasan mengenai susun atur bab dijelaskan. Kajian yang dijalankan menghasilkan sebanyak lima (5) bab berdasarkan penyelidikan, iaitu: 1.9.1 Bab 1: Pendahuluan Secara keseluruhannya, kaedah penulisan tesis kajian adalah mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah, isu berkaitan dengan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi kajian dan kepentingan kajian pada bahagian Bab 1. Selain itu, Bab 1 juga merupakan pengenalan bagi kajian yang dijalankan iaitu Pemindahan Teknologi: Kepakaran Tenaga Mahir Dalam Penggunaan Teknologi Dalam Projek Pembinaan Infrastruktur.

9 1.9.2 Bab 2: Kajian Literatur Merujuk bahagian Bab 2 menerangkan mengenai isu-isu berkaitan dengan kajian yang dijalankan serta kajian literatur yang berkaitan dengan kajian. Penerangan yang lebih terperinci mengenai pemindahan teknologi, konsep pemindahan teknologi secara lebih spesifik. Oleh itu, kajian lepasan ini membolehkan kajian yang dikaji memperolehi data secara efisien. Kajian literatur dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk membuktikan elemen-elemen penting dalam tajuk kajian yang dijalankan. Bab 2 ini menerangkan mengenai jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir, kesan serta langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi dengan merujuk kajian lepasan. 1.9.3 Bab 3: Metodologi Bab 3 membincangkan mengenai metodologi kajian yang akan digunakan bagi mendapatkan data-data. Dengan itu akan memudahkan untuk menjawab objektifobjektif kajian yang ditetapkan. Kaedah kualitatif digunakan dalam menghasilkan kajian. Ini kerana kaedah temubual membolehkan data-data diperolehi serta menjawab objektif dan mencapai matlamat kajian. Temubual yang dijalankan untuk mengenalpasti jenis teknologi yang dipindahkan kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur, mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur serta mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur. 1.9.4 Bab 4: Dapatan dan Analisis Kajian Bab 4 akan membincangkan tentang dapatan kajian serta data-data yang diperolehi akan dianalisis melalui objektif kajian yang ditetapkan seperti jenis, kesan serta langkah yang ingin dikaji di dalam kajian yang dijalankan. Pembentukan rangka kerja