BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
PENGARUH KEDUDUKAN DAN KEADAAN TAPAK KE ATAS KOS PEMBINAAN TAPAK TELEKOMUNIKASI SURYYANY BT ABD RANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AIR CONDITIONING STUDY FOR AUTOMOTIVE APPLICATION ALAUDDIN HAFIZ BIN YUSOF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PLACENESS BAGI PASAR BESAR DAN BAZAR DI KAMPUNG JAWA, MELAKA AHMAD AMZAR BIN ABDULLAH

IMPROVEMENT OF BUS ROOF SECTION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SMART GARDEN SYSTEM NURSHAHNEEM BINTI MOHD SAID

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

ANALYSIS AND MEASUREMENT FIBER OPTIC FAULT BY USING OPTICAL TIME DOMAIN REFLECTROMETER (OTDR) AKWANIZAM BIN AZMI

Development of Anti-Theft Door System for Lecturer s Room

SISTEM PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH SECARA SISTEMATIK BERASASKAN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN SITI NURBAYA BINTI ISMAIL

FENCE INTRUDER DETECTION SYSTEM (FIDS) CHUINK BENG CHEONG

MOTORCYCLE ANTI-THEFT SYSTEM (MATS) MUHAMAD ALIF BIN ABU

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAS LEAKAGE MONITORING OVER THE NET WITH RASPBERRY PI MOHD FAEZ BIN AHMAD RAZLI

KilLi UNIVERSIT! 'itksmoli TUN HUSSEIN OKN

POROSITY ARCHITECTURE IN ECOLOGICAL DESIGN TAN KWON CHONG

AQUAPONIC SYSTEM FOR SELF-SUSTAIN LIVING YAN YEN QUN

Design and Fabrication of Solar Assisted Drying Machine

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Salam Pengenalan F2F Pertama - pelajar KOM3305 (PJJ)

STORAGE WATER TANKS CLEANING ROBOT AFIZRUL IMAN BIN MOHAMED

A SIMPLE ID DETECTION USING INFRARED SENSORS NOOR FARHANA HALIL BT ABDUL RAZAK

GSM MOBILE CAR ALARM SYSTEM NURHAZWANI BT SALEH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

WIRELESS SECURITY SYSTEM UKASYAH BIN MAHAMOD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO C-M "J-?

PHYSICAL ATTRIBUTES ON PLACE ATTACHMENT IN MALAYSIAN URBAN PARKS HADI EBADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. Improving of Cool Air Evacuation Process for Home Application

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTEGRATING PUBLIC ART IN MALAYSIAN URBAN LANDSCAPE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Kuliah 1 : Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat & Komunikasi

A COMPARISON BETWEEN TRADITIONAL PAVEMENT REHABILITATION METHOD AS COMPARED TO RECYCLING METHOD SITI MAZZUANA BINTI SHAMSUDDIN

LANDFILL SITE SUITABILITY USING GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM AND ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CRITERIA AND INDICATORS FOR MALAYSIAN GARDEN CITY OF PUTRAJAYA

ASSESSMENT OF PARKING DEMAND IMPACT ON ADJOINING ROADWAY NETWORK WAN NUR ALIFFA WAN RAMLI

KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSESSMENT OF URBAN GREEN SPACE BASED ON LANDSCAPE ECOLOGICAL PRINCIPLES SITI SYAMIMI BINTI OMAR

PRELIMINARY STUDY ON BRICKS DRYING PROCESS USING MICROWAVE TECHNOLOGY SALEM SALAH ABDULLAH BAGABER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PBNGUJIAN TAPAK CADAI\IGAN BINAAN HALIZAH BINTI AHMAD

DESIGN FACTORS THAT INFLUENCE THE EFFECTIVE USE OF MEYDAN IN IRAN REIHANEH SADAT HAJMIRSADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USM MENANG ANUGERAH PEMBENTANG KERTAS KERJA LISAN SAINTIFIK TERBAIK DI SKETMA 2017

GREEN HIGHWAY ECOLOGY AND ECOSYSTEM PRESERVATION AND RESTORATION MUDATHIR OMER ADAM ARBAB

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN GENERIK

RDG 334 Theory and History of Design (Sejarah dan Teori Seni Reka)

A Suitable Development Trend in Linear City Based On Smart Growth A Case Study in Lanzhou Urban Area ZHOU WEI

ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 OKTOBER NOVEMBER 2015

Katakunci : kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik

EVALUATION OF CRACK RELIEF LAYER FOR ROADS AND HIGHWAYS KHAIRUL HAFIZ BIN MUSTAFA

GEOGRAPHICAL ANALYSIS OF LIBYAN AIRPORTS AND THEIR POTENTIAL AS A HUB OF AIR TRANSPORTATION FOUAD D S ABDULWAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN KEPERLUAN KERANGKA PENGAJARAN PRAKTIKAL SUBJEK ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL

VISUAL REPRESENTATION OF NATURE IN THE LIBRARY SOMAYEH ROUSTAEI SADRY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013 TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN (GROWTH AND REPRODUCTION)

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination Academic Session 2008/2009. April/May RPK Urban Design [Rekabentuk Bandar]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF FINE AGGREGATE ANGULARITY ON RUTTING RESISTANCE OF ASPHALT CONCRETE AC10

SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PROMIS ) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SAMSUDIN BIN NYAT

Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia

Design and Development of Prototyping High Pressure and High Temperature Steam Cleaning Jet

SECTION A : 50 MARKS BAHAGIAN A : 50 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured essay questions. Answer ALL questions.

SIMULASI MESIN PELARIK BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MUHAMAD IKRAM BIN ABDUL KARIM DR. SYAIMAK ABDUL SHUKOR

THE RELEVANCE OF TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT FOR TRANSIT STATION COMMUNITY IN MALAYSIA ZAINUDDIN BIN AB RAHMAN

FLOOD MAPPING FOR SUNGAI BUNUS MOHD IRSYAM NOORFAWANA BIN MASRI

COMPLEXITY OF THE FLORAL PATTERN IN VENTILATION PANEL OF TIMBER BUILDING IN KELANTAN AND TERENGGANU

ALAT ANALITIK UNTUK SISTEM SOKONGAN UNIVERSITI. Nur Amalin Mohd Rosdi Mohd Zakree Ahmad Nazri

APPLICATION OF BIM IN EARLY STAGE DESIGN COST ESTIMATION

SIMULASI MESIN PENGISAR BERASASKAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (A.R.) Mohd Fazreen Bin Abdul Pata Dr. Syaimak Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSTAINABILITY OF STREET FURNITURE DESIGN IN URBAN MALAYSIA

SUSTAINABILITY ASSESSMENT OF COMPACT-CITY DEVELOPMENT USING GEODESIGN APPROACH AHMED ABDULHAFEDH OWAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DESIGN OF RADIX-4 SINGLE PATH DELAY FAST FOURIER TRANSFORM PROCESSOR WITH GENETIC ALGORITHMS OPTIMIZATION

EARHTHING PERFORMANCE OF HV/MV SUBSTATION AND ITS EFFECT ON NEARBY STRUCTURES NORNIKMAN BIN RAHIMIN

URBAN REGENERATION ISSUES OF SECTION 13 PETALING JAYA KHAIRUL NISA BINTI HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BLOG TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA AS ALTERNATIVE OF NUCLEAR INFORMATION DISSEMINATION. Abstract

SATU ANALISIS TERHADAPPROFIL JNDIVIDU YANG MENJADI AHLI MAJLIS (MBKS) GOH CHOW LING. Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk mefllenuhi sebahagian

A STRUCTURED CRITICAL SUCCESS FACTORS MODEL FOR THE IMPLEMENTATION OF GREEN RETROFIT PROJECTS REHMAASHINI JAGARAJAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DYNAMIC ANALYSES OF COMPOSITE FOOTBRIDGES EXCITED BY PEDESTRIAN INDUCED LOADS FARAZ SADEGHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FIRE ALARM WITH SECURITY SYSTEM MOHAMED FAIZ BIN MOHAMED MUSA

ASSESSING GREENWAY NETWORK CONNECTIVITY FOR UNIVERSITY CAMPUS NORAINI BT BAHARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ENHANCING THE CORPORATE VISUAL IDENTITY OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FU CHEW XIANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP REKABENTUK INJAP SOLENOID BAGI SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR MOHD FAIZ BIN HAMIZAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN REKA BENTUK UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHGUNAAN TAPAK WEB MUHAMMAD IHSAN LIM BIN ABDULLAH FSKTM

TINTA *+*& GENERASI GLOKAL MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN BIL 17, APRIL 2009

PENDAHULUAN DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

IDENTIFICATION OF AUDIO AND ROOM PARAMETERS FOR OPTIMUM SPEECH INTELLIGIBILITY IN ROOM NG TSING CHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SISTEM KA WALAN BANJIR DENGAN MENGGUNAKAN MIKROPENGA WAL

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

TAHAP KECENDERUNGAN PENDUDUK RUMAH MAMPU MILIK TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN A RAHMAN

.,- '. '.. I.. \ " ; \. " / [i IlilrJII~'~ri1l1~m i ~:III'j'11 II. II ' ' ..' 1-- '. _.:"". h, ".,'.".

Jurnal Teknologi FALLING HEAD TEST FOR GEOTEXTILE DRAINAGE CAPACITY. Full Paper. Noor Hidayu Amran, A. Naser Abdul Ghani *

PETRONAS LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT CAIUGALI DAN PENGELUAR MINYAKIGAS DI MALAYSIA

THERMAL PERFORMANCE OF POTTED PLANTS IN MITIGATING INDOOR TEMPERATURE IN TROPICAL CLIMATE SHAHRUL BIN CHE ON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau

STUDY OF INTERNAL HEAT EXCHANGER EFFECTS ON CAR AIR CONDITIONING SYSTEM CHAN HONG KET

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SAYA: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: A-2-11, SHAMELIN BISTARI, TAMAN SHAMELIN PERKASA, 56100 CHERAS, KUALA LUMPUR. TARIKH: (TANDATANGAN PENYELIA) TUAN. HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN Nama Penyelia TARIKH: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia). Tandatangan: Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN Tarikh:

iii TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2008

iv Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan: Nama Penulis: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT Tarikh :

v DEDIKASI AYAHANDA DAN BONDA ( Encik Yazit @ Yajit dan Puan Rokiah) Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian yang sentiasa mengiringi diri ini. KAKANDA (Nurul Fahana bt Yazit @ Yajit) Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan, nasihat dan tunjuk ajar darimu. TEMAN TEMAN BAIK (Fathan, Siti Hajar, Norwahidah, Nur Afza, Freek Kranen) Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan dan dorongan yang sentiasa kalian berikan ketika melakukan tesis dan juga sepanjang menjalani kehidupan di UTM.

vi PENGHARGAAN Terlebih dahulu bersyukur kehadrat Ilahi kerana izinnya, penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) bertajuk Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ini telah dapat disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada pensyarah pembimbing saya Tuan Hj. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang dikasihi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan bimbingan tanpa rasa jemu tanpa sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan, sokongan dan kekuatan sepanjang penulisan PSM terutama buat semua pelajar tahun empat kursus SPC, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Kimia), SPK, Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan(Kimia) dan SPN, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains) atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kajian ini..

vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan keselamatan makmal sains dalam kalangan 85 orang guru pelatih sains tahun empat sesi 2006/2007/01 yang terdiri daripada kursus empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia), empat SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dan empat SPN, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Antara aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α=0.736) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 32 item untuk memperolehi data. Data-data dianalisis secara manual untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan responden terhadap amalan keselamatan makmal sains pada tahap baik (71.0%). Namun, responden hanya menunjukkan tahap pengetahuan yang memuaskan bagi aspek kebakaran. Beberapa cadangan telah dikemukakan di bahagian akhir laporan.

viii ABSTRACT The aim of this study was to measure the level of safety knowledge in science lab among 85 practical science teachers in fourth year, session 2006/2007/01 of programs SPC, Bachelor Science and Education (Chemistry) and SPK, Bachelor Science Computer and Education (Chemistry) and SPN, Bachelor Science and Education (Science) in faculty of education, Universiti Teknologi Malaysia. The aspects of safety knowledge that are looked into are covers rules and regulation, fire safety, used of first aid and handle of chemicals. A set of questionnaire consisting of 32 items on safety knowledge was used to collect data. The data were analyzed manually to obtain frequency and percentage for aspects of the safety knowledge. The finding showed that the respondents knowledge level for this topic was at good level (71.0%). However, respondents only showed satisfactory level for the fire safety aspect. Some suggestions were put forward at the end of the report.

ix KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii viii ix xiii xv xvi BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7

x BAB PERKARA MUKA SURAT 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 8 1.8.1 Keselamatan 8 1.8.2 Makmal 8 1.8.3 Guru Pelatih Sains 9 1.9 Penutup 9 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 10 2.2 Pengetahuan Guru Sains Mengenai Keselamatan Makmal 11 2.2.1 Peraturan-Peraturan Am Makmal 14 2.2.2 Kebakaran 15 2.2.3 Peti pertolongan cemas 17 2.2.4 Pengendalian Bahan Kimia 19 2.2.4.1 Pepejal Mudah Terbakar 19 2.2.4.2 Cecair Mudah Terbakar 19 2.2.4.3 Bahan Kimia Mengkakis 20 2.2.4.4 Bahan Kimia Beracun 20 2.3 Kepentingan Keselamatan makmal 23 2.4 Penutup 25

xi BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 26 3.2 Reka Bentuk Kajian 26 3.3 Sampel Kajian 27 3.4 Tempat Kajian 28 3.5 Skop Kajian 29 3.6 Instrumen Kajian 29 3.7 Andaian 31 3.8 Prosedur Kajian 32 3.9 Kajian Rintis 33 3.10 Analisis Data 34 3.11 Penutup 35 BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 37 4.2 Analisis dan Perbincangan Latar 38 Belakang Responden 4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Terhadap 39 Amalan Keselamatan Makmal Sains 4.3.1 Analisis Aspek Peraturan Am 41 Makmal Sains 4.3.2 Analisis Aspek Kebakaran 43 4.3.3 Anaisis Aspek Penggunaan 45 Peti Pertolongan Cemas 4.3.4 Analisis Aspek Pengendalian 47 Bahan Kimia 4.4 Penutup 49

xii BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 50 5.2 Kesimpulan 50 5.3 Cadangan Untuk Mempertingkatkan 51 Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 53 5.6 Penutup 54 RUJUKAN 56 LAMPIRAN 60

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Jenis-jenis alat pemadam api dan bahan kebakaran 16. 3.1 Taburan sampel pelajar bagi kursus 28 4SPC, 4SPK dan 4SPN 3.2 Taburan item-item soal selidik 30 3.3 Jadual pengkelasan tahap pengetahuan 35 guru pelatih sains UTM terhadap langkah-langkah keselamatan makmal 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina, Kursus 38 Dan Kes Kemalangan 4.2 Tahap Pengetahuan Keselamatan Makmal Sains 40 Mengikut Kategori 4.3 Taburan Responden Yang Mencapai Tahap 41 Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal

xiv NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.4 Taburan Pengetahuan Peraturan Am Makmal 42 4.5 Taburan Pengetahuan Aspek Kebakaran 45 4.6 Taburan Pengetahuan Aspek Peti Pertolongan 47 Cemas 4.7 Taburan Pengendalian Bahan Kimia 48

xv SENARAI SINGKATAN NEPA - National Environmental Policy Act OSHA - Occupational Safety And Health Act SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) SPK - Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia UKKPU - Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Borang Soal Selidik 60 B Borang Pengesahan item-item soal selidik 65

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Arus pemodenan dan kemajuan Malaysia berkembang pesat sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi yang kian meningkat maju seiring negara-negara maju lain. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap individu yang memiliki pengetahuan Sains dan teknologi sangat diperlukan untuk memperkembangkan sektor ini sehingga ke persada dunia. Sehubungan itu, pembelajaran sains telah diperkenalkan ke semua sekolah di peringkat sekolah rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Sains adalah satu mata pelajaran yang tidak dapat berpisah daripada melakukan kerja-kerja amali di dalam makmal. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat di mana segala teori mengenai sains dipraktikkan, diuji, dibuktikan dan dicipta produk baru yang berasaskan sains. Menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Walau bagaimanapun, setiap individu perlu mengetahui bahawa terdapat perkara yang lebih penting perlu dititikberatkan sebelum segala pembelajaran dan pengajaran

2 sains dijalankan. Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu diamalkan bukan sahaja di rumah, jalan raya dan di kawasan rekreasi malah di makmal-makmal sains, Moazzem (1985). Keselamatan mesti diamalkan ketika berada di dalam makmal dan sewaktu eksperimen dilakukan. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), keselamatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam pengurusan sesuatu makmal sains. Unit keselamatan dan kesihatan pekerjaan (UKKPU, 2005) menyatakan makmal adalah tempat kerja yang berisiko tinggi untuk kemalangan atau kecederaan berlaku dan menyebabkan penyakit pekerjaan akibat daripada kerja-kerja di makmal yang dijalankan dan juga alatan yang digunakan. Setiap individu yang bekerja dalam makmal sains menghadapi risiko kemalangan yang boleh merugikan diri sendiri akibat kecederaan parah, kehilangan harta mahupun nyawa. Di Amerika Syarikat terdapat undang-undang dan akta mengenai keselamatan seperti Occupational Safety And Health Act (OSHA, 1970), yang bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerja di tempat kerja. Akta National Environmental Policy Act (NEPA, 1969) turut diperkenalkan di Amerika syarikat untuk menentukan pekerja dapat bekerja secara harmoni tanpa rasa bimbang tentang keselamatan. Sehubungan itu, keselamatan makmal hendaklah diamalkan dan tidak boleh diabaikan kerana kecuaian dan kelalaian setiap individu yang bertanggungjawab itu boleh mendatangkan kecelakaan. Halimaton dan Zaiton (1994), menyatakan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti di makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja, persekitaran dan individu lain yang bekerja bersama mereka. Guru-guru sains, pembantu makmal dan pelajar-pelajar perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal bagi menjamin keselamatan mereka.

3 Oleh itu, amalan dan pengetahuan tentang keselamatan makmal mesti diterapkan dalam setiap individu yang terlibat dalam melakukan aktiviti dalam sesebuah makmal sains. Pengamalan kerja yang teratur, sistematik dan bekerjasama dapat menjamin keselamatan diri sebelum suatu kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan, nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda. 1.2 Latar Belakang Masalah Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak dijangka dan masa ia bakal terjadi ketika menjalankan eksperimen di makmal. Menurut Merle (1975), kemalangan adalah peristiwa yang tidak dirancang di mana keadaan yang berlaku di luar kawalan boleh menyebabkan kerugian dan kecederaan kepada pihak yang terlibat malah boleh membawa maut. Kecuaian adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku. Guruguru leka di hadapan kelas tanpa memerhatikan pelajar-pelajar menjalankan eksperimen dengan cara selamat. Guru lupa untuk menerangkan ciri-ciri sesuatu bahan kimia yang berbahaya kepada pelajar-pelajar seperti bahan kimia mudah meruap, meletup dan bertindakbalas didekatkan pada sumber api penunu Bunsen boleh menyebabkan berlaku letupan. Kes-kes yang pernah berlaku akibat kecuaian guru dalam mengawasi pelajarpelajar. Menurut Kingsley (1999), dua orang lelaki yang berumur 14 tahun mencampurkan kalium diklomat ke dalam satu bekas yang mengandungi soda telah mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke hospital. Seorang pelajar perempuan telah melakukan eksperimen kalium klorat dan menumbuk di dalam mortar dengan kaedah kurang selamat menyebabkan letupan terkena pada bahagian mata dan kekal buta seumur hidup (Ellis dan Riches, 1978).

4 Kemalangan bukan sahaja berlaku disebabkan kecuaian tetapi kemalangan juga boleh berlaku disebabkan kerosakan alatan-alatan eksperimen. Kadangkala instrumeninstrumen dan alatan yang digunakan untuk eksperimen bakal membawa kecelakaan seperti getah salur gas bocor atau alat radas pecah dan sudah rosak masih digunakan lagi. Menurut Murray (2002), seorang ahli professional kimia yang mempunyai pengalaman sebanyak 30 tahun telah mati dalam satu letupan ketika beliau cuba mengeringkan perklorat yang tidak stabil. Pengetahuan tentang amalan keselamatan makmal adalah penting bagi mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan. Guru sains yang yang lemah dalam pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah berlaku. Sebelum suatu eksperimen dijalankan dalam sesi pengajaran, guru sains perlu memastikan diri mereka lengkap dengan pengetahuan dan mengetahui cara mengatasi sesuatu masalah dan kemalangan yang berlaku di dalam makmal. Maka, segala masalah dapat dielakkan berlaku di dalam makmal sains. Amalan daripada pengetahuan yang diketahui lebih penting ketika melakukan pekerjaan. Menurut Nurdiana (2007), setiap individu itu akan menjadi lebih peka mengenai isu keselamatan dan kesihatan yang ada di makmal dan dapat meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan melalui pengamalan prosedur yang betul dan selamat. Manakala, menurut Lagley (1969), penyesuaian dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam makmal amat diperlukan untuk mengelakkan risiko kemalangan. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), pengetahuan dan penggunaan peralatan yang betul dan langkah-langkah bagi mengelakkan berlaku kemalangan mesti dipelajari oleh semua individu. Sekiranya pengetahuan peraturan peraturan keselamatan makmal, dikuasai sepenuhnya, guru-guru, pembantu makmal mahupun para pelajar dapat menghindarkan diri dan individu lain daripada mengalami kemalangan serta tahu mengatasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.

5 1.3 Pernyataan Masalah Sukatan mata pelajaran sains tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta mempunyai dua jenis bahagian. Iaitu mata pelajaran ini akan di jalankan dari segi praktikal amali dan juga teori. Setiap pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan subjek sains sama ada kimia, biologi dan sains perlu menguasai kedua-dua bahagian tesebut supaya keberkesanan pembelajaran lebih berhasil. Di mana praktikal amali dijalankan di makmal untuk mengkaji mahupun membuktikan penemuan baru ataupun kefahaman yang telah dipelajari dari segi teori di kelas. Namun, pelajar-pelajar seringkali merungut dan tidak berminat dengan amali yang dijalankan kerana mempunyai perasaan takut terhadap bahaya bahan kimia dan penggunaan alatan bagi menjalankan amali yang terdedah kepada risiko kemalangan semasa berada dalam makmal sains jika berlaku kesilapan penggunaannya. Guru-guru dapat membantu mengikis perasaan ini dengan mengamalkan langkah keselamatan dalam makmal dan mengajar para pelajar tentang cara-cara untuk mengendali setiap bahan kimia dan alat radas ketika amali dengan baik. Salah satu perkara yang perlu di ajar oleh guru dalam pengajaran amali ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menjalankan peralatan dan bahan kimia yang berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan (Everett dan.jenkins, 1980). Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali masuk ke dalam makmal dan menjalankan amali. Tambahan pula, tahap pengetahuan guru-guru sains mahupun guru pelatih sains adalah tidak begitu memuaskan. Kebanyakan guru tidak mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru terhadap keselamatan makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga memastikan keselamatan individu lain sebaik diri mereka sendiri (Everett dan Jenkins, 1980). Isu keselamatan yang dipandang ringan oleh bakal guru ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan kesan buruk yang melibatkan nyawa terancam kepada para pelajar, diri sendiri dan

6 pekerja makmal apabila sesuatu kemalangan dalam makmal berlaku. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menyelidik tahap pengetahuan amalan keselamatan makmal dalam kalangan guru pelatih sains di UTM dari segi peraturan-peraturan am makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan secara umumnya bertujuan untuk menilai pengetahuan guruguru pelatih sains UTM tahun empat bagi kursus SPC, SPK dan SPN tentang amalan keselamatan makmal yang harus diketahui dan dipraktikkan. Kajian ini dijalankan mematuhi tahap kepada pengetahuan guru pelatih sains UTM tentang amalan langkah-langkah keselamatan makmal dari segi: 1. Peraturan-peraturan am makmal. 2. Kebakaran. 3. Penggunaan peti pertolongan cemas. 4. Pengendalian bahan kimia. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab apakah tahap pengetahuan guru pelatih sains tentang amalan keselamatan makmal dari segi: 1. Peraturan-peraturan am makmal. 2. Kebakaran. 3. Penggunaan peti pertolongan cemas. 4. Pengendalian bahan kimia.